Kenanga Investors Muncul Sebagai Juara Transparency

Kenanga Investors Group, yang terdiri daripada Kenanga Investors Berhad (“KIB”) dan Kenanga Islamic Investors Berhad (“KIIB”) telah muncul sebagai pemenang, buat julung kalinya, bagi Transparency Award di Malaysian Rating Corporation Berhad’s (“MARC”) MARC 2017 League Managers Lead Table Awards yang diadakan baru-baru ini.Transparency Awards dianugerahkan kepada organisasi perkhidmatan kewangan dalam penarafan MARC yang menjadi peneraju dari segi amalan terbaik dalam kebertanggungjawaban dan ketelusan bagi sektor masing-masing. Bidang tumpuan yang dinilai dalam proses pemilihan merangkumi, pengurusan risiko dan kawalan dalaman organisasi, pengurusan kewangan, juga proses dan infrastruktur. Anugerah ini merupakan kategori baharu yang diperkenalkan tahun ini kepada pengurus dana tempatan. Kenanga Investors Group telah menerima anugerah atas sumbangannya dalam mempelopori ketelusan dalam bidang pengurusan aset.

“Pengiktirafan sebagai organisasi pengurusan aset yang telus dan bertanggungjawab adalah satu pencapaian baik bagi kami sebagai pengurus dana, terutamanya dalam keadaan semasa. Lebih-lebih lagi dengan KIB dan KIIB juga diakui penarafan pengurusan pelaburan IMR-2 pada awal tahun ini,” kata Ismitz Matthew De Alwis, Pengarah Eksekutif / Ketua Pegawai Eksekutif Kenanga Investors Berhad.

Kedua-dua firma adalah perintis yang memperoleh penarafan pengurus pelaburan daripada MARC, penarafan sukarela yang menilai kualiti firma pengurus pelaburan atau pengurus dana dan pendedahannya kepada kegagalan kewangan dan operasi. Pengurus pelaburan tersenarai dalam kategori IMR-2 ditakrifkan sebagai pengurus yang menunjukkan proses pelaburan dan amalan pengurusan risiko yang sangat baik berbanding saiz dan kerumitan aktiviti pelaburan masing-masing. Penarafan ini mencerminkan proses pelaburan mapan, pengurusan risiko mantap dan rekod operasi yang kukuh.

MARC adalah salah satu daripada dua institusi penarafan kredit tempatan di Malaysia. Institusi ini memulakan operasi pada 1996, di mana skop penarafannya meliputi Pembiayaan Korporat, termasuk Institusi Kewangan dan Insurans, Pembiayaan Berstruktur, Pembiayaan Awam dan Pembiayaan Infrastruktur dan Projek.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kenanga Investors, sila layari www.kenangainvestors.com.my.

Mengenai Kenanga Investors Berhad (353563-P)

Kenanga Investors Berhad (“KIB”) ialah anak syarikat milik penuh Kenanga Investment Bank Berhad, bank pelaburan bebas terbesar berasaskan nilai dagangan ekuiti dan jumlah dagangan. KIB mempunyai lesen untuk melaksanakan aktiviti dikawal selia meliputi urus niaga sekuriti dalam pengurusan dana (terhad kepada unit amanah), nasihat pelaburan, perancangan kewangan, dan berurusan dalam Skim Persaraan Swasta (“PRS”) di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (“CMSA”) 2007. KIB menyediakan penyelesaian pelaburan termasuk skim pelaburan kolektif, perkhidmatan pengurusan portfolio dan juga mandat persendirian berasingan dan pelaburan alternatif bagi pelanggan runcit, korporat dan institusi.

KIB berbangga dengan reputasinya menguruskan dana berprestasi tinggi secara konsisten. Dalam The Edge Thomson Reuters Lipper Fund Awards 2018, KIB memenangi anugerah Best Equity Group (Islamic) buat tahun ke-2 berturut-turut. Dua dananya iaitu Kenanga Malaysian Inc Fund dan Kenanga Syariah Growth Fund masing-masing telah dipilih sebagai Best Equity Malaysia (Provident) di bawah kategori 3 tahun dan Best Equity Malaysia di bawah kategori 10 tahun.

2018 Best of the Best Awards anjuran Asia Asset Management yang berlangsung di Hong Kong menobatkan KIB sebagai Malaysia Best Pension Fund Manager. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya Cik Lee Sook Yee telah dipilih sebagai 2018 Malaysia CIO of the Year (tahun ke-3 berturut-turut) dan Ketua Pegawai Eksekutif En. Ismitz Matthew De Alwis telah dipilih sebagai 2018 Malaysia CEO of the Year buat tahun ke-2 berturut-turut.

Di KWAP External Fund Manager Awards, KIB telah memenangi anugerah Best Domestic Conventional Equity 2017 dalam peranannya sebagai pengurus dana. Baru-baru ini, dana utamanya Kenanga Growth Fund telah diiktiraf di bawah kategori Core Equity – Malaysia buat tahun ke-9 berturut-turut di Fundsupermart.com Recommended Unit Trusts Awards 2018/2019 sementara Kenanga Balanced Fund telah diberi pengiktirafan bagi kategori Balanced – Malaysia buat pertama kali.

Buat tahun kedua berturut-turut, kedudukan KIB telah diperkukuh dengan penarafan pengurus pelaburan IMR-2 oleh Malaysian Rating Corporation Berhad. Penarafan IMR bagi KIB mencerminkan proses pelaburan mapan, amalan pengurusan risiko mantap dan rekod pencapaian operasi kukuh syarikat pengurusan dana ini.

#sehingga tarikh semasa pada tahun ini berasaskan Ringkasan Dagangan Organisasi Peserta Bursa Malaysia. 

Mengenai Kenanga Islamic Investors Berhad (451957-D) 

Kenanga Islamic Investors Berhad (“KIIB”) ialah anak syarikat milik penuh Kenanga Investors Berhad. Sejajar dengan rancangan perniagaan Kenanga Investors Group untuk menubuhkan cabang pengurusan dana Islam, KIB telah memohon dan menerima lesen pengurusan dana Islam daripada Suruhanjaya Sekuriti pada April 2012. Syarikat memegang lesen untuk menjalankan aktiviti pengurusan dana  yang dikawal selia di bawah CMSA.

KIIB memberi tumpuan khas menyediakan produk pelaburan patuh Syariah kepada pasaran tempatan dan serantau. KIIB menyediakan penyelesaian pelaburan Islam dalam perkhidmatan pengurusan portfolio dan kini dilantik sebagai pengurus dana luar bagi pelaburan Islam Kenanga Investors.

KIIB juga disahkan dengan penarafan pengurus pelaburan IMR-2 oleh Malaysian Rating Corporation Berhad buat tahun kedua berturut-turut. Penarafan ini mencerminkan proses pengurusan pelaburan kukuh KIIB, disokong oleh amalan pengurusan risiko yang mantap.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Powerwell Catat Rekod Untung Bersih Tertinggi RM24.1 Juta, Sasar Lonjakan Melalui Sektor Pusat Data

KUALA LUMPUR: Pakar pengedaran kuasa tempatan, Powerwell Holdings Berhad (“Powerwell”) berjaya menamatkan tahun kewangan 2026 (“FY26”) dengan prestasi luar biasa selepas mencatatkan keuntungan bersih tertinggi dalam sejarah syarikat berjumlah RM24.1 juta.

Pencapaian memberangsangkan ini menyaksikan keuntungan bersih kumpulan melepasi ambang RM20 juta buat kali pertama , melonjak daripada RM18.7 juta yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Prestasi Kewangan Sumbangan Pasaran Luar Negara

Bagi keseluruhan FY26, perolehan Powerwell melonjak 15.6% tahun-ke-tahun (YoY) kepada RM159.0 million berbanding RM137.5 juta pada tahun lalu. Pertumbuhan mampan ini dipacu terutamanya oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada operasi kumpulan di Bangladesh dan Indonesia.

Bagaimanapun, bagi suku keempat berakhir 31 Mac 2026 (4QFY26), perolehan kumpulan mencatatkan penurunan kepada RM41.4 juta berbanding RM47.7 juta sebelum ini disebabkan oleh penghantaran produk yang lebih rendah.

Meskipun begitu, margin keuntungan kasar bagi suku tersebut melonjak kepada 39.8% (daripada 35.1% pada suku sama tahun lepas) hasil daripada pemuktamadan akaun untuk sebuah projek pusat data (data centre) serta projek loji hidro. Keadaan ini, ditambah pula dengan pembalikan kemerosotan nilai penghutang perdagangan dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah, telah melonjakkan untung bersih 4QFY26 sebanyak 6.9% YoY kepada RM7.7 juta.

Sebagai ganjaran kepada para pemegang saham, Powerwell mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 1.0 sen sesaham bagi suku di bawah tinjauan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan dividen bagi FY26 sebanyak 1.5 sen sesaham, yang mewakili nisbah pembayaran sebanyak 36.1% (anggaran RM8.7 juta).

Projek Mega & Pasaran Borneo

Tahun kewangan 2026 turut melakar sejarah tersendiri apabila Powerwell berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam ekosistem teknologi tinggi selepas meraih projek pusat data tunggal terbesar bernilai RM68.5 juta.

Bagi meluaskan lagi empayar perniagaannya, kumpulan sedang aktif mengembangkan ruang pembuatan di Malaysia dan Indonesia. Di samping itu, Powerwell telah memuktamadkan pengambilalihan 49% kepentingan dalam Tenaga Kenari pada 1 April 2026. Langkah strategik ini memberikan akses segera bagi kumpulan untuk menembusi pasaran Sarawak dan Sabah (Timur Malaysia), sekali gus membuka peluang rantaian pelanggan baharu dalam industri semikonduktor, utiliti, dan tenaga boleh diperbaharui.

Prospek Cerah

Sehingga akhir Mac 2026, nilai tempahan (order book) Powerwell kekal sihat pada paras RM150.8 juta, sekali gus memberikan pendapatan yang stabil untuk tempoh akan datang.

Melihat ke hadapan, pihak pengurusan Powerwell optimis terhadap prospek perniagaan syarikat yang disokong oleh saluran tender (tender pipeline) yang sangat aktif. Kumpulan sedia merebut peluang luas dalam segmen-segmen pesat membangun termasuk pusat data, tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor, dan infrastruktur.

Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan pasaran global yang dinamik, Powerwell menegaskan akan terus mengamalkan pendekatan berhati-hati dengan memantau rapat ketidaktentuan pasaran, perkembangan geopolitik, dan keadaan makroekonomi yang boleh memberi kesan kepada landskap perniagaan.