10 Buku Yang Anda WAJIB Baca Untuk Bantuan Nasihat Kewangan!

Untuk mencapai matlamat kewangan yang diidamkan, anda perlukan panduan daripada pelbagai sumber. Paling mudah, dapatkan maklumat di hujung jari anda menggunakan Internet. Untuk cara yang lebih tradisional, di sini kami sarankan 10 buku terbaik untuk mencapai status kewangan yang cemerlang.

1. Personal Finance For Dummies oleh Eric Tyson

Sumber: MPH Online

Eric Tyson mengajarkan anda panduan asas semudah ABC dalam membina kewangan yang stabil iaitu dengan cara mudah membuat belanjawan, menyelesaikan hutang, membuat simpanan, dan membuat pelaburan yang bijak.

Buku ini boleh didapati di mphonline.

2. Your Money or Your Life: 9 Steps to Transforming Your Relationship with Money and Achieving Financial Independence oleh Vicki Robin, Joe Dominguez, and Monique Tilford

Sumber: Kinokuniya Malaysia

Bertulang belakangkan pengurusan tabiat kewangan serta perbelanjaan anda, buku ini memaksimakan pendapatan serta mengurangkan belanja. Vicki Robin, penulis buku ini menitikberatkan anda untuk membaiki hubungan dengan harta benda.

Buku ini boleh didapati di Kinokuniya Malaysia.

3. Broke Millennial: Stop Scraping By and Get Your Financial Life Together oleh Erin Lowry

Sumber: MPH Online

Buku yang mudah difahami, lucu dan memaparkan situasi benar yang mungkin dihadapi oleh golongan milenial, penulis buku ini, Erin Lowry membantu anda dengan nasihat kewangan yang praktikal.

Buku ini boleh didapati di mphonline.

4. Get a Financial Life: Personal Finance in Your Twenties and Thirties oleh Beth Kobliner

Sumber: Bookurve

Buku yang disusun cantik ini merangkumi asas kewangan peribadi khususnya untuk mereka yang baru sahaja bergraduasi dan menjejakkan kaki ke dunia luar. Seorang jurnalis dan pengkritik kewangan peribadi, Beth Kobliner sentiasa memberikan nasihat yang optimis dalam bukunya.

Buku ini boleh didapati di  Bookurve.

5. Worth It: Your Life, Your Money, Your Terms oleh Amanda Steinberg

Sumber: Kinokuniya Malaysia

Amanda Steinberg, pengasas dan CEO DailyWorth.com, merungkai mengapa wanita perlu hidup dengan cara mereka yang tersendiri. Penulis menekankan kepentingan kuasa dan kebebasan dalam menguruskan kewangan.

Buku ini boleh didapati Kinokuniya Malaysia.

6. The One-page Financial Plan: A Simple Way to be Smart about Your Money oleh Carl Richards

Sumber: opentrolley

Buku yang menyediakan pelan kewangan paling mudah ini, membantu dalam mengenal pasti matlamat kewangan dan membantu anda untuk mencapainya.

Buku ini boleh didapati di Bookurve.

7. Mindful Money: Simple Practices for Reaching Your Financial Goals and Increasing Your Happiness Dividend oleh Jonathan K. DeYoe

Sumber: opentrolley

 Untuk memahami keutamaan dalam kewangan dan merancang strategi untuk mencapai matlamat kewangan, buku ini ialah pilihan yang tepat.

Buku ini boleh didapati di opentrolley.

8. The Total Money Makeover (Classic Edition): A Proven Plan for Financial Fitness oleh Dave Ramsey

Sumber: MPH Online

Ingin menukar tabiat berbelanja? Dave Ramsey sedia membantu dengan buku yang ditulisnya ini.

Buku ini boleh didapati di mphonline.

9. The Truth About Your Future: The Money Guide You Need Now, Later, and Much Later oleh Ric Edelman

Sumber: MPH Online

Memanfaatkan landskap teknologi untuk membantu dalam memberi nasihat kewangan, Rid Edelman, CEO dan pengasas bersama Edelman Financial Services berkongsi cara mengadaptasi dengan dunia kewangan yang sentiasa mengalami evolusi.

Buku ini boleh didapati di mphonline.

10. I Will Teach You to Be Rich oleh Ramit Sethi

Sumber: Kinokuniya

Capai kejayaan kewangan dalam masa 6 minggu dengan mudah dalam buku ini. Penulis, Ramit Sethi merangka pelan sempurna untuk menjadi tiang kewangan peribadi anda.

Buku ini boleh didapati di Kinokuniya Malaysia.

Ketahui 5 lagi buku wajib baca untuk membantu perancangan kewangan anda di sini. 

Dikarang oleh BBazaar Malaysia. Disiarkan secara eksklusif di MajalahLabur.com.

BBazaar Malaysia (BBazaar.my) adalah sebahagian daripada BankBazaar International,pasaran utama dalam talian neutral yang membantu pengguna membuat keputusan mengenai produk kewangan seperti pinjaman, insurans, kad kredit, simpanan tetap, akaun simpanan, dana bersama dan banyak lagi. Perkhidmatan BBazaar Malaysia ditawarkan melalui platform yang selamat, mesra pengguna dan intuitif.

Ditubuhkan pada tahun 2008, BankBazaar bertumpu kepada penggunaan teknologi untuk menyediakan transaksi tanpa kertas dari mula hingga akhir yang memberi keselesaan kepada pelanggan. Hasilnya adalah pemberian tawaran peribadi hingga ke peringkat individu. Dengan bantuan pasukan khidmat pelanggan yang komited dan komuniti pengguna yang semakin meningkat, BankBazaar adalah cara paling mudah untuk orang ramai mencari dan memilih produk kewangan yang tepat secara dalam talian.

BankBazaar disokong oleh pelabur global berkaliber termasuk Walden International, Sequoia Capital, Fidelity Growth Partners, Mousse Partners, Amazon dan Experian.

Di samping menawarkan produk kewangan, BBazaar Malaysia (BBazaar.my) juga menyediakan artikel yang boleh diakses di: https://blog.bbazaar.my, mengenai topik kewangan dan gaya hidup peribadi setiap hari. Artikel artikel dipermudah kan untuk semua orang dari para pemula hinggalah ke pakar. BBazaar Malaysia (BBazaar.my) percaya bahawa setiap orang perlu diberi peluang untuk belajar mengenai dunia kewangan.
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kenapa CIMB Pertimbang Bawa CIMB Niaga Keluar Dari Bursa Saham Indonesia?

Pada 21 Oktober 2026, beberapa laporan media kewangan menyatakan CIMB Group Holdings Bhd, kumpulan perbankan dari Malaysia, sedang menilai kemungkinan membawa anak syarikatnya, PT Bank CIMB Niaga Tbk, keluar daripada Bursa Saham Indonesia atau Indonesia Stock Exchange (IDX).

Bagaimanapun, pada 22 Oktober 2026, CIMB Group mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa pihaknya mempunyai rancangan untuk memprivatisasikan CIMB Niaga. Kumpulan itu menegaskan bahawa tiada keputusan dibuat dan tiada cadangan rasmi dikemukakan berhubung perkara tersebut.

Walaupun begitu, laporan awal berkenaan memberikan gambaran tentang cabaran yang dihadapi syarikat tersenarai apabila perlu memenuhi peraturan pasaran saham dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.

1. Peraturan Free Float Semakin Ketat

Antara faktor utama yang mencetuskan spekulasi tersebut ialah perubahan peraturan Bursa Saham Indonesia berkaitan free float, iaitu peratusan saham syarikat yang tersedia untuk dagangan pelabur awam.

CIMB Group dilaporkan memiliki kira-kira 91.4% saham CIMB Niaga. Pegangan yang besar ini menyebabkan bahagian saham yang tersedia untuk dagangan awam menjadi terhad.

Berdasarkan peraturan baharu yang dilaporkan, CIMB Niaga perlu meningkatkan pegangan saham awamnya kepada sekurang-kurangnya 12.5% menjelang Mac 2027 dan 15% menjelang Mac 2028.

Bagi memenuhi keperluan ini, CIMB mempunyai beberapa pilihan, termasuk menjual sebahagian saham kepada pelabur strategik atau menerbitkan saham tambahan kepada pelabur awam.

Namun, setiap pilihan mempunyai implikasi tersendiri terhadap struktur pemilikan, penilaian saham dan kepentingan pemegang saham sedia ada.

2. Saham CIMB Niaga Dianggap Belum Mencerminkan Nilai Sebenar

Faktor kedua ialah penilaian saham atau valuation.

Menurut laporan analisis yang diterbitkan pada 21 Oktober, CIMB melihat saham CIMB Niaga sebagai undervalued, iaitu harga pasaran yang dianggap lebih rendah daripada nilai asas perniagaannya.

CIMB Niaga bukan sekadar sebuah bank yang beroperasi di Indonesia. Bank ini mempunyai perniagaan dalam perbankan korporat, pengurusan kekayaan, perbankan Islam dan perkhidmatan kepada pelanggan berpendapatan tinggi.

Pada 30 Jun 2026, CIMB Niaga dilaporkan mempunyai jumlah aset sekitar 382 trilion rupiah.

Jika harga saham tidak mencerminkan potensi perniagaan tersebut, penjualan pegangan kepada pelabur baharu mungkin tidak menghasilkan nilai yang dianggap memadai oleh pemegang saham induknya.

Dalam keadaan sedemikian, pemilik syarikat mungkin menilai sama ada lebih baik mengekalkan pemilikan jangka panjang berbanding menjual saham pada penilaian pasaran semasa.

3. Pasaran Saham Indonesia Berdepan Ketidaktentuan

Keadaan pasaran turut mempengaruhi pilihan yang tersedia kepada CIMB.

Kebimbangan mengenai ketelusan pasaran dan kemungkinan perubahan klasifikasi pasaran Indonesia oleh MSCI telah menjejaskan sentimen pelabur terhadap saham Indonesia.

Dalam keadaan pasaran yang lemah, usaha menjual sebahagian besar saham kepada pelabur awam melalui penawaran saham sekunder atau re-IPO mungkin menjadi kurang menarik.

CIMB juga perlu mempertimbangkan sama ada pelabur sanggup membeli saham pada penilaian yang memenuhi jangkaan kumpulan tersebut.

Oleh itu, penswastaan muncul sebagai salah satu pilihan yang dibincangkan oleh penganalisis dalam laporan awal berkenaan.

4. Apakah Maksud Membawa CIMB Niaga Keluar Dari Bursa?

Jika sesebuah syarikat dinyahsenaraikan atau delisted, sahamnya tidak lagi didagangkan di bursa saham berkenaan.

Sekiranya proses itu melibatkan penswastaan, syarikat induk lazimnya membeli sebahagian atau semua saham yang dipegang oleh pemegang saham minoriti, tertakluk pada struktur transaksi dan kelulusan yang diperlukan.

Bagi CIMB, langkah sedemikian secara teori boleh memberikan lebih banyak fleksibiliti dalam mengurus modal, menentukan strategi perniagaan dan merancang pertumbuhan CIMB Niaga tanpa tekanan pasaran saham awam yang sama.

Bagaimanapun, penyahsenaraian tidak semestinya bermaksud bank tersebut akan ditutup atau menghentikan operasinya. CIMB Niaga boleh terus beroperasi sebagai bank di Indonesia walaupun tidak lagi tersenarai di bursa.

5. Berapa Kos Untuk Membeli Keluar Pemegang Saham Minoriti?

Laporan media pada 21 Oktober memetik anggaran penganalisis bahawa pembelian keluar pemegang saham minoriti boleh menelan belanja sekitar RM800 juta, bergantung pada harga tawaran dan struktur transaksi.

Angka ini merupakan anggaran analisis, bukannya jumlah yang telah dipersetujui atau diumumkan secara rasmi oleh CIMB Group.

Kos sebenar akan bergantung pada harga saham ketika transaksi dilaksanakan, premium yang ditawarkan kepada pemegang saham minoriti serta sama ada semua pemegang saham minoriti perlu menjual pegangan mereka.

Selain itu, struktur tertentu mungkin membolehkan sebahagian pelabur institusi mengekalkan pegangan dalam entiti yang tidak lagi tersenarai, tertakluk pada peraturan dan kelulusan berkaitan.

Kesimpulan

Laporan mengenai kemungkinan penyahsenaraian CIMB Niaga memperlihatkan bagaimana perubahan peraturan pasaran, penilaian saham dan keadaan pasaran modal boleh mempengaruhi strategi sesebuah kumpulan perbankan.

Walau bagaimanapun, CIMB Group pada 22 Oktober 2026 menafikan laporan mengenai kemungkinan membawa CIMB Niaga keluar daripada Bursa Saham Indonesia. Kumpulan itu menjelaskan bahawa tiada keputusan atau cadangan rasmi dibuat berhubung perkara tersebut.

CIMB turut menegaskan bahawa CIMB Niaga kekal sebagai sebahagian penting daripada rangkaian perbankan serantaunya dan kumpulan itu komited untuk meneruskan operasi di Indonesia serta mematuhi semua keperluan kawal selia yang berkenaan.


Sumber rujukan

  1. The Star — CIMB Group steps up efforts to pursue potential delisting of CIMB Niaga (21 Oktober 2026).
  2. The Edge Malaysia — CIMB weighs taking Indonesian unit private as potential secondary offering loses appeal — analysts (21 Oktober 2026).
  3. The Business Times — Malaysia’s CIMB explores taking Indonesian arm private amid market volatility (21 Oktober 2026).
  4. CIMB Group Holdings Bhd — kenyataan rasmi bertarikh 22 Oktober 2026 yang menafikan rancangan untuk memprivatisasikan CIMB Niaga.