5 Sebab Orang Melayu Tak Percaya Pada Takaful

“Membazirlah segala insurans dengan Takaful ni. Bukan boleh ‘claim’ pun. Gaji aku dahlah ciput je. Baik aku simpan gaji tu, boleh pakai untuk benda lain ke.”

Ini mungkin antara skrip yang paling biasa kita dengar daripada orang yang belum terbuka hati untuk mengambil sebarang bentuk pelan Takaful.

Jadi, tak hairanlah laporan menunjukkan bahawa masih ramai orang Malaysia, terutamanya bani Melayu Muslim yang belum sedar untuk menyumbang ke Takaful. Pelan Takaful ini majoritinya dikuasai bukan Islam yang lebih percaya kepada sistem kewangan ini. Sumber : Kesedaran Takaful Umat Islam Sangat Rendah

Antara sebab-sebab orang Melayu tak percaya pada Takaful adalah:

#1. Tawakal Cukuplah

“Mana boleh jual beli dengan nyawa. Haram!”

“Saya percaya Allah. Allah akan lindung saya. Tak payah tak payah.”

Pertamanya, konsep Takaful nampaknya tak cukup jelas dan ada pula membandingkannya dengan tawakal atau berserah pada ketentuan Tuhan.

Takaful berkontrakkan tabarru’, yakni, kontrak sumbangan’. Berbeza dengan insurans. Bayaran pelanggan bila beli insurans milik syarikat insurans. Sumbangan pelanggan bila menyertai takaful adalah milik tabung peserta dan bukan milik takaful operators. – Haji Razli Ramli, (Penasihat Shariah).

Mungkin disebabkan faktor budaya dan kepercayaan, orang Malaysia, terutamanya orang Melayu masih lagi belum berkesedaran untuk menyumbang ke dalam Takaful.

Alasannya cukup mudah, kerana ibu bapa mereka tak pernah menyumbang Takaful – dan kehidupan mereka nampak OK saja setakat ini. Malah, ada yang cukup mewah walaupun tak ada Takaful. Habis tu, buat apa membazir mencarum bulan-bulan dalam Takaful?

#2. Belum Mampu Lagi

Walaupun ada sebahagian besar yang memahami keperluan dan kebaikan Takaful, tapi beranggapan yang mereka belum lagi mampu untuk memilikinya.

Tidak dinafikan bahawa polisi Takaful biasanya adalah paling ideal bagi mereka yang mempunyai tanggungan seperti isteri dan anak. Tapi sebenarnya, sebaik saja kita mempunyai pendapatan, kita sepatutnya sudah memiliki Takaful. Bahkan, ia lebih ideal untuk dimiliki sejak muda kerana harganya akan menjadi lebih mahal kalau kita lewat mencarum.

Kalau masa sihat sudah kata tak mampu mencarum Takaful, bagaimana pula nanti jika ditimpa musibah?

#3. Menyampah Dengan Ejen Yang Suka Memaksa

“Encik ni tak sayang keluarga ke?”

“Kalau Encik mati dulu, apa jadi dengan anak bini nanti?”

“Janganlah pentingkan diri. Takaful ni bukannya mahal pun Puan.”

Sakit hati tengok ejen-ejen Takaful yang buat iklan atau approach begini. Mulanya ada pasang niat juga nak ambil pelan Takaful. Tapi, disebabkan cara mereka yang agak ‘annoying’ ini, terus tangguhkan hasrat!

Jadi, kalau ada ejen-ejen yang membaca, kalau pun anda sekadar bertujuan untuk ‘provoke’ dan membangkitkan kesedaran, gunalah ayat yang berhemah. Cara yang ‘kasar’ begini memang tak sesuai, terutamanya dengan orang kita yang penuh adat dan sensitif. Seperkara lagi, jangan pula terlalu mendesak hingga asyik telefon setiap hari dan berpura-pura rapat dengan seseorang semata-mata untuk mendapat pencarum baru.

#4. Nanti Ejen Takaful Yang ‘Kaya’

“Kalau kita ambil Takaful, ejen itulah yang untung. Kita pula rugi sebab membayar setiap bulan kepada ejen tersebut. Senang-senang dia boleh kaya dengan duit kita…”

Ejen-ejen takaful adalah individu yang mengajak orang ramai menyertai takaful.

Memang betul ejen akan menerima komisyen, tetapi sebenarnya ejen adalah pemudahcara untuk kita mendapatkan pelan Takaful yang bersesuaian.

Boleh saja kalau nak beli Takaful tanpa ejen dan ‘direct’ melalui bank. Tapi dengan adanya ejen ini, banyak kelebihannya. Cuma kita perlu bijak cari ejen yang bagus benar-benar jujur dalam menerangkan sesuatu produk, bukan sekadar mengejar keuntungan semata-mata.

Mereka boleh beri nasihat dan perancangan kewangan, bantu kita isi borang untuk tuntutan, atau mereka selalunya ada masa untuk ingatkan kita untuk update dan review polisi.

#5. Lama Dah Ada Takaful Ni…

Ya, kita pernah beli masa bujang dulu, tapi kita beli yang paling murah dan tak pernah update. Entah apa yang ada dalam polisi itu pun kita dah lupa. Cuma tahu bayar bulan-bulan pakai auto-debit.

Apabila kita membeli produk yang terlalu asas, ia boleh menyukarkan seseorang untuk mendapat perlindungan yang mencukupi. Nanti bila jadi apa-apa, barulah kita komplen sebab tak dapat claim dan sebagainya. Sedangkan, ia tidak termasuk dalam polisi atau perjanjian Takaful tersebut.

Menurut pakar kewangan, kalau mengikut kepada rule of thumb, nilai polisi Takaful yang paling sesuai dengan kita adalah bernilai 10 kali ganda daripada jumlah gaji tahunan kita. Maka, bagi yang berkeluarga, mereka perlu lebih bijak memilih pelan Takaful yang bersesuaian.

Perancangan Kewangan Jangka Masa Panjang

Sehingga kini kita mempunyai 15 penyedia perkhidmatan takaful:

1. AIA PUBLIC Takaful Bhd
2. AmMetLife Takaful Berhad
3. Etiqa Family Takaful Berhad
4. Etiqa General Takaful Berhad
5. FWD Takaful Berhad
6. Great Eastern Takaful Berhad
7. Hong Leong MSIG Takaful Berhad
8. Prudential BSN Takaful Berhad
9. Sun Life Malaysia Takaful Berhad
10. Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad
11. Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad
12. Takaful Ikhlas Family Berhad
13. Takaful Ikhlas General Berhad
14. Zurich General Takaful Malaysia Berhad
15. Zurich Takaful Malaysia Berhad

Takaful mewujudkan bantuan kewangan supaya hidup kita dipermudahkan dan kita redha dengan takdir atau musibah yang telah ditetapkan ke atas hamba-Nya yang beriman. Takaful juga adalah perancangan kewangan jangka masa panjang yang sebenarnya berbaloi untuk dimiliki.

Tiada lagi orang jatuh miskin sebab menyumbang ke dalam takaful.

Apapun, bukan mudah nak tukar mindset orang kita kan?

Baca juga : Rasa rugi je bayar Takaful tiap-tiap bulan?

Previous ArticleNext Article

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penjagaan Kesihatan: Program Rintis MediAsas Bakal Bermula Akhir Julai

Saranan WAJARAN TINGGI kekal

Program perintis untuk MediAsas, iaitu Pelan Asas Insurans/Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT), dijadualkan bermula pada akhir bulan Julai. Walaupun senarai hospital yang menyertai program ini masih belum diumumkan, kami menjangka pengendalipengendali fasiliti perubatan yang kami kaji akan menyertainya, walaupun secara pilihan. Premium bulanan indikatif berlingkungan antara MYR60 dan MYR550, manakala harga muktamad akan ditetapkan sebelum pelancaran di seluruh negara pada Jan 2027.

Apa itu MediAsas?

Ia merupakan produk asas MHIT yang direka untuk menambah baik tahap kemampuan sambil bertindak sebagai batu loncatan ke arah pelaksanaan berperingkat sistem bayaran mengikut diagnosis pesakit (DRG). Dua produknya iaitu Medi Asas Teras (pelan biasa) dan MediAsas Fleksi (pelan tambahan), akan dilancarkan secara rintis di Lembah Klang sepanjang tempoh tiga bulan sehingga Okt 2026.

Program rintis ini melibatkan enam syarikat insurans dan takaful, iaitu AIA, Allianz Malaysia (ALLZ MK, BELI, TP: MYR23.90), Great Eastern Malaysia, Prudential BSN Takaful, Etiqa, dan Syarikat Takaful Malaysia Keluarga (STMB MK, NEUTRAL, TP: MYR3.60), dan hospital-hospital terpilih. Premium bulanan indikatif dijangka berlingkungan antara MYR60 dan MYR550 untuk individu yang menyertai pelan tersebut sehingga usia 70, dengan liputan dilanjutkan sehingga usia 85. Harga akhir akan disahkan sebelum pelancaran di seluruh negara pada Jan 2027.

Ciri-ciri utama dan bakal implikasi.

Kertas Putih untuk pelan MHIT Asas yang diterbitkan sebelum ini menggariskan potongan MYR500 di samping mekanisme bayaran bersama (co-payment) dua tahap, dengan tiada bayaran bersama untuk hospital Tahap 1 (rangkaian dalaman) dan bayaran bersama sebanyak 20% (terhad padaMYR3,000 bagi setiap kecacatan) untuk hospital Tahap 2 (luar rangkaian).

Dua kesan penting:

i) Hospital yang tidak terpilih sebagai hospital panel pilihan mungkin akan mengalami tekanan terhadap bilangan pesakit (kesan terhadap pengendali premium seharusnya kecil memandangkan tumpuan mereka pada kes-kes yang lebih serius

ii) penetapan harga yang dibandingkan dengan hospital swasta bertahap lebih rendah hingga sederhana mungkin memerlukan pengendali premium untuk menawarkan pakej yang lebih seragam dan cekap kos, sekali gus membataskan keupayaan mereka untuk mengewangkan nilai jenama premium untuk segmen M40.

Menyentuh hal tersebut, kami berpendapat bahawa KPJ Healthcare berada pada kedudukan terbaik untuk memanfaatkan pelaksanaan MHIT dan DRG kelak, khususnya menerusi rangkaian luas hospital sekunder/komuniti miliknya yang beroperasi dengan asas kos yang lebih rendah, dengan ruang untuk menampung lebih banyak bilangan pesakit dan seterusnya mungkin memelihara margin bawah struktur pembayaran balik berasaskan DRG.

Risiko-risiko negatif utama, kos mengurus lebih mahal daripada anggaran, kunjungan pesakit dan pertumbuhan intensiti hasil lebih rendah berbanding jangkaan, dan perubahan dasar yang buruk. Sekiranya nilai USD melemah dengan ketara, IHH Healthcare mungkin mengalami kesan FX yang buruk terhadap perolehannya di luar negara manakala Duopharma mungkin meraih manfaat daripada pelepasan kos terhadap bahan farmaseutikal aktif (API) diimport.