Khazanah Nasional Berhad Mencatatkan Kerugian Pertama Sejak Tahun 2005

Baru-baru ini, Khazanah Nasional Berhad telah mengeluarkan laporan bertajuk KHAZANAH ANNUAL REVIEW 2019: 2018 in Review & Khazanah’s Refreshed Mandate yang bertarikh 5 Mac 2019. Melalui laporan inilah, kita dapat lihat bagaimana Khazanah berdepan dengan kerugian sebanyak RM6.3 bilion pada tahun 2018, berbanding keuntungan sebanyak RM2.9 bilion pada tahun 2017.

Bagi siapa yang kenal siapa Khazanah ni, Khazanah Nasional Berhad ialah dana pelaburan strategik Kerajaan Malaysia. Mereka diamanahkan untuk menyimpan dan menguruskan aset komersial Kerajaan dan melaksanakan pelaburan strategik untuk negara.

Sumber: Laman Web Khazanah – fail PDF

Mengapa Tahun 2018 Begitu Teruk Sekali?

Daripada positif, bertukar menjadi negatif. Bukan sikit, tetapi banyak. Jadi apakah puncanya?

Sumber: Laman Web Khazanah – fail PDF

Di antara sebab-sebabnya ialah:

  • Pertumbuhan ekonomi dunia yang perlahan
  • Perang perdagangan Amerika Syarikat dan China
  • Kenaikan kadar faedah Federal Reserve
  • Ketidaktentuan harga minyak dunia
  • Brexit

Bukan itu sahaja, pasaran saham Malaysia yang diwakili indeks FBMKLCI mencatatkan penurunan sebanyak 9.16% pada tahun 2018.

Tengok saja pegangan saham Khazanah terhadap syarikat-syarikat terkemuka seperti di atas. Banyak juga syarikat yang tersenarai di pasaran saham. Apabila pasaran saham Malaysia dan antarabangsa tak ‘perform’, maka besarlah kerugian yang dialami Khazanah.

Sumber: Laman Web Khazanah – fail PDF

Tengok saja dalam negara, syarikat-syarikat gergasi di mana Khazanah menjadi pemegang saham yang besar seperti Axiata, Telekom Malaysia (TM), Tenaga Nasional (TNB), IHH Healthcare, CIMB dan Malaysia Airports turut mencatatkan penurunan.

Bawa Bertenang, Pertumbuhan Jangka Masa Panjang Masih Baik

Sumber: Laman Web Khazanah – fail PDF

Bagi pertumbuhan jangka masa panjang Khazanah, kenaikan sebanyak 11.0% setiap tahun adalah buktinya. Jadi tak perlu panik jika setahun rugi, kalau dah bertahun-tahun untung.

5 Strategi Khazanah Untuk Memulihkan Keadaan

Sumber: Laman Web Khazanah – fail PDF

FBMKLCI Pun Ada Kitaran 10 Tahun, Dan 2019 Dijangka Meningkat Naik

Sejarah juga membuktikan bahawa tahun 1989, 1999 dan 2009, pasaran saham Malaysia telah mencatatkan prestasi yang cukup memberangsangkan. Oleh itu, bersama-sama kita doakan agar tahun 2019 ekonomi akan kembali pulih.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Google Tubuh Entiti Tempatan Di Malaysia: Implikasi Terhadap WHT di Malaysia

Google baru-baru ini memaklumkan kepada pelanggan di Malaysia bahawa syarikat itu sedang menubuhkan entiti tempatan, Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Langkah ini membawa perubahan kepada struktur transaksi Google Cloud Platform dan Google Workspace bagi pelanggan yang mempunyai alamat pengebilan di Malaysia dan membuat pembayaran dalam Ringgit Malaysia (MYR).

Sebelum ini, transaksi pelanggan Malaysia dibuat dengan Google Asia Pacific Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura.

Selepas migrasi, kontrak dan akaun pelanggan yang terlibat akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Perubahan ini bukan sekadar melibatkan syarikat teknologi, malah berpotensi memberi kesan kepada perniagaan dalam talian (online business) di Malaysia yang bergantung kepada perkhidmatan Google Cloud dan Google Workspace untuk menjalankan operasi harian.

Apa perubahan yang bakal berlaku?

Antara perubahan utama yang diumumkan:

1. Invois dikeluarkan oleh syarikat tempatan

Selepas migrasi, invois dan penyata bil akan dikeluarkan atas nama Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd., termasuk alamat dan nombor pengenalan cukai entiti tempatan.

2. SST 8% dikenakan

SST akan dipaparkan sebagai komponen berasingan dalam invois dan dikutip oleh Google Cloud Malaysia mengikut kadar yang dinyatakan dalam notis tersebut.

3. Kontrak dipindahkan kepada entiti Malaysia

Kontrak sedia ada dengan Google Asia Pacific akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia. Entiti tempatan ini akan mengambil alih kedudukan kontrak berkenaan.

Jadi, bagaimana pula dengan Withholding Tax (WHT)?

Ini bahagian yang menarik dari perspektif percukaian.

Sebelum ini, pembayaran pelanggan Malaysia kepada Google Asia Pacific Pte Ltd perlu dinilai dari sudut cukai pegangan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).

Antara peruntukan yang relevan ialah Seksyen 109 berkaitan pembayaran royalti kepada bukan pemastautin.

Mengapa royalti?

Di bawah Seksyen 2 ACP 1967, definisi royalti merangkumi bayaran bagi penggunaan atau hak untuk menggunakan hak cipta, termasuk perisian (software).

Sebagai contoh, bayaran untuk mendapatkan hak penggunaan sesuatu aplikasi atau perisian oleh pelanggan sendiri berpotensi dikategorikan sebagai royalti dan tertakluk kepada WHT di bawah Seksyen 109.

Kadar domestik WHT bagi royalti ialah 10%, tertakluk kepada kadar atau layanan berbeza di bawah Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (DTA), jika berkenaan.

Apa implikasinya kepada Malaysia?

Perubahan struktur entiti syarikat teknologi antarabangsa seperti Google AKAN memberikan beberapa implikasi kepada landskap percukaian negara:

  1. Lebih banyak transaksi perkhidmatan digital boleh dilaksanakan melalui entiti tempatan.
  2. Kutipan SST dapat dilaksanakan melalui pembekal tempatan.
  3. Pelanggan Malaysia mungkin tidak lagi perlu membuat potongan WHT bagi pembayaran Google Cloud yang telah dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia, tertakluk kepada struktur kontrak dan penerima sebenar pendapatan.

Bila migrasi ini akan berkuatkuasa?

Google akan menghantar dua notifikasi berasingan kepada pelanggan:

  1. Sebelum migrasi – pemberitahuan awal sebelum akaun dan kontrak dipindahkan.
  2. Selepas migrasi – pengesahan bahawa perubahan telah berkuat kuasa.

Notifikasi akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan.

Kesimpulannya, penubuhan entiti tempatan oleh syarikat teknologi antarabangsa bukan sekadar perubahan alamat invois. Ia boleh mengubah kedudukan percukaian transaksi, termasuk kewajipan cukai pegangan di Malaysia.