SKYWORTH Menang 4 Anugerah di CES 2019

LAS VEGAS, 12 Januari 2019 /PRNewswire/ — Pada 8 Januari 2019, pameran CES 2019 membuka tirai mengikut jadual. Sebagai syarikat elit global dalam industri perkakas rumah, SKYWORTH mempersembahkan banyak produk dan teknologi baharu yang canggih semasa CES dan menjadi protagonis.

Di CES 2019, SKYWORTH telah dianugerahkan sebagai 50 TERBAIK Jenama-jenama CE Global 2018-201910 TERBAIK Jenama-jenama CE 2018-2019 dan 10 TERBAIK Jenama-jenama TV Global 2018-2019. SKYWORTH meraih pengiktirafan untuk prestasi cemerlangnya dalam bidang perkakas rumah. SKYWORTH turut menerima 1 anugerah produk, Anugerah Emas Pengalaman TV Dwiekosistem Pintar AI untuk 65S9A/XA9000. Ia menyokong Google Assistant dan Amazon Alexa, benar-benar menjadi pusat kawalan untuk kediaman pintar. Dengan pemproses PQ berkuasa terbina dalam, TV tersebut dapat memaparkan imej terbaik dan mewujudkan pengalaman luar biasa untuk penonton.

Selain 65S9A/XA9000, SKYWORTH membawakan produk dan teknologi terkini ke CES, termasuk dinding TV bezel super sempit 277-inci, TV OLED 8K, Flush Mount TV 82”, Quasi-pixel Backlight TV 65″ dan sebagainya. Pameran ini juga menyediakan bilik pameran TV super. TV LOED 77-inci menyediakan teknologi pengimejan Dolby Vision HDR dan dilengkapi dengan sistem set teater rumah menggunakan 7.1.4 Dolby Atmos, seraya memberikan pengalaman yang mengagumkan dan mengasyikkan. Bilik pintar juga disediakan bagi menyerlahkan kecanggihan pembangunan AI, memandangkan TV tersebut dapat saling berhubung dengan semua jenis perkakas rumah.

SKYWORTH telah membina perkongsian dengan Google, Amazon serta syarikat-syarikat gergasi teknologi lain untuk mewujudkan ekosistem produk pintar. Berdasarkan strategi global “Terbuka, Berkongsi, Saling Menguntungkan”, SKYWORTH akan terus menumpu pada pengilangan TV AI untuk menyediakan penyelesaian pintar skrin besar AIoT dan produk terbaik untuk pengguna global mereka pada masa depan.

Laman Sesawang: www.iskyworth.com
Facebook: https://www.facebook.com/SkyworthGlobal
E-mel: [email protected]

Sumber: SKYWORTH

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Powerwell Catat Rekod Untung Bersih Tertinggi RM24.1 Juta, Sasar Lonjakan Melalui Sektor Pusat Data

KUALA LUMPUR: Pakar pengedaran kuasa tempatan, Powerwell Holdings Berhad (“Powerwell”) berjaya menamatkan tahun kewangan 2026 (“FY26”) dengan prestasi luar biasa selepas mencatatkan keuntungan bersih tertinggi dalam sejarah syarikat berjumlah RM24.1 juta.

Pencapaian memberangsangkan ini menyaksikan keuntungan bersih kumpulan melepasi ambang RM20 juta buat kali pertama , melonjak daripada RM18.7 juta yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Prestasi Kewangan Sumbangan Pasaran Luar Negara

Bagi keseluruhan FY26, perolehan Powerwell melonjak 15.6% tahun-ke-tahun (YoY) kepada RM159.0 million berbanding RM137.5 juta pada tahun lalu. Pertumbuhan mampan ini dipacu terutamanya oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada operasi kumpulan di Bangladesh dan Indonesia.

Bagaimanapun, bagi suku keempat berakhir 31 Mac 2026 (4QFY26), perolehan kumpulan mencatatkan penurunan kepada RM41.4 juta berbanding RM47.7 juta sebelum ini disebabkan oleh penghantaran produk yang lebih rendah.

Meskipun begitu, margin keuntungan kasar bagi suku tersebut melonjak kepada 39.8% (daripada 35.1% pada suku sama tahun lepas) hasil daripada pemuktamadan akaun untuk sebuah projek pusat data (data centre) serta projek loji hidro. Keadaan ini, ditambah pula dengan pembalikan kemerosotan nilai penghutang perdagangan dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah, telah melonjakkan untung bersih 4QFY26 sebanyak 6.9% YoY kepada RM7.7 juta.

Sebagai ganjaran kepada para pemegang saham, Powerwell mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 1.0 sen sesaham bagi suku di bawah tinjauan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan dividen bagi FY26 sebanyak 1.5 sen sesaham, yang mewakili nisbah pembayaran sebanyak 36.1% (anggaran RM8.7 juta).

Projek Mega & Pasaran Borneo

Tahun kewangan 2026 turut melakar sejarah tersendiri apabila Powerwell berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam ekosistem teknologi tinggi selepas meraih projek pusat data tunggal terbesar bernilai RM68.5 juta.

Bagi meluaskan lagi empayar perniagaannya, kumpulan sedang aktif mengembangkan ruang pembuatan di Malaysia dan Indonesia. Di samping itu, Powerwell telah memuktamadkan pengambilalihan 49% kepentingan dalam Tenaga Kenari pada 1 April 2026. Langkah strategik ini memberikan akses segera bagi kumpulan untuk menembusi pasaran Sarawak dan Sabah (Timur Malaysia), sekali gus membuka peluang rantaian pelanggan baharu dalam industri semikonduktor, utiliti, dan tenaga boleh diperbaharui.

Prospek Cerah

Sehingga akhir Mac 2026, nilai tempahan (order book) Powerwell kekal sihat pada paras RM150.8 juta, sekali gus memberikan pendapatan yang stabil untuk tempoh akan datang.

Melihat ke hadapan, pihak pengurusan Powerwell optimis terhadap prospek perniagaan syarikat yang disokong oleh saluran tender (tender pipeline) yang sangat aktif. Kumpulan sedia merebut peluang luas dalam segmen-segmen pesat membangun termasuk pusat data, tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor, dan infrastruktur.

Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan pasaran global yang dinamik, Powerwell menegaskan akan terus mengamalkan pendekatan berhati-hati dengan memantau rapat ketidaktentuan pasaran, perkembangan geopolitik, dan keadaan makroekonomi yang boleh memberi kesan kepada landskap perniagaan.