Senarai Saham Dengan Perolehan dan Pendapatan yang Semakin Meningkat Sejak 3 Tahun Lalu (2016-2018)

Nak tahu sesuatu syarikat itu bagus atau tidak, lihat kepada perolehan dan pendapatan syarikat. Kalau ianya semakin menurun, maka mungkin syarikat sedang berdepan dengan sesuatu masalah.

Lagi parah kalau syarikat asyik rugi, memang cari nahas kalau kita melabur dalam syarikat yang sedang mengalami kerugian yang semakin meningkat saban tahun.

Tapi syarikat yang terbaik adalah syarikat yang meningkat daripada segi perolehan dan pendapatan dari setahun ke setahun.

Jom kita tengok senarai syarikat yang mempunyai perolehan dan pendapatan yang semakin meningkat sejak 3 tahun yang lalu (2016-2018).

Sumber: Malaysia Stock Biz

Ini baru betul dinamakan syarikat yang semakin maju. Kita pun kalau boleh, nak beli saham-saham yang macam di atas.

Tapi bukan semua saham adalah patuh Syariah ya. Apa kata kita tengok yang patuh Syariah saja seperti berikut:

1. Comfort Gloves

Sumber: Bursa Marketplace

2. Eastern & Oriental

Sumber: Bursa Marketplace

3. Inari Amertron

Sumber: Bursa Marketplace

4. Seal Incorporated

Sumber: Bursa Marketplace

5. Sunsuria Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

6. VisDynamics Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

7. Vizione Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

8. Yong Tai

Sumber: Bursa Marketplace

Melabur saham adalah umpama kita berniaga. Takkan kita nak melabur dalam perniagaan yang rugi, ya tak?

Jadi carilah saham mencatatkan keuntungan, lagi baik kalau keuntungan syarikat meningkat dari setahun ke setahun.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.