Ada di antara kita yang gagal membuat pinjaman bank tetapi lulus membuat pinjaman koperasi. Disebabkan ini, ada yang lebih cenderung untuk membuat pinjaman bersama pihak koperasi kerana nampak macam mudah untuk lulus.
Namun, ada juga yang mengelak daripada membuat pinjaman koperasi meskipun layak. Mungkin juga ada yang tidak tahu tentang kewujudannya.
Apa yang ingin dikongsikan dalam artikel ini adalah, mengapa anda perlu mempertimbangkan pinjaman koperasi berbanding pinjaman bank.
1. Alternatif Sekiranya Permohonan Pinjaman Anda Ditolak Oleh Bank
Tahukah anda bahawa proses kelulusan pinjaman koperasi lebih fleksibel. Kebanyakan koperasi memberikan pinjaman kepada mereka yang mempunyai rekod CCRIS, iaitu individu yang bermasalah dalam membuat pembayaran balik pinjaman sedia ada mereka dengan institusi kewangan seperti bank.
Walaupun begitu, pinjaman koperasi tetap mengambil perhatian kepada aspek jumlah potongan dari slip gaji tidak melebihi 60% daripada pendapatan kasar yang dimiliki oleh individu tersebut.
Ini bagi memastikan peminjam masih mampu untuk membayar balik pinjaman koperasi ini nanti.
2. ‘Clearkan’ Rekod CCRIS Serta Menyelesaikan Hutang Tertunggak
Apabila peminjam lewat membuat pembayaran semula kepada pihak bank, ini akan mengakibatkan rekod kredit mereka terjejas. Sekiranya hal ini terjadi, kebarangkalian untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak bank semakin sukar.
Bagi menyelesaikan masalah ini serta mendapatkan rekod yang positif semula, anda boleh menggunakan pinjaman koperasi sebagai salah satu alternatif.
Namun, selepas rekod anda kembali positif, pastikan anda terus mengekalkan rekod tersebut dengan membuat pembayaran mengikut kepada jadual yang telah ditetapkan.
3. Bersihkan Hutang-Hutang Jahat
Punca utama ramai yang muflis di Malaysia adalah disebabkan oleh pinjaman peribadi dan kad kredit. Kita pun tahu bahawa kedua-dua pinjaman ini mempunyai kadar faedah yang tinggi.
Dengan adanya pinjaman koperasi ini, dapat juga kita gabungkan baki hutang kad kredit dan pinjaman peribadi ini dan buat pembayaran balik mengikut jadual.
Banyak juga dapat berjimat daripada segi kadar faedah, semoga boleh mulakan fasa baru dalam kehidupan ke arah bebas hutang dan financial freedom.
Hutang Wajib Dibayar
Kita sebagai umat Islam, hutang adalah wajib untuk dibayar. Kalau kita tak mampu nak selesaikannya, waris pula yang kena bayar balik apabila kita meninggal dunia nanti.
Oleh itu, uruskan kewangan anda dengan lebih bijak. Mula dengan kurangkan perbelanjaan dan tingkatkan pendapatan. Semoga dipermudahkan semua urusan.
Bila bercakap tentang pulangan pelaburan, ramai orang terus fokus kepada saham atau unit amanah. Hakikatnya, di Malaysia terdapat beberapa koperasi yang konsisten membayar dividen tinggi, malah ada yang mencecah dua angka setahun. Koperasi-koperasi ini dikawal selia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di bawah Akta Koperasi 1993, yang bertanggungjawab memantau tadbir urus, kewangan dan kepatuhan operasi koperasi.
Artikel ini menghimpunkan contoh dividen koperasi paling tinggi berdasarkan pengumuman terkini, berserta penerangan ringkas tentang fungsi setiap koperasi dan bagaimana ia menjana keuntungan untuk ahli. Perlu difahami, saham koperasi tidak dibeli melalui Bursa Malaysia, sebaliknya melalui keahlian dan pulangannya bergantung kepada prestasi kewangan serta kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) setiap koperasi.
Koperasi
Dividen Terkini
Status Patuh Syariah
Bank Rakyat
17% (2024)
Patuh Syariah
Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad
7.1% (2024)
-tiada info-
Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad
10% (2024)
-tiada info-
Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF)
~6% (2024)
-tiada info-
Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA)
55% (2024)
-tiada info-
Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB)
8% (2024)
Patuh Syariah
Co-opbank Pertama (CBP)
6.5% (2024)
Patuh Syariah
Koperasi Profesional Putrajaya Berhad (KOPROJAYA)
10% (2024)
Patuh Syariah
1. Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA)
Koperasi Serbausaha Makmur Berhad merupakan sebuah koperasi yang terlibat secara aktif dalam aktiviti perladangan dan perkhidmatan pajak gadai Islam (Ar-Rahnu), selain menyediakan kemudahan simpanan dan pembiayaan kepada ahlinya. Keuntungan daripada aktiviti ini kemudiannya diagihkan kepada ahli dalam bentuk dividen tahunan.
Bagi tahun kewangan 2024, KOSMA mencatatkan prestasi cemerlang dengan pengumuman dividen setinggi 55%, menjadikannya antara dividen koperasi paling tinggi yang diumumkan di Malaysia, tertakluk kepada kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM).
2. Bank Rakyat
Bank Rakyat ialah sebuah bank koperasi, berfungsi menyediakan perkhidmatan perbankan seperti pembiayaan, simpanan dan produk kewangan patuh Syariah kepada ahlinya dan orang awam. Keuntungan bank diagihkan semula kepada ahli koperasi dalam bentuk dividen tahunan.
Bagi tahun kewangan 2024, Bank Rakyat mengumumkan dividen 17%. Ia bukan syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, dan pulangan hanya dinikmati oleh ahli koperasi.
3. Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad
Koperasi Tentera ditubuhkan untuk menjaga kebajikan kewangan anggota Angkatan Tentera Malaysia, termasuk menyediakan simpanan, pembiayaan dan pelaburan kepada ahli. Keuntungan daripada aktiviti pelaburan dan perniagaan koperasi diagihkan kepada ahli sebagai dividen tahunan.
Bagi tahun kewangan 2024, koperasi ini mengumumkan dividen sekitar 7.1%.
4. Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (Koop Sahabat)
Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad berperanan menyokong ekosistem pembiayaan mikro dan pembangunan ekonomi komuniti, khususnya usahawan kecil yang berkait rapat dengan rangkaian Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Berdasarkan teras perniagaannya, koperasi ini terlibat dalam aktiviti pembiayaan, pelaburan strategik, perkhidmatan kewangan serta perniagaan berkaitan kebajikan dan pembangunan sosioekonomi ahli. Keuntungan daripada aktiviti ini diagihkan semula kepada ahli dalam bentuk dividen tahunan.
Bagi tahun kewangan 2024, Koop Sahabat mengumumkan dividen sebanyak 10%, menjadikannya antara koperasi dengan prestasi dividen yang konsisten dalam sektor koperasi di Malaysia.
5. Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF)
KPF berfungsi sebagai medium pelaburan untuk komuniti FELDA, melabur dalam pelbagai sektor bagi menjana pulangan jangka panjang kepada ahli. Keuntungan tahunan akan diagihkan sebagai dividen kepada anggota koperasi.
Bagi tahun kewangan 2024, dividen KPF adalah 6%. Penyertaan adalah melalui keahlian koperasi, bukan pembelian saham di pasaran terbuka.
6. Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB)
KAPB ialah koperasi pelaburan yang berfungsi mengumpul dana ahli untuk dilaburkan secara kolektif dalam pelbagai instrumen dan perniagaan. Keuntungan pelaburan ini diagihkan kepada ahli dalam bentuk dividen tahunan.
Bagi tahun kewangan 2024, KAPB mengumumkan dividen 8%, menunjukkan prestasi yang agak konsisten dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Ramai orang nak melabur dalam hartanah tetapi takut untuk menanggung risiko kerugian. Jadi, salah satu cara mudah untuk melabur hartanah dengan risiko kerugian yang rendah adalah melalui pelaburan KAPB. Sekiranya anda ingin tahu apa itu pelaburan KAPB, sila ikuti artikel ini > Apa Itu Pelaburan KAPB, Pelaburan Patuh Syariah Dividen Tinggi?
KAPB turut menyediakan kemudahan pendaftaran keahlian secara dalam talian. Untuk maklumat lanjut serta panduan cara memohon, sila layari https://www.kapb.com.my/how-to-apply/
7. Co-opbank Pertama (CBP)
Co-opbank Pertama ialah sebuah bank koperasi yang ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 dan didaftarkan pada 7 Jun 1950 dengan nama asalnya “The Province Wellesley Co-operative Banking Union Limited”. yang menyediakan perkhidmatan perbankan patuh Syariah seperti simpanan dan pembiayaan kepada ahli dan pelanggan. Keuntungan bank diagihkan kepada ahli koperasi dalam bentuk dividen tahunan, dengan kadar sekitar 6.5% bagi tahun kewangan 2024. Seperti Bank Rakyat, CBP bukan syarikat tersenarai dan pulangan adalah eksklusif hanya kepada ahli.
KOPROJAYA adalah sebuah koperasi yang ditubuhkan untuk memperkasakan kebajikan, perniagaan dan jaringan profesional anggotanya terutamanya penjawat awam profesional muda melalui pelbagai aktiviti perniagaan dan pelaburan strategik. KOPROJAYA diterajui oleh para penjawat awam Perkhidmatan Awam dari pelbagai skim dan gred perkhidmatan.
Bagi tahun kewangan 2024, dividen KOPROJAYA adalah sebanyak 10%.
Pemohon keahlian KOPROJAYA mestilah merupakan seorang penjawat awam yang masih berkhidmat (kelayakan tidak terbatal selepas bersara). KOPROJAYA turut menyediakan kemudahan pendaftaran secara dalam talian. Pemohon boleh layari laman sesawang KOPROJAYA dan klik PENDAFTARAN KEANGGOTAAN KOPROJAYA.
Risiko : Hati-Hati, Tak Semua Indah Di Hujung Cerita
Walaupun ada koperasi yang mampu mencatat dividen yang tinggi, tidak semua kisah koperasi berakhir dengan pulangan lumayan. Dalam beberapa laporan berita kebelakangan ini, terdapat kes ahli koperasi mengalami kerugian berjuta-juta ringgit akibat pelaburan yang gagal, projek yang tidak wujud, atau janji pulangan yang tidak dapat ditunaikan. Antara isu yang sering dilaporkan termasuk pelaburan meragukan, pengurusan lemah, serta aktiviti yang menyimpang daripada tujuan asal koperasi.
Dalam beberapa kes, koperasi hanya dijadikan topeng, sedangkan aktivitinya menyerupai skim penipuan. Kes-kes seperti ini biasanya disiasat oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan ada juga yang melibatkan laporan polis apabila disyaki melibatkan unsur penipuan.
Sebab itu, sebelum menyertai mana-mana koperasi, ahli perlu melihat asas perniagaan koperasi, ketelusan laporan kewangan, rekod prestasi pengurusan serta memahami bahawa koperasi bukan instrumen bebas risiko. Dalam konteks koperasi, kefahaman dan semakan sendiri jauh lebih penting daripada sekadar mengejar angka dividen yang kelihatan menarik.
Dividen tinggi memang menarik perhatian, tetapi dalam dunia koperasi, angka dividen hanyalah hasil akhir kepada prestasi perniagaan sepanjang tahun. Setiap koperasi mempunyai model operasi yang berbeza-beza.
Kebanyakan koperasi fokus kepada perniagaan teras yang stabil seperti pembiayaan, perbankan koperasi, Ar-Rahnu, perladangan atau pelaburan jangka panjang. Model ini kurang terdedah kepada turun naik pasaran harian seperti saham. Dalam tahun yang prestasinya sangat kukuh, dividen yang diumumkan boleh kelihatan “luar biasa” namun ia tetap bergantung kepada keuntungan sebenar dan kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM).
Yang lebih penting daripada mengejar “dividen paling tinggi” ialah memahami bagaimana sesebuah koperasi menjana keuntungan, siapa yang layak menjadi ahli, serta risiko yang terlibat. Koperasi dikawal selia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia, namun setiap ahli tetap perlu membuat semakan sendiri dan tidak bergantung sepenuhnya kepada angka-angka lepas.
Penafian: Maklumat dalam artikel ini disediakan untuk tujuan pendidikan dan rujukan umum sahaja, berdasarkan sumber awam dan pengumuman terkini yang tersedia. Maklumat ini tidak disahkan atau diluluskan oleh mana-mana koperasi, pihak berkuasa atau pengawal selia. Oleh itu, kadar dividen, status dan butiran lain tertakluk kepada perubahan bergantung kepada keputusan lembaga, prestasi kewangan serta kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM). Pembaca dinasihatkan untuk mengesahkan maklumat secara terus dengan koperasi berkaitan dan memahami terma keahlian, risiko serta kesesuaian dengan keadaan kewangan masing-masing sebelum membuat sebarang keputusan. Artikel ini bukan nasihat pelaburan.