ZEE5 Perkukuh Kehadiran di Malaysia Bersama Celcom melalui Perkongsian Dengan Apigate

KUALA LUMPUR, Malaysia, 6 Mac 2019/PRNewswire/ —

Himpunan lebih 100,000 jam kandungan berbilang bahasa ZEE5 bakal disediakan kepada pelanggan Celcom 

Dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Kuala Lumpur hari ini, Archana Anand, Ketua Pegawai Perniagaan-ZEE5 Global, mengumumkan perkongsian ZEE5 dengan Celcom, pengendali telekomunikasi ulung dan paling berpengalaman di Malaysia.

Perkongsian ini akan menyediakan pelanggan Celcom dengan mod pembayaran yang selamat dan mudah melalui API Pengebilan Pembawa Langsung Apigate, untuk melanggan himpunan kandungan beraneka ZEE5.

ZEE5, yang merupakan sebahagian daripada Zee Entertainment Enterprises Limited (ZEEL), menawarkan 100,000 jam Filem India, Rancangan TV, Berita, Video dan Rancangan Asal eksklusif dalam 12 bahasa termasuk Hindi, Bahasa Inggeris, Bengali, Punjabi, Malayalam, Tamil, Telugu, Kannada, Marathi, Oriya, Bhojpuri dan Gujarati. Ia turut menawarkan lebih 60 saluran TV Langsung yang popular termasuk saluran ZEE yang paling digemari.

Kolaborasi ini membawakan rangkaian kandungan menarik daripada ZEE5, termasuk Rancangan TV Tamil yang terkenal seperti Sembaruthi, Poove Poochoodava dan Yaaradi Nee Mohini, Rancangan Asal Tamil ZEE5 termasuk Kallachirippu, America Mapillai dan D7 serta blokbuster terbaharu seperti Mersal dan Kalavu kepada pelanggan Celcom. Himpunan kandungan ini turut melibatkan blokbuster Bollywood seperti Kedarnath dan Veere Di Wedding serta Rancangan Asal alih suara seperti Abhay (Kunal Khemu), Final Call (Arjun Rampal) dan Rangbaaz (Saqib Saleem).

“Kami mempunyai rancangan pelancaran global yang amat agresif yang disusun untuk ZEE5 sepanjang fiskal berikutnya dan memastikan kami telah memeterai perkongsian yang paling relevan, merupakan elemen penting dalam rancangan tersebut. Malaysia ialah pasaran dengan tumpuan tinggi buat kami, dengan adanya afiniti yang luas untuk kandungan India dan Asia Selatan serta minat yang semakin meningkat terhadap kandungan video dalam talian. Tidak lama lagi kami akan melancarkan kandungan dalam bahasa-bahasa antarabangsa termasuk juga dalam Bahasa Melayu dan kami amat gembira dapat bekerjasama dengan pengendali tempatan yang utama seperti Celcom untuk bersama-sama meluaskan peluang dalam pasaran ini,” kata Amit Goenka, Ketua Pegawai Eksekutif, ZEE International dan Z5 Global.

“Tatkala kami meluaskan dengan pesat perkongsian kami di seluruh Dunia, kami berasa gembira untuk mengumumkan Celcom sebagai perkongsian pertama kami di rantau Asia Tenggara. Kami telahpun menyaksikan respons yang kukuh di Malaysia dan jalinan kerjasama dengan pengendali telekomunikasi yang utama seperti Celcom akan membolehkan kami meningkatkan tahap kesedaran dan akses kepada ZEE5 dalam kalangan kumpulan pelanggan luas mereka dengan pantas,” tambah Archana Anand, Ketua Pegawai Perniagaan – ZEE5 Global.

Zoran Vasiljev, Ketua Pegawai Eksekutif, Apigate, berkata, “Penstriman Video dalam talian merupakan peluang yang berkembang pesat dan kami teruja untuk bekerjasama dengan platform yang pantas berkembang seperti ZEE5 bagi mendayakan peluasan global mereka bermula dengan Celcom di Malaysia.”

Sumber: ZEE5

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.