Pilihan Raya Umum & Kesannya Kepada Pasaran Saham Bursa Malaysia

Malaysia di ambang Pilihan Raya Umum yang ke-14 (PRU-14), dan percakaran di antara parti-parti yang bertanding serta para pengikut telah pun bermula. Tapi adakah ia akan memberi kesan kepada pasaran saham tempatan?

Jawapannya sudah pasti, dan acara wajib setiap 4-5 tahun ini akan membuatkan pelabur saham keluh gelisah.

Kenapa? Jom kita tengok sejarah Pilihan Raya di Malaysia dan kesannya kepada indeks FBMKLCI.

Tengok sajalah gambar di atas bagi memudahkan kita melihat betapa Pilihan Raya memberi kesan secara langsung kepada pasaran saham.

Kalau anda perasan sesuatu, ianya seolah-olah kitaran yang berlaku setiap 10 tahun. Satu Pilihan Raya akan menolak pasaran saham ke paras yang tertinggi sebelum Pilihan Raya seterusnya mengakibatkan pasaran saham merudum pula.

Masih tak dapat gambarannya?

Pilihan Raya 1990 – Pasaran Naik

Pilihan Raya 1995 – Pasaran Turun

1988 – 1998 (10 Tahun) – Kenaikan 1104 Mata

Pilihan Raya 1999 – Pasaran Naik

Pilihan Raya 2004 – Pasaran Turun

1998 – 2008 (10 Tahun) – Kenaikan 1244 Mata

Pilihan Raya 2008 – Pasaran Naik

Pilihan Raya 2013 – Pasaran Turun

2008 – 2018 (10 Tahun) – Kenaikan 1045 Mata

Pilihan Raya 2018 – Pasaran Naik Ke Turun????

Kitaran Setiap 10 Tahun – Suratan Atau Kebetulan?

Orang kata, prestasi dahulu tidak boleh dijadikan sebagai petunjuk untuk prestasi akan datang. Tapi kalau kita tak belajar daripada sejarah, bagaimana untuk kita menganalisa pattern bagi membuat jangkaan apa yang akan terjadi selepas ini?

Kalau kita boleh ambil petunjuk daripada Pilihan Raya- Pilihan Raya sebelum ini dan kesannya kepada pasaran saham, bolehlah dikatakan bahawa tahun 2018 bakal mencecah paras tertinggi yang baru. Tapi lepas tu, pasaran akan merudum pula.

Jadi Nak Buat Apa Ni?

Bagi mereka yang takut dilanda ombak, bolehlah berehat seketika sementara demam PRU-14 ni belum reda. Tapi bagi mereka yang hendak teruskan berdagang, boleh tengok 28 Kaunter Saham Patuh Syariah Yang Berpotensi Menjelang Pilihan Raya.

Setelah kami buat kajian, bukan semua 28 saham syarikat yang berpotensi tersebut mencatatkan kenaikan pada Pilihan Raya Ke-13. Ada 2 yang jatuh harganya. Jadi kalau ada yang kata, konfem untung punya; jangan percaya bulat-bulat. Ini kerana masih terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhi.

Sebab itu kita kena juga buat Fundamental Analysis dan Technical Analysis sebelum nak melabur dalam mana-mana saham.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

MGB Raih Kontrak RM34.76 Juta Bina Vila Di Arab Saudi

KUALA LUMPUR: MGB Bhd melalui anak syarikat milik penuh secara tidak langsung, MGB International For Industry memperoleh kontrak bernilai RM34.76 juta bagi pembinaan 75 unit vila di Arab Saudi.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MGB berkata MGB International menerima surat lantikan daripada ROSHN Group Company, pemaju hartanah berpangkalan di Arab Saudi yang dimiliki oleh dana kekayaan berdaulat negara itu, Public Investment Fund bagi projek berkenaan.

“Nilai keseluruhan kontrak projek ini berjumlah 32.98 juta riyal Saudi (RM34.76 juta),” katanya.

Menurut MGB, tarikh permulaan projek akan ditentukan selepas notis untuk memulakan kerja dikeluarkan oleh majikan, manakala tempoh pembinaan ditetapkan selama 242 hari atau kira-kira lapan bulan dari tarikh pembinaan bermula.

“Kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa hadapan serta mengukuhkan nilai perolehan kontrak kumpulan.

“Projek ini juga merupakan langkah strategik dalam memperluas penyertaan kumpulan dalam sektor pembinaan di Arab Saudi, selaras dengan strategi pertumbuhan serantau jangka panjang,” katanya.

MGB berkata kontrak itu tidak memberi kesan terhadap modal saham terbitan syarikat, namun dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan aset bersih sesaham kumpulan sepanjang tempoh pelaksanaan projek.

Dalam pada itu, katanya, tiada pengarah, pemegang saham utama atau ketua pegawai eksekutif serta pihak berkaitan mempunyai sebarang kepentingan secara langsung atau tidak langsung dalam kontrak berkenaan.