5 Sebab Kenapa Anda Kena Join Ekspo dan Persidangan Hartanah Hi HOME

Sejak dua menjak ni, semakin banyak acara berkaitan hartanah dijalankan. Maklumlah, rakyat Malaysia semakin cerdik berkenaan dengan ilmu hartanah ini.

Tetapi pada hari ini, kita akan tengok acara terhangat tahun ini iaitu Hi HOME; dan kenapa anda perlu sertainya.

Apa Itu Hi HOME?

Kalau nak tahu, Hi HOME ini sebenarnya merangkumi 2 acara besar sekaligus. Ianya terdiri daripada:

1. Persidangan Hartanah Hi HOME (25 Julai 2019 bertempat di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC)) – http://event.hihomes.my/

2. Ekspo Hartanah Online Hi HOME (25 Julai – 31 Oktober 2019 di www.hihomes.my)

Wow, baru tahu Hi HOME ini terdiri daripada dua acara yang dijalankan serentak. Jadi kenapa kita kena join ekspo dan persidangan hartanah Hi HOME ni?

Sebab Pertama: Disokong Oleh Badan Berautoriti

Bukan satu, tapi dua badan berautoriti di Malaysia. Yang pertama, kita ada Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang akan diwakili oleh Menterinya sendiri iaitu YB Puan Hajjah Zuraida Kamaruddin. Nama pun ekspo dan persidangan hartanah, bila dapat perkenan daripada pihak kementerian yang bertanggungjawab; kira power jugalah.

Dan yang kedua, kita ada Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) yang akan diwakili oleh YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selaku Menteri Belia Dan Sukan. Bila Menteri Belia sendiri turun padang, memang sah-sah ianya sangat sesuai untuk para belia di negara kita.

Sebab Kedua: Persidangan Disruptif Yang Julung Kali Diadakan Di Malaysia

Biasa tak dengar pasal TED Talk yang popular di luar negara? Bagi mereka yang tak tahu, TED Talk ini menekankan ketepatan dan kejituan dalam seseorang speaker membuat persembahan.

Biasanya seseorang speaker akan mengambil masa sejam atau lebih untuk mempersembahkan idea-idea dan hujah-hujah mereka. Tapi bukan TED Talk, setiap speaker hanya mempunyai masa beberapa minit saja. Maka yang keluar daripada mulut speaker, adalah yang paling berharga.

Dan persidangan Hartanah Hi HOME bakal menjadi persidangan seumpama TED Talk yang mengumpulkan ramai cendekiawan dan pakar dalam bidang masing-masing.

Di antara speaker yang bakal menyinari pentas pada 25 Julai nanti adalah:

  • YB Zuraida dan YB Syed Saddiq (mewakili kementerian dan orang muda)
  • Tan Sri Tony Fernandes dan Dato’ Sri Ir. Dr. Judin Abdul Karim (pemimpin korporat)
  • Dr Suraya daripada Khazanah Research Institute (KRI), Dr Daniele Gambero daripada Propenomy Academy, Ishmael Ho daripada Ho Chin Soon Research (pakar industri hartanah)
  • Kamarul Muhamed daripada Aerodyne, Nadhir Ashafiq daripada The Lorry & Hann Liew daripada Ringgit Plus (pakar teknologi)

Nampak kan betapa ramainya speaker dan meluasnya ilmu pengetahuan yang mereka miliki. Kita ada wakil daripada pihak kementerian, pemimpin korporat pun ada, pakar industri hartanah pun ada, pakar teknologi pun ada.

Memang rugi siapa yang tak datang ke Persidangan Hartanah Hi HOME yang bakal diadakan pada tarikh 25 Julai 2019 bertempat di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC).

Dapatkan tiket ke persidangan ini dengan segera di http://event.hihomes.my/. Golongan belia berumur 18-30 tahun boleh dapatkan tiket pada harga promosi RM250.

Sebab Ketiga: Speaker Power, Ada Pula 4 Topik Yang Power

Dibarisi dengan barisan speaker yang hebat-hebat, topik yang akan dibincangkan pun sangatlah hebat.

Topik pertama berkisar kepada hartanah Mampu Milik di Malaysia. Apakah yang dimaksudkan dengan perumahan mampu milik dan apakah puncanya? Apakah yang mempengaruhi kuasa membeli orang kita?

Topik kedua pula mengenai Pasaran dan Polisi, dan sepertimana kita tahu tampuk pemerintahan baru telah mengambil alih kerajaan dan menggubal polisi sedia ada. Dengarkan daripada pembuat dasar membincangkan mengenai hartanah Bumiputra, kuota dan usaha daripada pihak pemaju di dalam pelaburan hartanah pada masa depan.

Topik ketiga pula berkenaan Data dan Teknologi. Jom kita ambil tahu apakah teknologi terkini yang bakal mempengaruhi landskap hartanah di Malaysia, terutamanya daripada segi pengeluaran, pembinaan dan peralatan yang terlibat dalam projek pembangunan hartanah di tanah air kita.

Yang terakhir sekali, kita ada topik Masa Depan. Aplikasi berasaskan komuniti, data pengguna dan algoritma perisian akan mengambil alih cara lama kita biasa melakukan sesuatu perkara. Penting juga untuk kita ambil tahu mengenainya.

Sebab Keempat: Ekspo Hartanah Hi HOME Online

Dah hadir dan dengar sendiri daripada pakar-pakar semasa Persidangan Hartanah Hi HOME, kini masanya untuk kita ke Ekspo Hartanah Online Hi HOME yang bakal berlangsung pada 25 Julai sehingga 31 Oktober 2019 di www.hihomes.my.

Di antara keunikan ekspo atas talian ini yang membuatkannya lain daripada yang lain adalah:

  • Kira dulu kelayakan berdasarkan tahap kewangan kita
  • Dah tahu kelayakan, barulah kita akan ditunjukkan dengan hartanah yang bersesuaian dengan kelayakan. Tujuannya adalah untuk kita tahu rumah yang mengikut kadar kemampuan, dan bukannya berdasarkan kehendak
  • Banyak pilihan yang ada, disasarkan ada 100 projek perumahan yang akan menyertai ekspo ini
  • Rebat dan tawaran menarik oleh pihak pemaju
  • Sangat untuk pembeli rumah pertama, dan juga pelabur hartanah yang dah berpengalaman
  • Tempoh yang lebih panjang iaitu 3 bulan, jika dibandingkan dengan ekspo hartanah fizikal yang mungkin berlangsung selama 3 hari
  • Bila tempoh panjang, maka kita tidak perlu buat keputusan tergesa-gesa

Jangan lupa layari www.hihomes.my dari 25 Julai sehingga 31 Oktober 2019.

Sebab Kelima: Masa Terbaik Untuk Beli Rumah Adalah 10 Tahun Yang Lalu, Masa Kedua Terbaik Adalah Hari Ini

Lagi lama kita melengahkan keputusan untuk membeli rumah, maka akhirnya harga rumah akan jadi mampu tengok sahaja buat kita.

Kan best kalau kita beli rumah 10 tahun yang lalu? Bukan saja kita tidak perlu menyewa, malahan harga rumah tersebut pasti telah meningkat. Berbanding dengan 10 tahun yang lalu, pastinya gaji kita turut meningkat naik. Dah boleh beli rumah kedua dan seterusnya, dengan gaji kita yang terkini.

Tapi itu kalaulah…..

Kalau 10 tahun lepas tak beli rumah, maka belilah tahun ini juga. Usah berlengah lagi, buat sampai jadi. Kalau terpaksa kurangkan perbelanjaan, maka kurangkanlah. Kalau terpaksa bekerja part-time atau freelance untuk menambah pendapatan, maka buatlah. Untuk kesenangan kita dan keluarga kita juga pada masa hadapan.

Ayuh, kita jumpa di Persidangan Hartanah Hi HOME (25 Julai 2019 bertempat di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC)). Daftar sekarang di http://event.hihomes.my/. Siapa cepat, dia dapat. Golongan belia berumur 18-30 tahun boleh dapatkan tiket pada harga promosi RM250.

Dan jangan lupa layari www.hihomes.my dari 25 Julai sehingga 31 Oktober 2019 untuk Ekspo Hartanah Online Hi HOME pula.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

OIB Lancar Gardens Idaman, Memperkukuh Portfolio Perumahan Mampu Milik Mampan Di Selangor

Rawang, 17 Ogos 2026: Oriental Interest Berhad (OIB) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Myra Idaman, sebuah pembangunan perumahan mampu milik terbaharunya di bawah program Rumah Idaman, yang dipasarkan dengan nama Gardens Idaman. Pelancaran ini memperluas lagi portfolio perumahan mampu milik OIB di Selangor, dengan Gardens Idaman menjadi pembangunan terbaharu Kumpulan di bawah program Rumah Idaman.

Meliputi kawasan seluas 11.226 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM163.8 juta,
Gardens Idaman akan menawarkan 616 unit pangsapuri separa berperabot dengan harga bermula daripada RM250,000 hingga RM270,000. Setiap unit turut dilengkapi dengan dua ruang letak kereta.

Pembangunan berstatus pajakan ini dijangka siap pada tahun 2030 dan direka sebagai komuniti berpagar dan berpengawal untuk pembeli rumah pertama serta keluarga yang mencari kediaman yang lebih luas dan selesa.

Setiap unit berkeluasan 1,002 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang letak kereta, serta dilengkapi secara separa berperabot dengan almari pakaian, penghawa dingin, pemanas air, kabinet dapur, peti sejuk, televisyen dan kabinet TV.

Para penghuni juga akan menikmati Central Park yang menampilkan trek joging, gimnasium luar, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan pickleball, selain kemudahan lain seperti dewan serbaguna, tadika serta surau.

William Lew, Pengurus Besar Unit Perniagaan Essential Myra, bahagian hartanah kediaman OIB, berkata program Rumah Idaman Selangor memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik berkualiti di seluruh negeri.

“Program Rumah Idaman telah menjadi penanda aras penting dalam menjadikan pemilikan rumah berkualiti lebih mudah dicapai oleh pembeli rumah pertama.

“Sebagai salah satu pemaju yang menyertai program ini, peranan kami bukan sekadar membangunkan kediaman yang memenuhi keperluan program, tetapi juga sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan nilai tambah kepada pemilik rumah serta komuniti yang bakal didiami mereka,” katanya

Pelancaran ini turut memperluas portfolio perumahan mampu milik OIB, dengan Gardens Idaman dan pembangunan akan datang, Saujana Idaman di Dengkil, masing-masing menerima pensijilan Provisional GreenRE Bronze, mengiktiraf komitmen projek-projek tersebut terhadap amalan pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

GreenRE merupakan skim pensijilan bangunan hijau Malaysia yang ditubuhkan oleh
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), bagi mengiktiraf pembangunan yang
memenuhi penanda aras kelestarian merangkumi aspek seperti kecekapan tenaga, kecekapan air, perlindungan alam sekitar serta kualiti persekitaran dalaman.

Walaupun aspek kelestarian semakin diberi perhatian dalam sektor hartanah Malaysia, penerapan piawaian GreenRE dalam pembangunan perumahan mampu milik masih belum meluas.

Ini menunjukkan masih terdapat ruang untuk memperluaskan penerapan reka bentuk mampan dalam pembangunan perumahan mampu milik, agar manfaat kelestarian dapat dinikmati oleh lebih ramai pemilik rumah.

Lew menambah bahawa walaupun pensijilan GreenRE bukan merupakan keperluan di bawah program Rumah Idaman, OIB percaya aspek kelestarian wajar diterapkan dalam pembangunan perumahan mampu milik dan tidak seharusnya terhad kepada pembangunan bertaraf premium.

“Sering kali wujud persepsi bahawa kelestarian hanya sesuai untuk pembangunan berharga tinggi. Namun, kami percaya perumahan mampu milik juga boleh menerapkan elemen kelestarian tanpa menjejaskan kemampuan milik, terutamanya apabila aspek ini dipertimbangkan sejak peringkat awal reka bentuk.

“Pensijilan Provisional GreenRE Bronze yang diterima oleh Gardens Idaman dan Saujana Idaman menunjukkan bahawa kelestarian dan kemampuan milik boleh bergerak seiring. Pencapaian ini turut mencerminkan usaha kami untuk menerapkan pendekatan pembangunan yang lebih mampan dalam projek perumahan mampu milik,” jelasnya.

Gardens Idaman menggabungkan pelbagai ciri reka bentuk mampan termasuk reka bentuk luaran bangunan bagi mengurangkan penyerapan haba, kelengkapan kecekapan air 100%, penggunaan bahan binaan rendah karbon, sistem acuan aluminium boleh guna semula, sistem lif cekap tenaga, cat rendah penyerapan sebatian organik (VOC) serta pengoptimuman pencahayaan semula jadi.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini dijangka meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan air, memperbaiki kualiti persekitaran dalaman serta mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa untuk para penghuni.

Berdasarkan penilaian GreenRE, Gardens Idaman dijangka mencapai penjimatan tenaga kira-kira 30.61% berbanding dengan garis dasar GreenRE, serta mengurangkan pelepasan karbon operasi yang dianggarkan sebanyak 337 tan karbon dioksida setara (CO₂e) setiap tahun.

Terletak di salah satu koridor pertumbuhan utama Selangor, Gardens Idaman menawarkan hubungan strategik ke Rawang, Sungai Buloh, Kwasa Damansara, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie serta Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).

Pembangunan ini turut menawarkan akses mudah ke sekolah, kemudahan penjagaan kesihatan dan rekreasi serta pusat komersial berhampiran.

Gardens Idaman merupakan projek terbaharu dalam portfolio Rumah Idaman OIB, selepas kejayaan pelancaran Putra Idaman di Desa Pinggiran Putra pada tahun 2024.

Dengan Saujana Idaman dijadualkan untuk dilancarkan pada suku ketiga 2026, OIB akan terus mengembangkan portfolio perumahan mampu miliknya di Selangor, selaras dengan aspirasi perumahan negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Gardens Idaman, layari https://www.myra.com.my/myra-homes/gardensidaman