“FBM KLCI Bakal Cecah 1,630 Mata Menjelang Hujung Tahun 2019”, Rakuten Trade

Baru-baru ini telah berlangsung sebuah event, dan Mr Kenny Yee selaku Ketua Penyelidik Rakuten Trade telah memberikan pandangan beliau atau Market Outlook tentang pasaran saham Malaysia.

Dan menurut beliau, FBM KLCI bakal mencecah paras 1,630 mata pada penghujung tahun 2019, dan naik ke paras 1,750 mata pada tahun 2020 berdasarkan beberapa faktor berikut:

  • *16x Price-to-Earnings Ratio
  • Pertumbuhan negatif dicatatkan tahun ini, dan pendapatan syarikat meningkat kepada 5.80% tahun depan
  • MYR/USD berlegar di paras RM4.15-RM4.10 tahun ini, dan mengukuh ke paras RM4.00 pada tahun depan
  • Kadar faedah yang stabil (Malaysia hanya mencatatkan sekali penurunan kadar faedah berbanding tiga kali penurunan kadar faedah di Amerika Syarikat bagi tahun 2019)

*Untuk tahu Price-to-Earnings Ratio (P/E Ratio), kita kena tengok berapa harga saham semasa syarikat dan nilai EPS. Jika saham sekarang didagangkan pada harga RM10, dan nilai EPS adalah RM1, maka P/E ratio syarikat adalah 10. Lagi rendah nilai ini, lagi bagus syarikat tersebut.
*Earnings Per Share (EPS) –> Nilai perolehan bagi setiap saham, contohnya dengan setiap unit saham berapa perolehan yang syarikat dapat. Syarikat yang mempunyai EPS positif adalah syarikat yang buat untung, EPS negatif bermakna syarikat tersebut rugi

Mr Kenny turut memberi stock tips beliau, iaitu 5 saham blue chip dan 5 saham Small-Cap dan Mid-Cap seperti berikut:

5 Saham Blue Chip

  • Petronas Chemicals Group Berhad
  • *Public Bank Berhad (Tak Patuh Syariah)
  • Petronas Gas Berhad
  • Kuala Lumpur Kepong (KLK)
  • *Hong Leong Bank Berhad (Tak Patuh Syariah)

5 Saham Small-Cap dan Mid-Cap

  • Kelington Group Berhad (KGB)
  • Bahvest Resources Berhad
  • LYC Healthcare Berhad
  • Vertice Berhad
  • *RCE Capital Berhad (Tak Patuh Syariah)

3 Syarikat Yang Bakal Masuk Ke FBM KLCI

  • Westports Holdings Berhad
  • KLCC Stapled
  • Telekom Malaysia Berhad

3 Syarikat Yang Bakal Terkeluar Daripada FBM KLCI

  • *Malaysia Airports Holdings Berhad (Tak Patuh Syariah)
  • *AMMB Holdings Berhad (Tak Patuh Syariah)
  • Top Glove Corporation Berhad

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.