Kenapa Wanita Perlu Ada Kad Perubatan Sebelum Mencecah Usia 30 Tahun

Kita dapat lihat pada masa sekarang, lebih ramai yang semakin fokus kepada kerjaya mereka. Tidak kira sama ada yang belum berkahwin atau pun yang telah berumah tangga, tidak ketinggalan juga untuk wanita yang bergelar suri rumah.

Di antara perkara penting yang perlu dimiliki oleh wanita adalah kad perubatan, selain daripada rumah sendiri. Ini kerana kad perubatan dapat membantu anda sekiranya anda sakit, dan dapat juga mengelakkan daripada menggunakan wang simpanan sendiri.

Berikut merupakan 6 sebab kenapa wanita perlu ada kad perubatan sebelum mencecah usia 30 tahun.

1. Caruman Rendah Setiap Bulan

Tahukah anda semakin meningkat usia, maka semakin tinggi risiko seseorang untuk mendapat penyakit?

Jadi kalau anda ambil kad perubatan sebelum umur 30 tahun, dapat pelan dengan caruman yang rendah, banyak boleh berjimat dalam jangka masa panjang.

2. Lebih Berisiko Kena Penyakit

Wanita lebih cenderung untuk mengahadapi lebih banyak penyakit, termasuklah kanser. Oleh yang demikian, kaum wanita mempunyai risiko lebih besar untuk menghadapi penyakit meskipun ketika di usia muda.

Dengan adanya kad perubatan ini, ia dapat melindungi diri anda daripada kos perubatan yang semakin mahal.

3. Siang Kerja, Balik Kerja Nak Urus Rumah Tangga

Sifat wanita yang sangat gigih bekerja, menjadikan mereka kadang kala lupa untuk memberikan ruang kepada diri sendiri untuk berehat. Siang penat bekerja, malam nak masak lagi, nak jaga anak-anak dan suami lagi.

Gaya hidup moden dengan makanan yang tak sihat, juga membuatkan kaum wanita lebih cenderung untuk jatuh sakit berbanding lelaki.

4. Berhenti Kerja Jaga Keluarga

Kebiasaannya, syarikat tempat anda bekerja akan menyediakan kad perubatan kepada para pekerja. Namun, bagi wanita ia boleh berubah apabila mereka telah dikurniakan cahaya mata. Kemungkinan untuk mereka berhenti kerja dan fokus kepada anak-anak sentiasa ada.

Apa akan berlaku sekiranya anda berhenti kerja? Pastinya kad perubatan anda yang disediakan oleh syarikat juga akan diberhentikan juga.

5. Ringankan Beban Suami

Kalau kesian kat suami terpaksa kerja siang, malam dan hujung minggu untuk menyara keluarga, apa salahnya anda ringankan sikit beban suami.

Bukan kita minta untuk sakit, tetapi kalau ditakdirkan ditimpa musibah suatu hari nanti – suami juga yang bertanggungjawab ke atas isteri.

6. Nanti Dah Sakit, Takaful Tak Cover

Kalau tunggu lama-lama, sampai dah kena penyakit yang tidak diingini – nanti pihak takaful pula yang tak nak cover. Sebarang keadaan pre-existing tidak akan dilindungi, jadi cepat-cepatlah ambil takaful ni.

Badan sakit, minda sakit, poket pun sakit juga.

Tahap Kesedaran Takaful Di Malaysia Masih Rendah

Dah tahu betapa pentingnya kad perubatan dalam kehidupan, ayuh kaum wanita kita beramai-ramai mengambil pelan takaful dengan segera. Bagi mereka yang dah ada tu, syabas!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penjagaan Kesihatan: Program Rintis MediAsas Bakal Bermula Akhir Julai

Saranan WAJARAN TINGGI kekal

Program perintis untuk MediAsas, iaitu Pelan Asas Insurans/Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT), dijadualkan bermula pada akhir bulan Julai. Walaupun senarai hospital yang menyertai program ini masih belum diumumkan, kami menjangka pengendalipengendali fasiliti perubatan yang kami kaji akan menyertainya, walaupun secara pilihan. Premium bulanan indikatif berlingkungan antara MYR60 dan MYR550, manakala harga muktamad akan ditetapkan sebelum pelancaran di seluruh negara pada Jan 2027.

Apa itu MediAsas?

Ia merupakan produk asas MHIT yang direka untuk menambah baik tahap kemampuan sambil bertindak sebagai batu loncatan ke arah pelaksanaan berperingkat sistem bayaran mengikut diagnosis pesakit (DRG). Dua produknya iaitu Medi Asas Teras (pelan biasa) dan MediAsas Fleksi (pelan tambahan), akan dilancarkan secara rintis di Lembah Klang sepanjang tempoh tiga bulan sehingga Okt 2026.

Program rintis ini melibatkan enam syarikat insurans dan takaful, iaitu AIA, Allianz Malaysia (ALLZ MK, BELI, TP: MYR23.90), Great Eastern Malaysia, Prudential BSN Takaful, Etiqa, dan Syarikat Takaful Malaysia Keluarga (STMB MK, NEUTRAL, TP: MYR3.60), dan hospital-hospital terpilih. Premium bulanan indikatif dijangka berlingkungan antara MYR60 dan MYR550 untuk individu yang menyertai pelan tersebut sehingga usia 70, dengan liputan dilanjutkan sehingga usia 85. Harga akhir akan disahkan sebelum pelancaran di seluruh negara pada Jan 2027.

Ciri-ciri utama dan bakal implikasi.

Kertas Putih untuk pelan MHIT Asas yang diterbitkan sebelum ini menggariskan potongan MYR500 di samping mekanisme bayaran bersama (co-payment) dua tahap, dengan tiada bayaran bersama untuk hospital Tahap 1 (rangkaian dalaman) dan bayaran bersama sebanyak 20% (terhad padaMYR3,000 bagi setiap kecacatan) untuk hospital Tahap 2 (luar rangkaian).

Dua kesan penting:

i) Hospital yang tidak terpilih sebagai hospital panel pilihan mungkin akan mengalami tekanan terhadap bilangan pesakit (kesan terhadap pengendali premium seharusnya kecil memandangkan tumpuan mereka pada kes-kes yang lebih serius

ii) penetapan harga yang dibandingkan dengan hospital swasta bertahap lebih rendah hingga sederhana mungkin memerlukan pengendali premium untuk menawarkan pakej yang lebih seragam dan cekap kos, sekali gus membataskan keupayaan mereka untuk mengewangkan nilai jenama premium untuk segmen M40.

Menyentuh hal tersebut, kami berpendapat bahawa KPJ Healthcare berada pada kedudukan terbaik untuk memanfaatkan pelaksanaan MHIT dan DRG kelak, khususnya menerusi rangkaian luas hospital sekunder/komuniti miliknya yang beroperasi dengan asas kos yang lebih rendah, dengan ruang untuk menampung lebih banyak bilangan pesakit dan seterusnya mungkin memelihara margin bawah struktur pembayaran balik berasaskan DRG.

Risiko-risiko negatif utama, kos mengurus lebih mahal daripada anggaran, kunjungan pesakit dan pertumbuhan intensiti hasil lebih rendah berbanding jangkaan, dan perubahan dasar yang buruk. Sekiranya nilai USD melemah dengan ketara, IHH Healthcare mungkin mengalami kesan FX yang buruk terhadap perolehannya di luar negara manakala Duopharma mungkin meraih manfaat daripada pelepasan kos terhadap bahan farmaseutikal aktif (API) diimport.