ZTE dan Heavy Reading Bersama-sama Siar Kertas Putih Pengangkutan 5G untuk Teknologi Saluran FlexE Inovatif

SHENZHEN, China, 18 Januari 2019 /PRNewswire/ — ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia penyelesaian teknologi telekomunikasi, perusahaan dan pengguna utama bertaraf antarabangsa untuk Internet Mudah Alih, hari ini menyiarkan kertas putih bertajuk “Memenuhi Keperluan Pengangkutan 5G Dengan FlexE” bersama-sama firma perunding Heavy Reading.

Berasaskan trend baharu seni bina rangkaian 5G dan keperluan baharu untuk rangkaian pengangkutan, kertas putih ini menumpu pada peranan utama teknologi berasaskan FlexE yang inovatif dalam pengangkutan perkhidmatan baharu.

Kertas putih ini memperkenalkan matlamat, nilai dan teknologi utama dalam penyelesaian rangkaian pengangkutan 5G serta menyediakan sokongan dan khidmat nasihat teknikal yang komprehensif berhubung pembinaan rangkaian pengangkutan bernilai tinggi yang berorientasi masa depan.

Kertas putih ini menghuraikan empat ciri teknikal utama dalam penyelesaian pengangkutan 5G. Pertama, teknologi saluran FlexE menyokong peruntukan lebar jalur atas permintaan. Ia menerima pakai pengikatan port besar untuk meluaskan kapasiti rangkaian atas permintaan, menyelesaikan masalah penaiktarafan lebar jalur dengan berkesan yang terhasil daripada pembangunan 5G agar lebar jalur 100GE dapat memenuhi keperluan perkhidmatan awal 5G. Hasil daripada pengikatan FlexE, lebar jalur ini dapat dinaik taraf kepada lebih 100GE hanya dengan meluaskan kapasiti beberapa port 100GE. Ia memudahkan pelarasan rangkaian sambil memanfaatkan pelaburan awal dengan berkesan.

Kedua, penyelesaian rangkaian pengangkutan 5G membolehkan kependaman ultra rendah dan penghantaran jiter ultra stabil. Teknologi silang sambung slot masa FlexE membolehkan penghantaran trafik perkhidmatan pengguna berdasarkan lapisan fizikal agar paket pengguna tidak perlu dipecahkan dalam nod perantaraan rangkaian dan penghantaran trafik perkhidmatan dapat diselesaikan pada waktu nyata. Hasilnya, kependaman penghantaran peranti lompat tunggal adalah kurang daripada 0.5 mikrosaat dan jiter pula adalah kurang daripada 30 nanosaat, justeru menyediakan asas untuk pengangkutan perkhidmatan dengan kependaman ultra rendah.

Ketiga, teknologi saluran FlexE dapat menjamin keandalan rangkaian ultra tinggi. Dengan melanjutkan OAM, Saluran FlexE dapat menyediakan dengan perlindungan lapisan saluran FlexE, meningkatkan keandalan pengangkutan khidmat pelanggan dengan ketara. Berhubung kesalahan pula, penukaran perlindungan dapat diselesaikan dalam 1ms, membolehkan seluruh rangkaian mencapai keandalan tahap industri sebanyak 99.9999%.

Keempat, teknologi saluran FlexE menyokong penghirisan rangkaian fleksibel berasaskan FlexE. Hasil daripada penghirisan hujung-ke-hujung yang berasaskan FlexE dan Saluran FlexE, rangkaian ini membawakan lebar jalur eksklusif seperti TDM dan pemisahan fizikal di samping menyokong pemultipleksan statistik Eternet. Dengan itu, ia membolehkan pemisahan penghantaran hirisan, pemisahan pengurusan, pemisahan kesalahan dan pemisahan protokol, yang memastikan penggunaan perkhidmatan 5G yang dibezakan.

“Para pengendali harus menangani banyak cabaran untuk memenuhi kehendak unik senario aplikasi 5G akan datang dan rangkaian pengangkutan akan menjadi penting untuk penggunaan 5G berskala besar. Sebagai penyelesaian pengangkutan 5G berdaya maju, FlexE menarik minat dan perhatian daripada kalangan pengendali dan teknologi silang sambung slot masa FlexE baharu berkemungkinan menjadi penyelesaian yang cekap untuk penghirisan rangkaian sukar,” kata Sterling Perrin, Penganalisis Utama Heavy Reading.

Dengan mencadangkan seni bina rangkaian berlapis-lapis berasaskan FlexE, ZTE menyediakan asas kukuh untuk usaha penyelidikan piawaian teknologi pengangkutan 5G. Seni bina ini diiktiraf secara meluas oleh industri, membuat sumbangan penting untuk ITU-T G.mtn. Di samping itu, penyelesaian Flexhaul 5G ZTE telahpun disahkan oleh beberapa pengendali di China, Sepanyol dan negara-negara lain.

Berikut merupakan pautan untuk mengakses kertas putih penuh “Memenuhi Keperluan Pengangkutan 5G Dengan FlexE”:
http://www.heavyreading.com/lg_landing.asp?piddl_lgid_docid=228757

Latar Belakang ZTE

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan termaju untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited menyediakan pelanggan dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), produk dan perkhidmatan ZTE dijual kepada lebih 500 pengendali di lebih 160 negara. ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada pendapatan tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi-organisasi penetap standard antarabangsa. ZTE komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan merupakan ahli UN Global Compact. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zte.com.cn.

Sumber: ZTE Corporation

Saham Berkaitan: HongKong:0763OTC-PINK:ZTCOYShenzhen:000063

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bursa Malaysia Securities Mengeluarkan Teguran Awam Dan/Atau Mengenakan Denda Ke Atas Computer Form (Malaysia) Berhad Serta Lapan Orang Pengarah

Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) telah mengeluarkan teguran awam terhadap Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFM) dan lapan (8) orang pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia (Main Market Listing Requirements, MAIN LR).

Selain teguran awam, lapan pengarah terbabit turut dikenakan denda berjumlah RM2 juta.

Pelanggaran utama oleh CFM

CFM didapati melakukan beberapa pelanggaran serius berkaitan pendedahan maklumat kepada pelabur, antaranya:

1. Gagal mendedahkan syarat penting dalam usaha sama (Joint Venture Agreement – JVA)

Dalam pengumuman bertarikh 5 Januari 2023, CFM gagal mendedahkan beberapa fakta material berkaitan perjanjian usaha sama dengan EA Mobility Holding Co. Ltd., termasuk:

  • Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) yang ditandatangani pada hari yang sama.
  • Klausa Put Option yang membolehkan EA Mobility menjual keseluruhan pegangannya dalam syarikat usaha sama kepada CFM sekiranya CFM gagal mendapatkan:
    • Tempahan disahkan (Affirmed Orders) sekurang-kurangnya 200 buah kenderaan elektrik (EV); dan
    • Bayaran deposit atau harga pembelian sekurang-kurangnya RM12.5 juta sebelum 30 Jun 2023.
  • Hakikat bahawa Perjanjian Usaha Sama (JVA) akan terbatal secara automatik sekiranya mana-mana pihak tidak lagi memiliki saham dalam syarikat usaha sama.

2. Siaran media 3 Julai 2023 mengelirukan pelabur

CFM mengeluarkan kenyataan media yang menggambarkan usaha sama tersebut masih berada pada landasan positif.

Namun, syarikat gagal mendedahkan bahawa:

  • Sasaran tempahan 200 EV tidak berjaya dicapai.
  • Bayaran minimum RM12.5 juta juga gagal diperoleh.
  • Kegagalan tersebut membuka ruang kepada EA Mobility untuk melaksanakan Put Option yang boleh menyebabkan penamatan usaha sama.

3. Lewat mengumumkan notis Put Option

Pada 10 Julai 2023, EA Mobility memaklumkan hasrat untuk melaksanakan Put Option.

Bagaimanapun, CFM hanya membuat pengumuman kepada Bursa pada 20 Julai 2023, iaitu selepas kelewatan lapan hari dagangan.

4. Pengumuman berkaitan penamatan usaha sama tidak lengkap dan mengelirukan

Dalam beberapa pengumuman antara 20 Julai hingga 1 September 2023, CFM menyatakan bahawa:

  • Operasi syarikat usaha sama masih berjalan seperti biasa.
  • Rundingan dengan EA Mobility masih diteruskan.

Namun syarikat tidak memaklumkan bahawa:

  • Penamatan JVA akan berlaku selepas pemindahan saham EA Mobility kepada CFM.
  • Maklumat mengenai penamatan hanya diumumkan pada 5 September 2023, hampir dua bulan selepas notis Put Option dikeluarkan dan hanya selepas Bursa Malaysia meminta penjelasan lanjut.

5. Memberikan maklumat tidak tepat kepada Bursa Malaysia

CFM turut didapati gagal memberikan maklumat yang tepat apabila:

  • Memaklumkan bahawa tiada perjanjian lain selain JVA.
  • Tidak menyerahkan salinan Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) walaupun diminta oleh Bursa Malaysia.
  • Perjanjian tersebut hanya diserahkan pada 25 September 2023 selepas beberapa kali pertanyaan dibuat.

Denda terhadap lapan pengarah

Kesemua lapan pengarah didapati membenarkan syarikat melakukan pelanggaran tersebut dan dikenakan teguran awam serta denda seperti berikut:

PengarahJumlah Denda
Tan Sri Datuk Mazlan Bin LazimRM300,000
Datuk Seri Tan Choon HwaRM100,000
Datuk Wira Justin Lim Hwa TatRM150,000
Datuk Hoo Swee GuanRM450,000
Pang Nan YewRM300,000
Wong Kok SeongRM300,000
Kho See YiingRM300,000
Tan Li SinRM100,000

Jumlah keseluruhan denda: RM2 juta.

Mengapa tindakan ini diambil?

Bursa Malaysia memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas proses siasatan lengkap dengan mengambil kira:

  • Keseriusan pelanggaran yang dilakukan.
  • Kesan terhadap pemegang saham dan pelabur.
  • Peranan serta tahap penglibatan setiap pengarah.

Menurut Bursa Malaysia, pendedahan maklumat yang tepat, lengkap dan dibuat tepat pada masanya amat penting bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat, di samping memastikan pasaran modal kekal teratur, telus serta mengekalkan keyakinan pelabur.

Latar belakang kes

Pada 5 Januari 2023, CFM memeterai Perjanjian Usaha Sama (JVA) dan Perjanjian Pemegang Saham (SA) dengan EA Mobility bagi projek kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Walaupun perjanjian tersebut mengandungi syarat penting yang boleh menyebabkan usaha sama ditamatkan sekiranya sasaran tempahan EV dan kutipan deposit RM12.5 juta tidak dipenuhi sebelum 30 Jun 2023, syarat tersebut tidak didedahkan kepada pasaran.

CFM kemudiannya gagal memenuhi syarat berkenaan, menyebabkan EA Mobility melaksanakan Put Option pada 10 Julai 2023. Namun, perkembangan material tersebut tidak didedahkan secara segera dan lengkap kepada pelabur, sekali gus mendorong Bursa Malaysia mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat dan para pengarahnya.