Bursa Bekukan Had Bawah MYEG dan George Kent

Takziah buat pemegang saham MyEG dan George Kent, kerana untuk dua hari berturut-turut saham mereka menjunam teruk.

MyEG

Harga Sebelum PRU-14 (8 Mei 2018): RM2.58

Harga Pertama Pembukaan (13 Mei 2018): RM1.81

Harga Kedua Pembukaan (14 Mei 2018): RM1.27

Rugi: RM1.31 atau 50.8% untuk 2 hari

George Kent

Harga Sebelum PRU-14 (8 Mei 2018): RM3.94

Harga Pertama Pembukaan (13 Mei 2018): RM2.76

Harga Kedua Pembukaan (14 Mei 2018): RM1.94

Rugi: RM2.00 atau 49.2% untuk 2 hari

Perlindungan Daripada Jatuh Lebih Teruk

Bursa Malaysia terpaksa mengambil pendirian sedemikian, agar harga saham MyEG dan George Kent tidak jatuh lagi. Ia juga bertujuan untuk melindungi pelabur-pelabur saham mereka yang tak sempat untuk menjual saham mereka, daripada mengalami kerugian yang lebih besar.

Cuba bayangkan, pasaran saham dibuka tepat jam 9 pagi setiap hari, harga saham telah pun berada di paras yang paling bawah. Nak jual pula, kena beratur panjang akibat daripada jualan panik atau panic selling.

Apa Penyebab Jualan Panik Ni?

Ini kerana sentimen pelabur yang ingin jauhkan diri daripada kekalahan Barisan Nasional. Kalau nak tahu saham-saham lain yang jatuh teruk juga, boleh baca Saham-saham Yang Jatuh Teruk Sehari Lepas PRU-14.

Sebaliknya pula yang berlaku bagi saham yang berkaitan dengan Pakatan Harapan. Boleh baca Saham-saham Yang Naik Ke Bulan Sehari Selepas PRU-14, ada yang naik sampai 545.5% dalam masa sehari!

Apa Nak Buat Kalau Dah Beli Saham Yang Jatuh Teruk?

Seeloknya, kita tunggu dulu pasaran saham stabil. Mungkin seminggu, mungkin sebulan, mungkin lebih lama. Tapi yang pastinya, saham bergerak secara zig-zag. Dan saham yang turun pasti akan naik, begitu juga halnya dengan saham yang naik, pasti akan turun juga.

Berbalik kepada Fundamental Analysis syarikat tersebut, kalau syarikat tersebut menjana keuntungan yang tinggi dan meningkat saban tahun; tunggu masa sahaja ia naik.

Nasib baik jugalah Pilihan Raya di Malaysia diadakan 5 tahun sekali, jadi boleh belajar daripada kesilapan. Dah tahu nak pilihan raya, cepat-cepat jual saham-saham yang berkaitan.

Tapi kalau sempat nak jual, cepat-cepatlah Cut Loss. Bila ianya confirm membuat reversal, maka time tu kita masuk balik.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.