Tokoh Pelaburan Saham – John Maynard Keynes

Keynes merupakan seorang ahli ekonomi dan tokoh yang dikenali ramai. Beliau lahir pada tahun 1883 dan meninggal dunia pada tahun 1946 ketika berusia 62 tahun. Dan sehingga ke hari ini, pengajaran ekonomi beliau masih digunakan dan dikaji oleh ramai ahli ekonomi seluruh dunia.

Sesetengah daripada teori yang diketengahkannya masih digunakan oleh kerajaan tertentu di dunia sebagai dasar ekonomi mereka. Di King’s College Cambridge, beliau menguruskan dana pelaburan amanah yang  berjumlah $30,000 Pound Sterling. Dana ini bertambah lebih daripada 10 kali ganda untuk tempoh 10 tahun.

Jutawan Saham

Pada masa yang sama beliau juga adalah merupakan seorang jutawan sebelum perang dunia yang kedua, dengan menggunakan teknik pelaburan beliau di pasaran saham. Sayangnya, beliau tidak meninggalkan penulisan tentang pelaburan saham. Mungkin beliau hanya mahu dikenali sebagai ahli ekonomi.

Mengikut cerita berkenaan dengan beliau, Keynes dianggap sebagai seorang penyelidik pasaran saham yang agak malas. Beliau menghabiskan sedikit sahaja masa untuk mendapatkan maklumat tentang syarikat-syarikat yang beliau ingin laburi.

Setiap pagi semasa bersarapan, beliau akan membelek-belek berita tentang perniagaan dalam surat khabar dan pada masa yang sama beliau juga akan meneliti laporan-laporan tahunan tentang beberapa syarikat yang beliau berminat untuk melabur.

Baca Suratkhabar Dan Terus Beli

Daripada cerita yang didengar, beliau selalunya akan menghabiskan cuma setengah jam sahaja untuk membaca laporan urusniaga saham di surat khabar. Selepas itu, beliau akan menelefon broker saham dan memberikan arahan tentang saham-saham yang ingin dibeli atau dijual.

Kemudian beliau akan meneruskan aktiviti tugasan harian yang lain. Keynes tidak akan melihat atau meneliti lagi pasaran saham untuk sepanjang hari tersebut.

Sebenarnya beliau percaya bahawa pasaran saham adalah tempat yang berisiko tinggi. Oleh itu, seseorang  itu akan sama mudah untuk mengalami kerugian dan untuk mendapat untung. Hanya mereka yang betul-betul bagus atau benar-benar bernasib baik sahaja yang akan untung besar di pasaran. Selain daripada dua jenis orang ini, semuanya akan mengalami kerugian. Beliau juga mengatakan bahawa mereka yang berjaya tidak akan selalunya bernasib baik sepanjang masa.

2 Tips Berkenaan Pelaburan Saham

Beliau percaya bahawa terdapat dua kaedah yang asas untuk pelaburan saham. Kaedah yang pertama memerlukan para pelabur meneliti atau mengkaji kesemua maklumat yang terdapat berkenaan dengan syarikat-syarikat dan selepas itu membuat ramalan tentang masa depan syarikat ini berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang telah dikumpulkan tadi. Ia memerlukan masa dan kesabaran yang banyak. Hanya beberapa orang sahaja yang mempunyai kesabaran dan kerajinan yang diperlukan.

Kaedah yang kedua pula memerlukan pelabur meramalkan apakah yang difikirkan oleh pelabur lain tentang pergerakan harga saham di masa akan datang. Ini bermaksud anda perlu mengkaji gelagat pemain-pemain di pasaran saham dan bukan hanya gelagat pasaran saham itu sahaja. Ini kerana  untuk menjadi pelabur yang berjaya anda mestilah berkeupayaan untuk menjangkakan apakah yang difikirkan oleh para pelabur lain tentang pasaran saham.

Sumber Rujukan: Menyelami Dasar Lautan Saham oleh Othman Yong

Masih Relevan Ke Hari Ini

Kalau kita faham apa yang ingin disampaikan di atas, kita kena sentiasa up-to-date dengan perkembangan terkini tentang apa yang berlaku di dunia. Adakah ia akan memberi kesan yang positif atau negatif kepada pasaran saham?

Beliau juga menitikberatkan Fundamental Analysis untuk menyaring saham-saham yang bagus untuk dibeli.Sekiranya syarikat tersebut mempunyai asas yang kukuh dengan keuntungan yang meningkat dari setahun ke setahun, sudah pasti ia akan menarik minat pelabur untuk membeli saham syarikat tersebut.

Previous ArticleNext Article
An introverted chocoholic whom happened to be involved in content curation and stock trading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.