IPC dan Pusat Beli-belah MyTOWN Bawakan Jualan Dalam Talian Ikonik 11.11 Ke Tapak Kedai

KUALA LUMPUR, Malaysia, 8 November 2018 /PRNewswire/ — Pusat Beli-belah IPC dan Pusat Beli-belah MyTOWN dengan kerjasama IKEA Malaysia dengan bangga memperkenalkan “Karnival 11.11”. Inilah pertama kali fenomena membeli-belah dalam talian 11.11 dibawa ke persekitaran runcit fizikal. Dari 9 hingga 11 November 2018, IPC dan MyTOWN akan menjadi tuan rumah pelbagai jenama untuk menyediakan pembeli dengan pengalaman membeli-belah yang lebih besar dan lebih baik.

Bermula dari Alibaba di China, fenomena beli-belah Hari Bujang 11.11 yang terkenal di dunia sinonim dengan tawaran luar biasa daripada peruncit dan jenama — menjadikannya hari belanja terbesar yang terulung sepanjang tahun.

Tahun ini, Karnival 11.11 IPC dan MyTOWN akan menyaksikan lebih daripada 400 penyewa dan rakan gabungannya berkumpul untuk menawarkan diskaun sehingga 90%.

“Dengan Karnival 11.11 kami, kami mewujudkan platform rintis untuk penyewa kedai fizikal kami sendiri dan para penggiat e-dagang yang terkemuka untuk memberi pembeli kepuasan segera tawaran belanja dalam talian terbaik dalam persekitaran runcit yang hebat,” kata Kristian Olofsson, Pengarah Pusat Beli-belah & Penggunaan Campuran IKEA Southeast Asia.

Beliau menyambung, “Kami sentiasa bercita-cita untuk menjadi tempat pertemuan bagi komuniti di luar runcit tradisional. Karnival 11.11 melengkapi pembelian dalam talian dengan pengalaman pelanggan yang hebat dan saat-saat yang tidak dapat dilupakan bersama-sama rakan-rakan dan keluarga. Ini merupakan cara yang baharu dan unik untuk melihat tingkah laku membeli-belah dalam talian dan luar talian secara keseluruhan.”

Sepanjang Karnival 11.11, pembeli boleh menerima akses eksklusif ke tawaran istimewa dari 400 lebih penyewa gabungan dari IPC dan MyTOWN. Salah satu kemunculan utama termasuk jualan akhir tahun IKEA yang dinanti-nantikan, yang akan dimantapkan dengan tawaran ahli IKEA FAMILY eksklusif di kedai pada 10 dan 11 November. Para pembeli boleh mendapatkan diskaun hingga 50% pada barangan kediaman kegemaran mereka.

Selain itu, IPC dan MyTOWN akan bekerjasama dengan pemain e-dagang terkemuka seperti Shopee, Fave, Taobao, Klook, Garena dan AliExpress serta rakan-rakan seperti Maxis untuk membawa aspek dalam talian 11.11 ke ruang luar talian. Sepanjang Karnival 11.11 yang akan berlangsung selama tiga hari, terdapat tawaran eksklusif dan tawaran yang ditawarkan oleh rakan-rakan ini yang hanya boleh ditebus di ruang pameran mereka di tapak kedai. Aktiviti-aktiviti lain untuk seluruh keluarga termasuk:

1.      Cabutan Bertuah Harian (hanya di Pusat Beli-belah IPC)

  • Belanja minimum RM300 dalam satu resit di mana-mana penyewa dan rakan kongsi yang mengambil bahagian.
  • Gandakan peluang untuk menang dengan membeli-belah di kedai-kedai terpilih.
  • Hadiah termasuk telefon pintar dan pakej percutian.

2.     #JomHoliday with Klook (hanya di Pusat Beli-belah IPC)

  • Tawaran perjalanan setiap jam dengan aktiviti dan permainan yang menyeronokkan
  • Temui dan berbual dengan golongan berpengaruh tempatan

3.     Steal A Deal (hanya di Pusat Beli-belah MyTOWN)

  • Belanja minimum RM200 dalam gabungan maksimum 3 resit dan berpeluang untuk membeli iPhone XS 64GB atau Samsung Galaxy Note 9 128 GB pada RM1,111.
  • Belanja minimum RM80 dalam gabungan maksimum 3 resit dan berpeluang membeli penggoreng Philip Air atau TV Samsung 32-inci pada RM111.
  • Tawaran cabutan setiap jam bermula dari pukul 6.00 petang hingga 9.00 malam pada 10 dan 11 November 2018.

Karnival 11.11 yang mengujakan menanti anda di:

Tempat:

Pusat Beli-belah IPC, Atrium, Tingkat G; dan

Pusat Beli-belah MyTOWN, Ruang Legar, Tingkat G

IKEA Damansara, Cheras dan Tebrau

Tarikh:

9 to 11 November 2018 (Jumaat-Ahad)

Masa:

10.00 pagi hingga 10.00 malam

Untuk maklumat lanjut tentang Karnival 11.11 dan tawaran khas dalam kedai yang menarik, lawati www.1111carnival.com.

Sumber: IKEA Southeast Asia

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Cabaran RIFAR Yang Diterajui Belia Oleh SC Untuk Memacu Kesedaran Dan Inovasi Bagi Sungai-Sungai Di Malaysia

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini melancarkan River Flooding Adaptation & Resilience (RIFAR) Challenge untuk memperkasakan golongan muda supaya menyumbang idea dan tindakan yang dapat memperkukuh ketahanan sungai-sungai di Malaysia.

Inisiatif ini merupakan kerjasama dengan rakan strategik dalam penglibatan universiti, pelaksanaan dunia sebenar langkah mitigasi banjir dan kepakaran teknikal dalam ketahanan serta kelestarian sungai. Rakan-rakan tersebut ialah:

  1. ICAEW Malaysia
  2. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)
  3. Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) – pemaju induk projek Selangor Maritime Gateway (SMG)
  4. Jeffrey Sachs Center on Sustainable Development (JSC)

Pertandingan seluruh negara ini menjemput pelajar universiti untuk membantu menangani ancaman banjir sungai yang semakin meningkat melalui dua kategori berbeza:
▪ The Sprint: Laluan kesedaran yang memfokuskan komunikasi kreatif, bagi meningkatkan kesedaran awam dan tindakan komuniti mengenai kesihatan sungai di Malaysia.
▪ The Marathon: Laluan inovasi pelbagai disiplin di mana pasukan membangunkan intervensi mitigasi banjir untuk Taman Sri Muda. Penyelesaian menggabungkan konsep kejuruteraan dengan pelan pembiayaan pasaran modal serta manfaat sampingan iklim yang boleh diukur, seperti tenaga boleh diperbaharui.

RIFAR merupakan sebahagian daripada inisiatif Transition, Resilience & Adaptation in Capital Markets (TRAC) oleh SC. Ia selaras dengan objektif lebih luas SC untuk memperkukuh peranan pasaran modal dalam menggerakkan pembiayaan bagi peralihan iklim, adaptasi dan ketahanan, seperti yang digariskan dalam Capital Market Masterplan 2026-2030.

RIFAR ialah cabaran adaptasi dan ketahanan iklim kedua SC, meneruskan kejayaan besar Coastal Flooding Adaptation & Resilience (COFAR) Challenge yang diadakan pada 2025. Inisiatif ini melibatkan 220 pelajar dari 29 universiti untuk membangunkan penyelesaian adaptasi bagi Pulau Carey, Selangor.

Bercakap semasa webinar pelancaran RIFAR Challenge, Pengerusi SC Dato’ Mohammad Faiz Azmi berkata sungai berada di pusat cabaran adaptasi iklim Malaysia.

“Sungai ialah sistem peredaran negara ini, membekalkan 80% bekalan air mentah negara dan mengalir melalui koridor ekonomi paling penting kita.”

“Pasaran modal menilai idea yang bukan sahaja kukuh dari segi teknikal tetapi juga berdaya maju dari segi kewangan. Selepas kejayaan COFAR, kami yakin pelajar universiti Malaysia boleh menyumbang kepada penyelesaian bersepadu yang diperlukan untuk lembangan sungai kita,” katanya.

RIFAR Challenge menawarkan jumlah hadiah wang tunai RM50,000 untuk kategori Marathon dan RM7,000 untuk Sprint. Pertandingan ini terbuka kepada pelajar dari semua universiti awam dan swasta di Malaysia, serta rakyat Malaysia yang belajar di universiti luar negara.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, layari: www.sc.com.my/trac/rifar-challenge
Pendaftaran ditutup pada 12 Mei 2026.