Saudi Aramco Bakal Menjadi Syarikat Paling Mahal Dalam Sejarah IPO Dunia, Ini 8 Sebab Anda Tak Perlu Melabur Ke Dalamnya

Saudi Aramco merupakan syarikat yang mengeluarkan minyak mentah terbesar dunia. Syarikat yang berpengkalan di Arab Saudi ini bakal diapungkan ke pasaran dunia dan merupakan syarikat yang paling besar dari segi market capitalization di dunia jika berjaya diapungkan di pasaran dunia.

Idea untuk membawa syarikat ini ke IPO adalah dari Putera Mohamed Bin Salman yang ingin mengurangkan kebergantungan negara tersebut terhadap pendapatan minyak pada masa akan datang.

Syarikat ini merupakan syarikat yang paling banyak menjana keuntungan melebihi syarikat gergasi di Amerika Syarikat termasuklah Apple, Google dan Amazon; jika digabungkan keuntungan yang diperolehi oleh ketiga-tiga syarikat gergasi tersebut pada tahun lepas.

Syarikat yang ini akan menjadi syarikat pengeluar utama minyak di dunia sekiranya berjaya diapungkan di Riyadh Stock Exchange. Selain itu juga, kerajaan Arab Saudi berjanji untuk membayar sebanyak $75 billion dividen setiap tahun kepada pemegang saham syarikat tersebut.

Putera Mohamad Bin Salman adalah orang yang bertanggungjawab membawa Saudi Aramco ke IPO

Syarikat yang majoritnya di bawah kekuasaan Kerajaan Arab Saudi ini akan diapungkan hanya dengan 5% pegangan saham untuk pasaran luar yang bernilai sebanyak $2 trilion US Dolar.

Berikut merupakan sebab-sebab mengapa kita tidak perlu melabur ke dalam syarikat tersebut.

1. Geopolitik Yang Berisiko Tinggi

Kedudukan geografi pusat pengeluaran minyak terbesar yang dimiliki oleh syarikat tersebut sangat berisiko untuk dimusnahkan. Seperti yang sedia maklum, Arab Saudi mengalami krisis dengan negara jirannya iaitu Yemen.

Arab Saudi yang secara langsung telah melibatkan diri dalam peperangan saudara di Yemen dengan menghantar tenteranya bagi menumpaskan pemberontakan yang mencetuskan huru-hara di negara tersebut.

Kesannya, pemberontak dari Yemen telah melancarkan serangan dron ke telaga minyak terbesar yang dimiliki oleh syarikat tersebut yang bernama Abqaiq dan Khurais.

2. Tiada Pertumbuhan Syarikat

Syarikat yang berlandaskan perniagaan yang melibatkan komoditi kebiasanya sukar untuk berkembang berbanding dengan syarikat yang menjalankan perniagaan melibatkan sektor teknologi. Begitu juga Saudi Aramco yang mana pertumbuhan bagi syarikat ini adalah mendatar.

Syarikat ini hanya mengeluarkan minyak sebanyak 10 juta tong sehari dan tidak mampu untuk mengeluarkan lebih daripada itu bagi, memastikan harga minyak tidak jatuh terlalu murah dalam pasaran dunia.

3. Tiada Kuasa Penuh Syarikat

Syarikat ini walaupun diapungkan di pasaran antarabangsa, keputusan yang dibuat mengenai hala tuju bukan diputuskan oleh pemegang saham syarikat.

Ini kerana Saudi Aramco berada di bawah kekuasaan kerajaan Arab Saudi, yang mana raja mereka yang akan menentukan hala tuju syarikat tersebut tanpa dipengaruhi oleh pemegang-pemegang saham syarikat.

4. Nilai Yang Sangat Tinggi

Putera Mohamad Bin Salaman meletakan nilai yang agak tinggi untuk diapungkan ke pasaran luar iaitu sebanyak $2 trilion. Nilai tersebut dikatakan terlalu tinggi dengan apa yang dimiliki oleh syarikat tersebut.

Kebanyakan syarikat minyak sekarang yang menjalankan perniagaan minyak, hanya memberi pulangan dividen sebanyak 5% sahaja. Dengan nilai dividen yang dicadangkan oleh Saudi Aramco, nilai sebenar syarikat ini dipercayai hanyalah sebanyak $1.5 trilion.

5. Terdapat Altenatif Syarikat Lain

Selain daripada Saudi Aramco, banyak lagi syarikat minyak lain yang mempunyai pengurusan yang lebih baik berbanding dengan mereka. Dengan nilai sebanyak $1.5 trilion untuk sebuah syarikat yang dikuasai oleh pemerintahan Arab Saudi, adalah lebih baik melabur di dalam syarikat yang lain yang terdapat di dalam pasaran saham.

Sejarah membuktikan syarikat minyak yang dikuasai oleh pemerintahan sesebuah negara kebanyakannya tidak dapat berkembang dengan baik dan mungkin terlibat dengan skandal kewangan di negara tersebut.

6. Modal Pelaburan Dikhuatiri Disalah Guna

Risiko yang mungkin berlaku adalah duit para pelabur berkemungkinan disalah guna oleh pemerintah Arab Saudi yang kebanyakan adalah bilionair dan pewaris takhta kerajaan. Pada tahun 2017, Putera Alwaleed Bin Talal telah ditahan dan kewangan beliau dibekukan di atas kesalahan rasuah.

Selain daripada itu, seramai berbelas orang bilionair yang ditahan bersama dengan Putera Alwaleed di atas jenayah yang serupa.

7. Amalan Sistem Autokrasi

Arab Saudi terkenal dengan negara yang mengamalkan sistem autokrasi dalam pemerintahan negara mereka. Raja Arab Saudi merupakan ketua negara yang sangat berkuasa dan akan menghapuskan mana-mana individu di negara tersebut yang mengkritik cara pemerintahan diraja di negara tersebut.

Di antara mangsa yang terbaru yang menjadi korban kepada Arab Saudi adalah seorang wartawan dari negara tersebut yang bekerja untuk Akhbar Washington Post. Masih ingat lagi kes Jamal Khashoggi yang dibunuh di kedutaan Arab Saudi di Turki?

8. Era Penggunaan Petroleum Semakin Berakhir

Penggunaan petroleum akan berakhir pada masa hadapan dengan kemajuan kenderaan berasakan elektirk. Syarikat Tesla merupakan syarikat yang menguasai pasaran untuk segmen elektrik dan diikuti rapat oleh gergasi automotif Jerman iaitu Volkwagen.

Manusia yang semakin sedar betapa pentingnya menjaga alam sekitar daripada dicemari oleh asap enjin kenderaan yang menggunakan petrol atau diesel, semakin beralih arah ke kenderaan yang mesra alam.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

CANSLIM: Apa Itu Leader & Laggard Dan Kenapa Saham Ini Boleh Gerak Dulu?

Untuk terlibat dengan pelaburan saham, kita tidak boleh lari daripada melakukan pembacaan dan analisa secara menyeluruh. Pelabur perlu melakukan analisa dengan cara yang betul supaya dapat membuat keputusan yang betul.

Terdapat pelbagai jenis dan cara analisa yang boleh pelabur gunakan antaranya adalah analisa gaya William J. O’Neil. Analisa yang dimaksudkan adalah menggunakan kaedah CANSLIM untuk mencari dan memilih saham yang mempunyai pertumbuhan yang baik.

Pemilihan saham menggunakan CANSLIM ini adalah cara terpantas untuk mencari saham berpotensi sebelum pelabur institusi melabur ke dalam saham tersebut.

Pada penulisan ini, saya akan kongsikan elemen ‘L’ iaitu leader and laggard.

Secara asasnya CANSLIM adalah singkatan akronim yang menggabungkan 7 kriteria dalam pemilihan saham.

Kriteria CANSLIM adalah seperti di bawah :

  1. ‘C’ – Current Quarter Earning
  2. ‘A’ – Annual Earning
  3. ‘N’ – New product/management/event
  4. ‘S’ – Supply and Demand
  5. ‘L’ – Leader/laggard
  6. ‘I’ – Institutional
  7. ‘M’ – Market direction

Apa Itu Leader dan Laggard?

Dalam kriteria Leader dan Laggard, kita ingin menentukan sama ada syarikat kajian kita berada dalam senarai pemain industri yang utama atau pemain industri yang kedua.

Hal ini kerana, syarikat yang menjadi pemain utama dalam industrinya akan bertindak balas lebih awal daripada yang lain dan diikuti oleh syarikat pemain kedua.

Syarikat yang menjadi pemain utama boleh dilihat berdasarkan kepada kekuatan kewangan syarikat dan saiz modal pasaran syarikat tersebut.

Pergerakan pasaran akan bermula dengan saham daripada syarikat pemain utama dalam setiap industri.

PMETAL vs LBALUM

Mari kita lihat contoh-contoh di bawah. Sektor di bawah adalah sektor pembuatan aluminium.

Sumber : iSaham

Gambar di atas menunjukkan syarikat PMETAL berada paling atas dengan modal pasaran sebanyak RM40.38 billion. Ini menjadikan PMETAL pemain industri utama dalam sektor pembuatan Aluminium.

Sumber : Trading View

Pergerakan saham PMETAL berada pada aliran menaik dalam jangka masa 2-3 tahun. Namun begitu, pada Disember 2020, harga PMETAL melakukan kenaikan yang besar daripada RM3.00 sehingga mencecah RM4.00.

Hal ini disebabkan kenaikan harga komoditi Aluminium yang ketara dan telah memberikan keuntungan berganda pada syarikat PMETAL.

Syarikat mencatatkan kenaikan pada margin keuntungan sejak suku tahun kedua 2020. Profit margin yang meningkat juga menyumbang pada kenaikan harga saham.

Sumber : MalaysiaStock.biz

Laggard dalam sektor aluminium pula boleh dilihat pada syarikat LBALUM dengan modal pasaran yang lebih kecil iaitu sebanyak RM228 juta.

Leader seperti saham PMETAL telah mulakan kenaikan pada Disember 2020 manakala, laggard seperti LBALUM hanya memulakan kenaikan pada penghujung Mac 2021 daripada RM0.75 sehingga RM1.30 dengan kenaikan hampir 100%.

Sumber : Trading View
Sumber : MalaysiaStock.biz

Syarikat LBALUM mengalami kerugian pada suku ke-4 tahun 2020 dan hanya berjaya mencatatkan keuntungan pada suku tahun seterusnya. Oleh itu, harga saham LBALUM harga bergerak selepas mencatatkan keuntungan yang meningkat.

Syarikat LBALUM mencatatkan profit margin yang lebih tinggi dari leader PMETAL. Hal ini memberikan peluang yang besar untuk LBALUM menjadi syarikat yang lebih berdaya saing di masa hadapan.

Inilah gaya pemilihan saham menggunakan CANSLIM. Kita perlu mengkaji sektor tersebut dan menentukan siapa leader dan siapa laggard.

Dengan hanya memfokuskan pada kriteria ‘L’ sahaja kita sudah mampu untuk menjana keuntungan yang berganda.

Ini kerana analisis menggunakan metod CANSLIM adalah satu teknik yang sangat berkesan untuk memilih saham yang betul.

Nota: Contoh PMETAL dan LBALUM yang digunakan ini adalah berdasarkan data dan situasi pasaran pada tempoh tersebut dan digunakan semata-mata untuk menerangkan konsep Leader & Laggard dalam strategi CANSLIM. Kedudukan sesuatu saham sebagai leader atau laggard boleh berubah mengikut pergerakan harga dan relative strength dari semasa ke semasa. Contoh ini bukan gambaran prestasi semasa kedua-dua saham dan tidak boleh dianggap sebagai cadangan untuk membeli, menjual atau memegang mana-mana saham.

AMD vs NVIDIA

Sebagai contoh lain, kita boleh lihat perbezaan antara Advanced Micro Devices (AMD) dan NVIDIA dalam industri cip AI. NVIDIA merupakan pemain yang jauh lebih besar dari segi revenue dan kedudukan pasaran, tetapi dalam analisis saham, saiz syarikat bukan satu-satunya perkara yang menentukan sama ada sesuatu saham itu dianggap sebagai leader atau laggard.

Jika harga saham AMD mencatat kenaikan yang lebih tinggi berbanding NVIDIA dalam tempoh tertentu, AMD boleh dianggap sebagai stock leader untuk tempoh tersebut dari sudut price performance, walaupun NVIDIA kekal sebagai peneraju industri dari segi saiz. Sebab itu, apabila menggunakan konsep Leader & Laggard, pelabur perlu melihat relative strength dan prestasi harga berbanding saham lain dalam sektor yang sama, bukannya sekadar membandingkan harga seunit saham atau revenue syarikat.

Namun begitu, status leader atau laggard bukanlah sesuatu yang kekal. Sesebuah saham boleh menjadi leader pada satu tempoh dan kemudiannya menjadi laggard apabila momentum harga berubah. Oleh itu, konsep ini lebih sesuai digunakan sebagai salah satu alat untuk mengenal pasti saham yang menunjukkan momentum relatif yang kuat, bukannya sebagai ukuran mutlak tentang syarikat mana yang lebih baik.


Belilah saham yang baik. Nak tahu apa lebih mendalam tentang formula ini? Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.