Forrester: Bank Dan Syarikat Insurans Dengan Fungsi Digital Sahaja Akan Diterima Di Asia Pasifik Dalam Dua Tahun Akan Datang

SINGAPURA, 12 Ogos 2019 /PRNewswire/ — Pengguna di Asia Pasifik merupakan antara yang paling canggih apabila melibatkan penglibatan digital dengan perkhidmatan kewangan, dengan tujuh puluh tiga peratus pengguna percaya bahawa mereka sepatutnya boleh menyempurnakan sebarang tugas kewangan pada peranti mudah alih, menurut data* baharu yang dikeluarkan oleh Forrester

Most Consumers Prefer Digital Channels To Interact With Their Financial Services Providers Across Asia Pacific

Most Consumers Prefer Digital Channels To Interact With Their Financial Services Providers Across Asia Pacific

Pengguna hari ini memilih untuk berinteraksi dengan penyedia perkhidmatan kewangan mereka melalui salurah digital, khususnya di negara-negara yang mengutamakan mudah alih seperti Tanah Besar China, India, Thailand dan Indonesia. Tujuh puluh tujuh peratus pelanggan perbankan di Asia Pasifik memilih saluran digital, yang turut digemari oleh pelanggan insurans hayat di negara-negara seperti Tanah Besar China, Thailand, India dan Australia.

Di samping itu, Forrester mendapati bahawa ramai pelanggan mempercayai firma-firma pembayaran dan firma-firma teknologi berbanding penyedia-penyedia perkhidmatan kewangan tradisional untuk membantu mereka mengurus kewangan mereka dengan lebih baik. Syarikat-syarikat gergasi teknologi global, penyedia-penyedia perkhidmatan pembayaran, pengusaha-pengusaha eDagang malah pemimpin-pemimpin perkongsian tunggangan telahpun mengancam firma-firma yang mantap dengan menawarkan pengalaman digital yang ringkas, mudah dan lebih diperibadikan.

Meskipun bank-bank memimpin kepercayaan pengguna untuk bertindak demi kepentingan terbaik untuk kesejahteraan kewangan mereka, barisan pengusaha-pengusaha digital yang mengejutkan tidak jauh ketinggalan. Di India, Google mengalahkan bank-bank sebagai syarikat yang paling dipercayai untuk bertindak demi kepentingan kewangan terbaik mereka. Di Tanah Besar China, Alibaba dan WeChat tidak jauh ketinggalan di belakang bank manakala di seluruh rantau tersebut, syarikat-syarikat insurans menduduki tempat tiga teratas hanya di dua wilayah: Hong Kong dan Malaysia.

“Pengguna berkemungkinan untuk terlibat dengan firma-firma yang memberi keutamaan untuk membantu mereka meningkatkan kesejahteraan kewangan,” kata Dane Anderson, naib presiden, pengarah penyelidikan dan pengurus serantau, Forrester. “Kami berharap agar pelanggan akan meleraikan ekosistem perkhidmatan kewangan peribadi mereka secara dinamik dan menyusunnya semula bersama pengusaha yang lebih baharu dan lebih baik. Institusi-institusi tradisional mempunyai beberapa kelebihan namun akan ketinggalan sekiranya mereka tidak berubah lebih pantas bagi menyahut cabaran tersebut.”

Untuk analisis lebih mendalam tentang pelanggan perkhidmatan kewangan di Asia Pasifik, muat turun panduan percuma Forrester.

*Tinjauan Perkhidmatan Kewangan Asia Pasifik Forrester Analytics Consumer Technographics® 2019 dilancarkan untuk 14,900 orang dewasa secara dalam talian di Australia, Tanah Besar China, Hong Kong, metro India, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand.

Latar Belakang Forrester

Forrester (Nasdaq: FORR) ialah salah sebuah firma penyelidikan dan khidmat nasihat yang paling berpengaruh di dunia. Kami bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin perniagaan serta teknologi untuk membangunkan strategi yang diutamakan oleh pelanggan yang mendorong pertumbuhan. Pandangan unik Forrester adalah berdasarkan tinjauan tahunan melibatkan lebih 675,000 pengguna dan pemimpin perniagaan di seluruh dunia, kaedah yang ketat dan objektif serta kebijaksanaan bersama oleh pelanggan kami yang paling inovatif. Melalui penyelidikan proprietari, analitik, perundingan tersuai, kumpulan rakan setara eksekutif yang eksklusif, tawaran belajar, dan acara, pengalaman Forrester adalah mengenai tujuan tunggal dan berkuasa: untuk mencabar pemikiran pelanggan kami bagi membantu mereka membawa perubahan dalam organisasi.

Sumber: Forrester

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Powerwell Catat Rekod Untung Bersih Tertinggi RM24.1 Juta, Sasar Lonjakan Melalui Sektor Pusat Data

KUALA LUMPUR: Pakar pengedaran kuasa tempatan, Powerwell Holdings Berhad (“Powerwell”) berjaya menamatkan tahun kewangan 2026 (“FY26”) dengan prestasi luar biasa selepas mencatatkan keuntungan bersih tertinggi dalam sejarah syarikat berjumlah RM24.1 juta.

Pencapaian memberangsangkan ini menyaksikan keuntungan bersih kumpulan melepasi ambang RM20 juta buat kali pertama , melonjak daripada RM18.7 juta yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Prestasi Kewangan Sumbangan Pasaran Luar Negara

Bagi keseluruhan FY26, perolehan Powerwell melonjak 15.6% tahun-ke-tahun (YoY) kepada RM159.0 million berbanding RM137.5 juta pada tahun lalu. Pertumbuhan mampan ini dipacu terutamanya oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada operasi kumpulan di Bangladesh dan Indonesia.

Bagaimanapun, bagi suku keempat berakhir 31 Mac 2026 (4QFY26), perolehan kumpulan mencatatkan penurunan kepada RM41.4 juta berbanding RM47.7 juta sebelum ini disebabkan oleh penghantaran produk yang lebih rendah.

Meskipun begitu, margin keuntungan kasar bagi suku tersebut melonjak kepada 39.8% (daripada 35.1% pada suku sama tahun lepas) hasil daripada pemuktamadan akaun untuk sebuah projek pusat data (data centre) serta projek loji hidro. Keadaan ini, ditambah pula dengan pembalikan kemerosotan nilai penghutang perdagangan dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah, telah melonjakkan untung bersih 4QFY26 sebanyak 6.9% YoY kepada RM7.7 juta.

Sebagai ganjaran kepada para pemegang saham, Powerwell mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 1.0 sen sesaham bagi suku di bawah tinjauan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan dividen bagi FY26 sebanyak 1.5 sen sesaham, yang mewakili nisbah pembayaran sebanyak 36.1% (anggaran RM8.7 juta).

Projek Mega & Pasaran Borneo

Tahun kewangan 2026 turut melakar sejarah tersendiri apabila Powerwell berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam ekosistem teknologi tinggi selepas meraih projek pusat data tunggal terbesar bernilai RM68.5 juta.

Bagi meluaskan lagi empayar perniagaannya, kumpulan sedang aktif mengembangkan ruang pembuatan di Malaysia dan Indonesia. Di samping itu, Powerwell telah memuktamadkan pengambilalihan 49% kepentingan dalam Tenaga Kenari pada 1 April 2026. Langkah strategik ini memberikan akses segera bagi kumpulan untuk menembusi pasaran Sarawak dan Sabah (Timur Malaysia), sekali gus membuka peluang rantaian pelanggan baharu dalam industri semikonduktor, utiliti, dan tenaga boleh diperbaharui.

Prospek Cerah

Sehingga akhir Mac 2026, nilai tempahan (order book) Powerwell kekal sihat pada paras RM150.8 juta, sekali gus memberikan pendapatan yang stabil untuk tempoh akan datang.

Melihat ke hadapan, pihak pengurusan Powerwell optimis terhadap prospek perniagaan syarikat yang disokong oleh saluran tender (tender pipeline) yang sangat aktif. Kumpulan sedia merebut peluang luas dalam segmen-segmen pesat membangun termasuk pusat data, tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor, dan infrastruktur.

Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan pasaran global yang dinamik, Powerwell menegaskan akan terus mengamalkan pendekatan berhati-hati dengan memantau rapat ketidaktentuan pasaran, perkembangan geopolitik, dan keadaan makroekonomi yang boleh memberi kesan kepada landskap perniagaan.