Thomson Reuters Lancar ‘TR IGNITE’ Program Pelaburan Teknologi Asia Pasifik, peluang dapatkan pelaburan sehingga US$250,000

SINGAPURA, 18 Julai 2019 /PRNewswire/ — Thomson Reuters mengumumkan pelancaran program pelaburan teknologinya, TR Ignite, untuk syarikat-syarikat baharu peringkat awal dalam bidang undang-undang dan kawal selia di seluruh Asia Pasifik. Pengasas-pengasas syarikat-syarikat baharu dalam bidang-bidang ini diundang untuk memohon kemasukan dalam program ini dari sekarang hingga 16 Ogos 2019 dengan mengunjungi tr.com/ignite.

Pemohon-pemohon yang berjaya akan diundang untuk membuat pembentangan di TechLaw.Fest, Singapura pada 5-6 September 2019. Hari pembentangan pelabur akan menyediakan syarikat-syarikat baharu dari seluruh Asia Pasifik peluang untuk mendapatkan pelaburan berpotensi sehingga US$250,000, di samping kolaborasi strategik dengan Thomson Reuters menerusi program incubator mayanya.

Menerusi kolaborasi bersama Thomson Reuters, para peserta akan mendapat manfaat daripada akses kepada jejak pelanggan global; sumber-sumber rakan kongsi termasuk kredit Amazon Web Services bernilai sehingga US$100,000; dan teknologi, data Thomson Reuters dan pementoran daripada Innovation Labs miliknya.

Jackie Rhodes, Ketua Profesional Undang-undang, Pasaran Asia & Baru Muncul di Thomson Reuters berkata: “Sebagai sebuah perniagaan global, kami percaya dalam pemupukan bakat dan teknologi yang muncul di rantau Asia Pasifik yang dapat membantu menangani cabaran generasi akan datang yang dihadapi oleh para peguam dan golongan profesional pematuhan. Selama lebih 150 tahun, perniagaan di seluruh dunia mempercayai Thomson Reuters untuk menjadi rakan kongsi mereka dalam dunia yang semakin rumit ini. Kepercayaan yang diberikan ini merupakan kekuatan untuk kami berinovasi.”

Salah satu tonggak program TR Ignite adalah berkolaborasi untuk meningkatkan ekosistem sedia ada yang memupuk inovasi dalam seluruh teknologi undang-undang dan kawal selia. Dengan bekerjasama Singapore Academy of Law (SAL) melalui TechLaw.Fest, syarikat-syarikat baharu yang layak akan ditawarkan tempat dalam GLIDE, pemecut teknologi undang-undang Singapore Academy of Law.

Paul Neo, ketua pegawai operasi SAL mengulas: “Dalam usaha mewujudkan perkaitan antara program-program seperti GLIDE dan TR Ignite, kami meluaskan peluang untuk syarikat-syarikat baharu teknologi untuk berkembang dengan cara yang dapat memberi sokongan terbaik kepada peluang pasaran dan matlamat perniagaan mereka. Dengan program-program yang berasal daripada sumber yang mempunyai kepakaran domain mendalam, kami dapat menjamin bahawa kami menyelesaikan cabaran dan peluang paling kritikal yang dihadapi oleh para pengamal undang-undang di Asia Pasifik.”

Para pemohon perlu memenuhi beberapa kriteria untuk layak menyertai TR Ignite, termasuk:

  • Merupakan syarikat baharu teknologi peringkat awal (pembiayaan A prasiri) yang berpangkalan di Asia Pasifik
  • Mempunyai prototaip yang sedia didemonstrasikan, atau mempunyai prototaip yang hampir berfungsi
  • Mempunyai pembiayaan untuk (minimum) 6 bulan seterusnya
  • Sedia untuk membentangkan sendiri di TechLaw.Fest, Singapura mulai 4-6 September 2019.

Maklumat terperinci tentang program ini tersedia dalam talian.

Thomson Reuters

Thomson Reuters ialah penyedia terkemuka perkhidmatan maklumat perniagaan. Produk kami termasuk perisian dan peralatan yang amat didayakan maklumat khusus untuk perundangan, cukai, perakaunan dan golongan profesional pematuhan digabungan dengan perkhidmatan berita paling global di dunia – Reuters. Untuk maklumat lanjut tentang Thomson Reuters, kunjungi tr.com untuk berita dunia terkini, reuters.com.

Sumber: Thomson Reuters

Pautan Berkaitan: https://www.thomsonreuters.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Powerwell Catat Rekod Untung Bersih Tertinggi RM24.1 Juta, Sasar Lonjakan Melalui Sektor Pusat Data

KUALA LUMPUR: Pakar pengedaran kuasa tempatan, Powerwell Holdings Berhad (“Powerwell”) berjaya menamatkan tahun kewangan 2026 (“FY26”) dengan prestasi luar biasa selepas mencatatkan keuntungan bersih tertinggi dalam sejarah syarikat berjumlah RM24.1 juta.

Pencapaian memberangsangkan ini menyaksikan keuntungan bersih kumpulan melepasi ambang RM20 juta buat kali pertama , melonjak daripada RM18.7 juta yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Prestasi Kewangan Sumbangan Pasaran Luar Negara

Bagi keseluruhan FY26, perolehan Powerwell melonjak 15.6% tahun-ke-tahun (YoY) kepada RM159.0 million berbanding RM137.5 juta pada tahun lalu. Pertumbuhan mampan ini dipacu terutamanya oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada operasi kumpulan di Bangladesh dan Indonesia.

Bagaimanapun, bagi suku keempat berakhir 31 Mac 2026 (4QFY26), perolehan kumpulan mencatatkan penurunan kepada RM41.4 juta berbanding RM47.7 juta sebelum ini disebabkan oleh penghantaran produk yang lebih rendah.

Meskipun begitu, margin keuntungan kasar bagi suku tersebut melonjak kepada 39.8% (daripada 35.1% pada suku sama tahun lepas) hasil daripada pemuktamadan akaun untuk sebuah projek pusat data (data centre) serta projek loji hidro. Keadaan ini, ditambah pula dengan pembalikan kemerosotan nilai penghutang perdagangan dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah, telah melonjakkan untung bersih 4QFY26 sebanyak 6.9% YoY kepada RM7.7 juta.

Sebagai ganjaran kepada para pemegang saham, Powerwell mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 1.0 sen sesaham bagi suku di bawah tinjauan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan dividen bagi FY26 sebanyak 1.5 sen sesaham, yang mewakili nisbah pembayaran sebanyak 36.1% (anggaran RM8.7 juta).

Projek Mega & Pasaran Borneo

Tahun kewangan 2026 turut melakar sejarah tersendiri apabila Powerwell berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam ekosistem teknologi tinggi selepas meraih projek pusat data tunggal terbesar bernilai RM68.5 juta.

Bagi meluaskan lagi empayar perniagaannya, kumpulan sedang aktif mengembangkan ruang pembuatan di Malaysia dan Indonesia. Di samping itu, Powerwell telah memuktamadkan pengambilalihan 49% kepentingan dalam Tenaga Kenari pada 1 April 2026. Langkah strategik ini memberikan akses segera bagi kumpulan untuk menembusi pasaran Sarawak dan Sabah (Timur Malaysia), sekali gus membuka peluang rantaian pelanggan baharu dalam industri semikonduktor, utiliti, dan tenaga boleh diperbaharui.

Prospek Cerah

Sehingga akhir Mac 2026, nilai tempahan (order book) Powerwell kekal sihat pada paras RM150.8 juta, sekali gus memberikan pendapatan yang stabil untuk tempoh akan datang.

Melihat ke hadapan, pihak pengurusan Powerwell optimis terhadap prospek perniagaan syarikat yang disokong oleh saluran tender (tender pipeline) yang sangat aktif. Kumpulan sedia merebut peluang luas dalam segmen-segmen pesat membangun termasuk pusat data, tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor, dan infrastruktur.

Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan pasaran global yang dinamik, Powerwell menegaskan akan terus mengamalkan pendekatan berhati-hati dengan memantau rapat ketidaktentuan pasaran, perkembangan geopolitik, dan keadaan makroekonomi yang boleh memberi kesan kepada landskap perniagaan.