Syukur Kadar OPR Kekal 3%, Maka Kadar Faedah Bank Juga Kekal

Pada mesyuarat hari ini, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) pada 3.00 peratus.

Ekonomi dunia terus berkembang dengan sederhana. Keadaan pasaran pekerja di negara maju kekal kukuh, manakala permintaan dalam negeri di negara Asia terus menyokong pertumbuhan. Walau bagaimanapun, penunjuk utama menjuruskan ke arah prospek ekonomi global yang tidak begitu menggalakkan dalam tempoh terdekat. Risiko ketara yang boleh menjejaskan pertumbuhan global juga masih wujud berpunca terutamanya daripada ketegangan perdagangan yang berlarutan. Meskipun prospek dasar monetari yang kian longgar di negara ekonomi utama telah mula mengurangkan sedikit keadaan kewangan global yang ketat, ketidakpastian dasar yang semakin memuncak boleh membawa kepada volatiliti pasaran kewangan yang keterlaluan.

Ekonomi Malaysia meningkat pada kadar yang dijangkakan pada suku pertama 2019, disokong oleh faktor dalam negeri dan luaran. Pada masa akan datang, pertumbuhan ekonomi akan disokong oleh permintaan dalam negeri, meskipun prestasi sektor luaran dijangka terjejas akibat pertumbuhan global yang semakin perlahan dan ketegangan perdagangan. Perbelanjaan isi rumah dan pelaburan modal akan terus dipacu oleh keadaan pasaran pekerja yang stabil dan pengembangan kapasiti dalam sektor utama seperti perkilangan dan perkhidmatan. Unjuran asas pertumbuhan kekal antara 4.3% hingga 4.8%. Namun begitu, unjuran ini adalah tertakluk pada risiko pertumbuhan menjadi rendah disebabkan oleh ketidakpastian yang berterusan dalam persekitaran global dan dalam negeri, ketegangan perdagangan yang semakin meruncing serta kelemahan yang berpanjangan dalam sektor berkaitan komoditi.

Meskipun inflasi keseluruhan kekal rendah dalam tempoh kebelakangan ini, kadarnya dijangka meningkat dalam bulan-bulan yang akan datang apabila luputnya impak daripada perubahan dasar cukai penggunaan. Secara keseluruhannya, pada tahun 2019, purata inflasi pada amnya dijangka stabil berbanding dengan tahun 2018. Trajektori inflasi keseluruhan akan bergantung pada harga minyak sedunia dan langkah-langkah dasar seperti masa pemansuhan harga siling bagi harga runcit bahan api domestik. Inflasi asas dijangka kekal stabil kerana disokong oleh kegiatan ekonomi yang terus berkembang dan ketiadaan tekanan permintaan yang besar.

Pada kadar semasa OPR, pendirian dasar monetari kekal akomodatif dan menyokong kegiatan ekonomi. MPC akan terus menilai imbangan risiko terhadap prospek pertumbuhan dalam negeri dan inflasi untuk memastikan pendirian dasar monetari terus kondusif terhadap pertumbuhan yang berterusan dalam keadaan harga yang stabil.

Sumber: Bank Negara Malaysia

Carilah Kadar Yang Terbaik

Bagi mereka yang tengah shopping rumah tu, boleh rujuk Kadar Asas, BLR dan Kadar Pinjaman Efektif Indikatif Institusi Kewangan setakat 14 Jun 2019. Ambil tahu berkenaan Kadar Asas Terendah, Kadar Pinjaman Asas Terendah dan Kadar Pembiayaan Efektif Indikatif untuk manfaat kita bersama.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

BNM, SC Selaraskan Keutamaan Strategik dalam Memajukan Kepimpinan Kewangan Islam Global Malaysia

Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) semalam telah melangsungkan mesyuarat sulung Panel Penasihat (MAP) Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC).

MAP, platform nasihat dan perundingan antara agensi, telah ditubuhkan untuk mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai pasaran global terkemuka dan pintu masuk antarabangsa untuk kewangan Islam.

Pada mesyuarat tersebut, ahli-ahli membincangkan peranan utama MAP untuk:

  • Menyediakan Panduan Strategik: Memperhalusi dan menyokong keutamaan strategik Rangkaian Perniagaan MIFC (MBN), platform yang dipimpin oleh industri bertujuan untuk memperkukuh  agenda kewangan Islam antarabangsa Malaysia dan usaha pembangunan perniagaan;
  • Menyelaraskan Keutamaan Negara: Memastikan inisiatif yang dipimpin industri mempunyai sumber yang mencukupi dan sejajar dengan strategi ekonomi negara yang lebih luas;
  • Memajukan Hasil Perniagaan: Membincangkan cabaran industri dan menyediakan cadangan yang boleh diambil tindakan untuk memangkin pertumbuhan yang lebih kukuh; dan
  • Memanfaatkan Peluang Global: Memanfaatkan pandangan kolektif untuk meningkatkan penyertaan antarabangsa dan kerjasama rentas sempadan.

MAP menyatukan agensi-agensi  utama kerajaan, badan kawal selia dan peneraju industri, dalam memastikan pendekatan yang holistik untuk memajukan agenda MIFC.

Dipengerusikan bersama oleh BNM dan SC, MAP terdiri daripada wakil daripada:

  1. Kementerian Kewangan
  2. Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri
  3. Bursa Malaysia
  4. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
  5. Khazanah Nasional Berhad
  6. Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
  7. Permodalan Nasional Berhad
  8. Lembaga Tabung Haji
  • Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan
  • Tan Sri Azman Mokhtar (Business Envoy)
  • Tan Sri Abdul Wahid Omar (Business Envoy)

Penubuhan MAP bertepatan dengan peralihan rasmi Majlis Kepimpinan MIFC (MLC) ke dalam MBN. Evolusi ini menandakan peralihan ke arah pengawasan yang lebih besar yang dipimpin oleh industri, disokong oleh kerjasama erat antara sektor awam dan swasta.

Berteraskan asas yang didirikan oleh MLC, MBN akan memacu dan melaksanakan keutamaan strategik untuk membuka peluang perniagaan untuk Malaysia. Bagi mempercepatkan momentum ini, panduan dan sokongan MAP akan memainkan peranan penting dalam memangkinkan pertumbuhan Malaysia dan mengukuhkan kedudukannya sebagai hab kewangan Islam yang terhubung secara global.