Had Limit Perubatan Sehingga Satu Juta, Hanya Dengan Maksimum Bayaran RM1.66 Sehari

Di masa dahulu masyarakat kita amat menitik-beratkan budaya tolong- menolong. Mereka membantu antara satu sama lain di majlis perkahwinan, kenduri cukur jambul, berkhatan, membantu dan menziarahi orang yang sakit, menolong dalam urusan pengebumian dan sebagainya.  Amalan yang baik ini dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh masyarakat.  Kini nilai-nilai yang murni ini makin terhakis dek arus permodenan. Sebaliknya, sikap materialistik dan individualistik semakin menebal sehingga amalan hidup bermasyarakat seperti bergotong-royong terpinggir. Masyarakat kini terdorong untuk mengejar kekayaan dan sanggup bekerja siang dan malam kerana taraf hidup yang semakin meningkat . Kesibukan yang di hadapi oleh masyarakat kini bukan sekadar mengikis amalan murni bahkan menjejaskan kesihatan mereka.

Bagi rawatan perubatan pula, kita masih melihat ramai rakyat yang memerlukan bantuan bagi menanggung kos perbelanjaan rawatan yang kian meningkat ini.  Dianggarkan kadar inflasi bagi kos perubatan meningkat antara 10% dan 15 % dari tahun ke tahun.  Ini termasuk juga dengan jumlah pesakit yang semakin meningkat dan kemudahan kesihatan yang tidak mencukupi.  Bagi yang mampu mereka akan mengambil kemudahan Insuran dan Takaful untuk mengatasi masalah ini.  Namun tidak semua golongan yang berkemampuan untuk membayar caruman bulanan yang tetap dan di sinilah Life Engineering berhasrat untuk mengisi jurang tersebut dengan menyediakan penyelesaian alternatif untuk rakyat Malaysia bagi membiayai kos rawatan perubatan mereka.

Life Engineering memainkan peranan dalam menerapkan kembali nilai bantu-membantu antara satu sama lain dengan tujuan untuk mengurangkan beban yang ditanggung.  Life Engineering merupakan satu platform dan aplikasi yang pertama di Malaysia yang mana ia menjalankan satu konsep Perkongsian Ramai bagi mengumpul dana di kalangan ahli (Pekongsi) yang menyertai program ini.  Pekongsi bersama-sama berkongsi kos perubatan penghospitalan di saat mereka memerlukannya.  Di Life Engineering, kami bersama-sama Pekongsi yang lain berkongsi kos rawatan perubatan bagi kes kemasukkan ke hospital@Penghospitalan sahaja.

Bagaimanakah konsep Perkongsian Ramai berfungsi? Sila perhatikan contoh di bawah: –

Jumlah Pekongsi Aktif : 1000

Jumlah Bil yang di kongsi : RM 20, 000

Setiap pekongsi berkongsi : RM 20, 000 ÷ 1000 = RM 20 seorang

  • Pekongsi aktif merujuk kepada pekongsi yang telah melepasi tarikh 60 hari setelah membuat pembayaran.
  • Pekongsi yang masih belum melepasi 60 hari dari tarikh di atas belum layak lagi untuk berkongsi dan menerima bantuan kemasukkan ke hospital.

Merujuk kepada contoh di atas, setiap Pekongsi cuma perlu membayar sebanyak RM 20.00 untuk kos perubatan yang berjumlah RM 20, 000.    Semakin ramai jumlah Pekongsi Aktif, semakin kurang nilai yang perlu dikongsi oleh setiap Pekongsi. Namun, jika jumlah Pekongsi tidak mencukupi untuk berkongsi bil pada bulan berkenaan, kos perkongsian maksimum yang perlu ditanggung oleh setiap Pekongsi ialah sebanyak RM 50 dan RM60 bagi perokok dan bakinya kemudian akan dibawa pada bulan seterusnya untuk dikongsi sekali lagi.   Bagi setiap kes perkongsian, Pekongsi akan menerima notifikasi dari aplikasi atau log masuk di laman web Life Engineering terlebih dahulu.

Di aplikasi mahupun di laman web, Pekongsi dapat melihat secara terperinci jumlah dan kes yang dikongsi, bilangan pekongsi yang aktif dan tidak aktif and bilangan tetamu LE (LE Guest). Sesiapa yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai Life Engineering boleh mendaftar sebagai Tetamu LE @ LE Guest. Beliau boleh melihat maklumat di atas sebelum menjadi Pekongsi.

Sebarang pembayaran melalui penolakan yang dibuat terhadap kad pembayaran boleh di imbas balik dengan mudahnya oleh Pekongsi di aplikasi dan laman web, selain daripada menerima notifikasi melalui email dan SMS.

Di bawah ini adalah contoh aplikasi Life Engineering yang boleh di muat turun di Play Store.

Mengapakah anda patut menjadi sebahagian komuniti Life Engineering?  Apakah kelebihan dan manfaat yang boleh dinikmati sebagai Pekongsi?

  1. Beban kos perubatan anda ditanggung bersama komuniti. Di Life Engineering tiada caruman bulanan yang tetap, perkongsian hanya berlaku jika berlaku kes kemasukkan ke hospital.
  1. Jumlah maksimum perkongsian hanyalah sebanyak RM 50 sebulan, jika tiada kes tidak perlu membayar apa-apa. (Perokok perlu membayar 1.2 kali lebih tinggi)
  1. Jumlah had kos perubatan yang boleh dikemukakan sehingga RM 1 juta pada tahun pertama penyertaan. Had ini akan bertambah sebanyak RM 200, 000 pada tahun berikutnya.
  1. Penilaian dan kelulusan untuk kemasukkan ke hospital diuruskan oleh pihak EMAS. EMAS merupakan satu badan yang bertanggungjawab untuk menaksir, menilai dan juga memberi kelulusan jika pesakit itu layak untuk penghospitalan.   EMAS juga mempunyai pengalaman lebih dari 30 tahun dalam bidang ini.
  1. Bil hospital akan di bayar dahulu oleh Pentadbir Life Engineering sejurus Surat Jaminan dikeluarkan dan Pekongsi hanya berkongsi kemudian dengan Pekongsi yang lain
  2. Jika berlaku kematian pada Pekongsi, pemberian wang ehsan yang juga dari perkongsian ahli sebanyak RM 5000 akan di berikan kepada ahli keluarga si mati. Wang ehsan ini akan meningkat sebanyak RM 1000 pada tahun berikutnya.
  1. Akses ke lebih daripada 200 panel hospital termasuk di Sabah & Sarawak.
  1. Petua penjagaaan kesihatan dan aktiviti kesihatan untuk komuniti ini.

Untuk menyertai program Perkongsian Ramai ini anda perlu memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut;

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur antara 8 hingga 40 tahun. (Keahlian Pekongsi tidak terbatal apabila melepasi umur 40)
  3. Tiada sebarang penyakit
  4. Sihat
  5. Jujur

Di Life Engineering kami amat mengalu-alukan penyertaan dari anda untuk bersama-sama meningkatkan jumlah Pekongsi bagi mengurangkan bebanan sesama ahli.

Pembayaran sebagai Pekongsi adalah sebanyak RM 202.99 untuk pendaftaran kali pertama.  Detail pembayaran adalah seperti berikut: –

  • RM 100.00 – Yuran Tahunan

Yuran ini digunakan untuk kos pengendalian operasi dan hanya di bayar setahun sekali sahaja

  • RM 100.00 – Deposit Perkongsian

Deposit ini akan digunakan sewaktu kes perkongsian nanti.  Jika berlakunya kes perkongsian wang yang di kongsi itu akan ditolak dahulu dari deposit ini dan jika jumlah deposit ini berkurang sehingga RM 50 dan ke bawah barulah tambah nilai akan berlaku.  Tambah nilai ini akan di tolak secara automatik dari kad Pekongsi nanti. Deposit (selepas menolak kos perkongsian bulan terkini) ini akan dikembalikan sekiranya anda menarik diri dari program.

  • RM 2.99 – Caj Pembayaran Atas Talian

Caj untuk pembayaran atas talian.

Untuk makluman anda sejak perlancaran program ini dari bulan March 2017 sehingga hari ini, kami telah menerima satu kes tuntutan ke hospital dan hanya sekali sahaja penolakan berlaku dari kad pembayaran Pekongsi.

Semakin Tinggi Jumlah Pekongsi, Semakin Rendah Jumlah Kos Perubatan yang akan di kongsi.

Untuk pengetahuan anda, Life Engineering kini dikenali sebagai Gather Care. Untuk maklumat lanjut, layari Pilihan Selain Takaful.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.