Gila Kot Untung Sampai 600% Dalam Pasaran Saham?

Bawa bertenang bro, kalau orang yang tak kenal dunia saham Bursa Malaysia ni, dia takkan tahu betapa besar potensi keuntungan yang menanti.

Ini bukan benda baru, cuma ramai yang belum tahu. Al maklumlah dulu mana ada Facebook atau Twitter.

Tapi bila dah lama ceburi bidang ini, maka sekali-sekali kita akan dikejutkan dengan berita keuntungan yang amat besar. Mereka yang ada ilmu pastinya senyap-senyap buat duit.

Sumber: FB Haji Asri Ahmad

Kalau tengok harga saham tu, tuan punya badan beli saham warrant ni 3 minggu yang lalu.

Apa-apa pun, kita kena panjatkan kesyukuran kita kepada Yang Maha Esa. Lagi banyak rezeki yang kita dapat, lagi bersyukur kita dengan Maha Pemberi Rezeki.

Lagi kaya kita, lagi banyak kita kena bantu orang. Dan ya, rezeki tak pernah salah alamat.

Layan sendiri video tuan punya badan di bawah ni:

Bukan 100% tapi 656%!

Bukan 100%, bukan 400% tetapi hari ini dah 656% tuan-tuan, siapa nak kasi?Allah Maha Kaya….Rasa syukur tak terhingga bila dapat tahu kejayaan anak didik. Tahniah. You deserve it!

Posted by Mohd Asri on Selasa, 16 Julai 2019

Di antara point yang dikongsikan oleh Tuan Azizi Ali adalah:

  • Pasaran saham tak bagus pun masih boleh buat duit
  • Rugi itu biasa
  • Belajar daripada kesilapan, orang lain buat boleh je
  • Dengan mengamal ilmu yang betul, kesilapan dapat diperbaiki
  • Macam bermimpi, tapi itulah rezeki dari Allah
  • Jangan mudah berputus asa
  • Belajar dengan orang yang dah berjaya, dan amalkan
  • Gandakan usaha
  • Jangan berhenti untuk tambah ilmu

Kena ingat, high risk, high return. Pasaran saham bukan tempat mereka yang lemah semangat dan cepat putus asa.

Tapi nak dapat keuntungan tinggi macam ni, kenalah belajar. Kenalah ada ilmu, kenalah ada mentor, baru tahu nak beli saham apa, nak beli harga apa.

Bukan boleh main hentam cuba-cuba ikut kawan.

AI Juga Boleh Membantu Dalam Pelaburan Saham

This image has an empty alt attribute; its file name is 164-seminar-bmai-sa-210719-1561374173-700x466.jpg

Jom beramai-ramai ke Seminar Berani Melabur Artificial Intelligence pada 21 Julai @ SACC, Shah Alam bersama dengan mentor saham Tuan Haji Mohd Asri dan Datuk Dr Mohd Daud Bakar.

Zaman dah berubah. Dah tiba masanya untuk kita melabur menggunakan AI untuk membantu kita berjaya. Boleh ke sini untuk mendaftar ->

Kami di Majalah Labur juga akan buat special launching aplikasi SPEEDSAHAM dalam seminar ini. InshaAllah aplikasi ini dapat membantu memilih saham-saham yang berpotensi “meletup”, sesuai untuk para pedagang dan pelabur.

Nak kaunter Buy Today Sell Tomorrow (BTST)? Sesuai untuk para traders yang nak buat keuntungan dalam masa beberapa jam atau sehari dua.

Atau nak tahu saham-saham mana yang sesuai untuk Swing? Sesuai untuk mereka yang nak meraih keuntungan dalam masa beberapa minggu.

Bagaimana pula dengan pelabur yang nak amalkan teknik simpan dan peram? Jangan risau, kami pun ada pilihan kaunter yang boleh anda beli dan tunggu berbulan-bulan atau bertahun-tahun untuk meraih keuntungan.

Klik link ini dan masukkan nama dan emel, nanti kami hantar details >

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.