TalariaX Lancar Salah Satu Platform Pemesejan Omnisaluran Paling Bersepadu, sendQuick.io

SINGAPURA, 10 Januari 2019 /PRNewswire/ — TalariaX, pengusaha industri yang utama bagi penyelesaian pemesejan mudah alih perusahaan, melancarkan platform pemesejan omnisaluran dan penyelesaian unggulan yang menggabungkan 10 platform penyampai sosial yang popular iaitu – Facebook Messenger, Webex Teams, WeChat, Telegram, Slack, Microsoft Teams, WeChat Work, Line, WhatsApp (penyepaduan selesai, tidak dilancarkan) dan Viber (penyepaduan selesai, tidak dilancarkan) – menggunakan Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API) tunggal.

sendQuick.io, salah satu platform penyampai paling bersepadu yang kini tersedia untuk perusahaan dan pasaran syarikat telekomunikasi di Asia, membolehkan organisasi-organisasi berhubung dan memanfaatkan pelbagai aplikasi (Peringatan, Pemberitahuan, Amaran, Khidmat Pelanggan, OTP dan banyak lagi) serta sistem rangkaian merentas kesemua 10 penyampai sosial popular dan saluran kolaborasi, justeru memudahkan secara meluas proses langganan.

Bilangan pengguna aplikasi pemesejan telefon bimbit seluruh dunia diunjurkan berkembang kepada 2.48 bilion pada tahun 2021. Tahun ini[1], pengguna akan lebih dapat berhubung dengan perniagaan untuk sokongan pelanggan melalui pemesejan berbanding melalui media sosial[2], menakrifkan semula komunikasi digital. “sendQuick.io merupakan bukti kepada tawaran versatil TalariaX yang dapat menampung keperluan berubah-ubah organisasi-organisasi terhadap penyepaduan lancar, meningkatkan produktiviti dan menyediakan penglibatan pelanggan yang cemerlang. Tawaran holistik dan ringkas ini bukan sahaja merupakan proposisi penyelesaian yang berkesan kos, tetapi juga merupakan perkhidmatan yang menawarkan perbualan yang mudah dengan lancar merentas berbilang saluran,” kata JS Wong, Ketua Pegawai Eksekutif TalariaX.

ciri-ciri utama sendQuick.io termasuk:

  • Pemesejan Omnisaluran: Berhubung dengan pelanggan pada waktu nyata melalui penyampai sosial
  • Konfigurasi Mudah: Membolehkan organisasi-organisasi mengkonfigurasi seberapa banyak pemesejan sosial atau instrumen kolaborasi; Persediaan lebih pantas dan kos kemasukan rendah
  • Penyepaduan Aplikasi Seragam: API tunggal dan seragam menyepadukan semua aplikasi dan sistem dengan lancar
  • Pemesejan Siaran: Menghantar pemberitahuan, amaran dan peringatan serta merta kepada pelanggan tentang promosi terkini, transaksi dan perkembangan terkini
  • Akses Data: Boleh diakses melalui awan pada sebarang pelayar/peranti dan boleh direkodkan, disimpan dan boleh diakses untuk dibuka kembali dengan mudah

“Platform kami yang sedia bersepadu membolehkan organisasi-organisasi menyelaraskan proses dengan mudah, mendayakan langganan/konfigurasi dengan mudah dan sekaligus memudahkan penggunaannya sebanyak 90%,” tambah Wong.

Perintis sebenar dalam gerbang pemesejan mudah alih dan pengusaha SMS dan pemesejan mudah alih utama di Singapura, Malaysia dan rantau Asia Pasifik, TalariaX turut melancarkan ‘Conversation’, instrumen pemesejan berasaskan web seragam untuk ejen dan kakitangan agar mudah bersembang dan berinteraksi dengan semua pengguna penyampai pada antara muka tunggal.

Instrumen yang sedia digunakan ini membolehkan syarikat-syarikat untuk memanfaatkan log masuk berbilang pengguna dan berbilang jabatan, berperanan sebagai fungsi khidmat/sokongan pelanggan seperti kaunter bantuan, serta bertindak sebagai instrumen pemasaran untuk maklum balas pengguna, pertanyaan dan interaksi berdepan pelanggan yang lain.

Dalam persekitaran perniagaan dan dunia terhubung yang pantas hari ini, instrumen dan perkhidmatan TalariaX membantu organisasi-organisasi meningkatkan kecekapan operasi, mengurangkan kos overhed dan memudahkan proses demi komunikasi pelanggan yang paling berkesan dan cekap.

Latar Belakang TalariaX Pte Ltd

TalariaX™ membangunkan dan menawarkan penyelesaian pemesejan mudah alih perusahaan bagi meningkatkan aliran kerja dan produktiviti perniagaan. Rangkaian penyelesaian pemesejan mudah alih perniagaan kami dikhususkan untuk membantu syarikat-syarikat menggunakan penyelesaian pemesejan untuk semua aplikasi perusahaan dengan mudah. Ini termasuk Amaran & Pemberitahuan IT, Akses Jarak Jauh Selamat melalui Pengesahan 2-Faktor, Pemesejan Kecemasan & Siaran, Pengautomatan Proses Perniagaan dan Pengawasan Ketersediaan Sistem.

Produk utama kami, sendQuick, ialah gerbang pemesejan gred perusahaan, disediakan pada perkakas, mesin maya dan perkhidmatan awan. sendQuick digunakan oleh lebih 1,500 syarikat termasuk banyak syarikat Fortune Global 500, di 40 negara merentas pelbagai vertikal industri.

Sumber: TalariaX

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.