Risen Energy: Pengsekuritian Aset-aset Solar Dilihat sebagai Trend Baharu dalam Pembiayaan Tenaga Solar

NINGBO, China, 29 Mac 2019 /PRNewswire/ — Pada 25 Mac 2019, pengarah pelaburan dan pembiayaan luar negara Risen Energy Co., Ltd. Zhang Jieling menghadiri Sidang Kemuncak BNEF tahunan di New York dan membentangkan rancangan baharu oleh syarikat untuk pembiayaan tenaga solar pada tahun 2019.

Cik Zhang berkata, “Tatkala pengsekuritian aset-aset solar dalam proses menjadi tumpuan khas seterusnya dalam pembiayaan projek solar, Risen Energy kini bergiat aktif merancang pengsekuritian dan dijangka memulakan seluruh proses pada suku keempat tahun ini. Kecekapan utama Risen Energy termasuk lebih sedekad pengalaman seluruh dunia sebagai pengeluar kuasa bebas, pasukan luar negara dengan daya saing antarabangsa, pengalaman profesional dalam pembangunan projek, pembiayaan projek, pelaburan serta EPC dan lebih penting, hubungan yang kukuh dan andal dengan institusi-institusi kewangan seluruh dunia.”

Apabila mengulas tentang faedah-faedah sekuriti disokong aset (ABS), Cik Zhang berkata, “Pengumpulan aset-aset ke dalam sekuriti membolehkan pengeluar mengeluarkan aset-aset tertentu daripada kunci kira-kira mereka dan turut mengasingkan pelabur daripada risiko operasi kumpulan. Selain itu, ABS menyediakan pelabur, yang terdedah hanya kepada aset-aset standard, dengan akses kepada rangkaian lebih luas peluang-peluang berkaitan industri dan perniagaan. Pasaran-pasaran modal ini menawarkan dana-dana jangka lebih panjang dan kos lebih rendah. Kos pembiayaan lebih rendah dikaitkan dengan ABS mempercepatkan pengurangan kos leveraj dalam mengumpul dana menggunakan aset-aset tenaga dan meningkatkan daya saing kuasa PV apabila dibandingkan dengan jenis-jenis tenaga yang lain.”

Cik Zhang turut berkongsi perancangan masa depan Risen Energy dan tarikannya terhadap pasaran modal, “Risen Energy akan meluaskan projek-projek solarnya di Australia, Amerika Latin, Timur Tengah dan Afrika, selain memperkenalkan penyelesaian simpanan tenaga kami ke dalam pasaran-pasaran yang mana grid adalah agak lemah, membantu syarikat meningkatkan daya saing perindustrian dan antarabangsanya dalam seluruh rantaian nilai tenaga solar. Kami percaya penambahan simpanan tenaga akan menarik perhatian pasaran modal, dan diperhatikan bahawa kebanyakan pelabur telah melihat bahawa penambahan sistem PV dengan penyelesaian simpanan tenaga semakin menjadi salah satu trend utama dalam industri. Kami berharap agar dapat meluaskan hubungan kami dengan institusi-institusi kewangan yang bertujuan untuk mewujudkan leveraj yang berkesan untuk pelaburan kami dengan dana berkos lebih rendah.”

Risen Energy akan menjadi salah satu pengeluar modul solar pertama yang memberi idea untuk menawarkan sekuriti yang disokong aset solar dalam amalan perniagaannya.

Sumber: Risen Energy Co., Ltd

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.