Kenapa Melabur Dalam Saham Boleh Jadi Kaya?

Pelaburan saham adalah cara yang paling ringkas untuk mencari keuntungan, tetapi tidak mudah untuk kita menjadi kaya. Perlu sanggup untuk melalui prosesnya.

Untuk membuatkan pasaran saham mudah untuk difahami, ianya seolah-olah kita memiliki perkongsian dana perniagaan dalam sesebuah syarikat.

Kita boleh bayangkan kita sebagai pemilik sebahagian kecil dalam syarikat tersebut. Jika kita masih baru dalam dunia saham, berikut adalah analogi mudah.

Dengan menggunakan contoh visual, gambarkan sebuah syarikat yang mengendalikan jualan hartanah (real estate) dan kita pula memiliki sebahagian kecil (misalnya, dua ekar) daripada 100,000 ekar ladang kelapa sawit. Jika perniagaan kelapa sawit tersebut berkembang dengan baik, kita juga akan mendapat manfaat keuntungan.

Bayangkan jika kita boleh mengaut keuntungan sebanyak RM5,000 bagi setiap ekar, maka kita akan mendapat keuntungan sebanyak RM10,000 untuk pemilikan kecil tersebut.

Melalui pemahaman ringkas seperti ini, kita sudah boleh mencipta keuntungan. Dalam sudut yang lain, selagi syarikat-syarikat tersebut membuat keuntungan daripada semasa ke semasa, maka selagi itulah kita berpotensi besar untuk menjana keuntungan.

Jika diimbas keseluruhan jenis pasaran yang ada dalam dunia pelaburan, maka saham adalah salah satu instrumen pelaburan yang paling menguntungkan untuk kita melabur. Contohnya jika kita melabur dalam emas fizikal, 1 ounce (oz) adalah bersamaan dengan $1,516.

This image has an empty alt attribute; its file name is Mengapa-Melabur-Dalam-Saham-Boleh-Membuatkan-Anda-Kaya2-700x368.jpg

Kelemahan pelaburan komoditi seperti emas ialah ia tidak mempunyai kecairan aliran tunai untuk dikembalikan kepada kita dalam tempoh yang singkat. Namun jika kita percaya bahawa sekeping emas bernilai lebih daripada yang kita bayar sebelum ini, silakan melabur ke dalam emas.

Jika kita melabur ke dalam pasaran saham, lebih kurang 100 tahun yang lalu Dow Jones berada di paras $53, dan hari ini ianya telah melepasi paras $28,000. Berapa % kenaikan agak-agak tu? Sila lah kira.

100 tahun lama sangat? Kalau nak tahu, jika kita melabur sebanyak $1,000 USD dalam syarikat Pepsi atau Coca-Cola sepuluh tahun lepas, kita akan mendapat pulangan sebanyak $3,100 USD untuk Pepsi, dan $2,900 USD untuk Coca-Cola.

Ianya merupakan pulangan sebanyak 310% bagi Pepsi dan 290% bagi Coca-Cola. Boleh baca selanjutnya di Beli Saham Coca-Cola atau Pepsi 10 Tahun Lepas, Mana Lebih Untung?

Ada tak contoh saham di Malaysia? Mestilah ada….Jemput baca

i) Peram Saham-Saham Ini 5 Tahun Lepas, Sekarang Pulangan Lebih 100%.

ii) Senarai Saham Dengan Dividen Yang Semakin Meningkat Sejak 3 Tahun Lalu (2016-2018)

iii) Gila Kot Untung Sampai 600% Dalam Pasaran Saham?

iv) #10YearsChallenge yang dipetik dari FB Page Tuan Hj Mohd Asri

Kalau orang Cina dapat anak, dia akan belikan 10 lot saham untuk diperam. Contohnya saham Hong Leong Bank (tidak patuh syariah). Beli dan peram 10 tahun lepas naik juga dalam 300%. Dividen pun dapat.

Kita boleh buat amalan yang sama dengan membeli saham Bank Islam. (Contohhhh). Beli dan peram 10 tahun lepas dah naik dalam 400%.

Tan Sri Syed Mokhtar juga membeli saham syarikat yang beliau rasakan berpotensi.

Berbalik kepada topik utama perbincangan kita, jika dirumuskan tahap peluang untuk kita mencipta kekayaan dalam saham adalah tinggi. Kita seharusnya terbuka untuk memikirkan pelaburan dalam jangka masa panjang, daripada taksub mengejar keuntungan jangka masa pendek.

Tetapi jika teringin juga buat duit dalam jangka masa pendek, baca dulu teknik-teknik yang boleh digunakan:
Buy on Breakout
Buy on Reversal

Dah bersedia untuk harungi untung dan rugi melabur dalam pasaran saham? Sabar, Tuan Hj Mohd Asri Ahmad (THMA) pernah berkongsi tentang perlunya tertib menguruskan duit:

  1. Creation – buat duit dengan bekerja atau berniaga.
  2. Management – urus duit dan kawal perbelanjaan.
  3. Protection – lindung diri kita dan sumber pendapatan, contoh dengan mencarum takaful.
  4. Investment – tertib ke-4 barulah pelaburan.
  5. Distribution – melalui sedekah dan zakat.

Ambil tindakan sekarang.

Tapi sebelum itu, kena buka akaun CDS terlebih dahulu – boleh rujuk Cara Buka Akaun CDS. Kosnya RM10 sahaja.

Dengan modal RM100 pun dah boleh mula. Tak percaya, jemput baca Ada modal RM100 cukup tak untuk melabur saham?

Kepada yang dah berjaya buka akaun saham (CDS), kongsikan artikel ini supaya lebih ramai dapat manfaatnya.

Memetik nukilan sasterawan terbilang, Allahyarham Usman Awang:

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Kami Nak Mengajak Anak Muda Terlibat Dalam Pelaburan Saham

Ada banyak video YouTube dan ebook yang ajar teknik-teknik asas untuk buat duit di pasaran saham.

Pernah dengar tentang buku Malaysia Melabur Saham? Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat dalam pelaburan saham tetapi “ZERO” dan masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

This image has an empty alt attribute; its file name is 210115-MMS-Thumbnail-700x468.jpg

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

  • Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.
  • Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?
  • Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.
  • Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa -> Buku Malaysia Melabur Saham

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

CANSLIM: Apa Itu Leader & Laggard Dan Kenapa Saham Ini Boleh Gerak Dulu?

Untuk terlibat dengan pelaburan saham, kita tidak boleh lari daripada melakukan pembacaan dan analisa secara menyeluruh. Pelabur perlu melakukan analisa dengan cara yang betul supaya dapat membuat keputusan yang betul.

Terdapat pelbagai jenis dan cara analisa yang boleh pelabur gunakan antaranya adalah analisa gaya William J. O’Neil. Analisa yang dimaksudkan adalah menggunakan kaedah CANSLIM untuk mencari dan memilih saham yang mempunyai pertumbuhan yang baik.

Pemilihan saham menggunakan CANSLIM ini adalah cara terpantas untuk mencari saham berpotensi sebelum pelabur institusi melabur ke dalam saham tersebut.

Pada penulisan ini, saya akan kongsikan elemen ‘L’ iaitu leader and laggard.

Secara asasnya CANSLIM adalah singkatan akronim yang menggabungkan 7 kriteria dalam pemilihan saham.

Kriteria CANSLIM adalah seperti di bawah :

  1. ‘C’ – Current Quarter Earning
  2. ‘A’ – Annual Earning
  3. ‘N’ – New product/management/event
  4. ‘S’ – Supply and Demand
  5. ‘L’ – Leader/laggard
  6. ‘I’ – Institutional
  7. ‘M’ – Market direction

Apa Itu Leader dan Laggard?

Dalam kriteria Leader dan Laggard, kita ingin menentukan sama ada syarikat kajian kita berada dalam senarai pemain industri yang utama atau pemain industri yang kedua.

Hal ini kerana, syarikat yang menjadi pemain utama dalam industrinya akan bertindak balas lebih awal daripada yang lain dan diikuti oleh syarikat pemain kedua.

Syarikat yang menjadi pemain utama boleh dilihat berdasarkan kepada kekuatan kewangan syarikat dan saiz modal pasaran syarikat tersebut.

Pergerakan pasaran akan bermula dengan saham daripada syarikat pemain utama dalam setiap industri.

PMETAL vs LBALUM

Mari kita lihat contoh-contoh di bawah. Sektor di bawah adalah sektor pembuatan aluminium.

Sumber : iSaham

Gambar di atas menunjukkan syarikat PMETAL berada paling atas dengan modal pasaran sebanyak RM40.38 billion. Ini menjadikan PMETAL pemain industri utama dalam sektor pembuatan Aluminium.

Sumber : Trading View

Pergerakan saham PMETAL berada pada aliran menaik dalam jangka masa 2-3 tahun. Namun begitu, pada Disember 2020, harga PMETAL melakukan kenaikan yang besar daripada RM3.00 sehingga mencecah RM4.00.

Hal ini disebabkan kenaikan harga komoditi Aluminium yang ketara dan telah memberikan keuntungan berganda pada syarikat PMETAL.

Syarikat mencatatkan kenaikan pada margin keuntungan sejak suku tahun kedua 2020. Profit margin yang meningkat juga menyumbang pada kenaikan harga saham.

Sumber : MalaysiaStock.biz

Laggard dalam sektor aluminium pula boleh dilihat pada syarikat LBALUM dengan modal pasaran yang lebih kecil iaitu sebanyak RM228 juta.

Leader seperti saham PMETAL telah mulakan kenaikan pada Disember 2020 manakala, laggard seperti LBALUM hanya memulakan kenaikan pada penghujung Mac 2021 daripada RM0.75 sehingga RM1.30 dengan kenaikan hampir 100%.

Sumber : Trading View
Sumber : MalaysiaStock.biz

Syarikat LBALUM mengalami kerugian pada suku ke-4 tahun 2020 dan hanya berjaya mencatatkan keuntungan pada suku tahun seterusnya. Oleh itu, harga saham LBALUM harga bergerak selepas mencatatkan keuntungan yang meningkat.

Syarikat LBALUM mencatatkan profit margin yang lebih tinggi dari leader PMETAL. Hal ini memberikan peluang yang besar untuk LBALUM menjadi syarikat yang lebih berdaya saing di masa hadapan.

Inilah gaya pemilihan saham menggunakan CANSLIM. Kita perlu mengkaji sektor tersebut dan menentukan siapa leader dan siapa laggard.

Dengan hanya memfokuskan pada kriteria ‘L’ sahaja kita sudah mampu untuk menjana keuntungan yang berganda.

Ini kerana analisis menggunakan metod CANSLIM adalah satu teknik yang sangat berkesan untuk memilih saham yang betul.

Nota: Contoh PMETAL dan LBALUM yang digunakan ini adalah berdasarkan data dan situasi pasaran pada tempoh tersebut dan digunakan semata-mata untuk menerangkan konsep Leader & Laggard dalam strategi CANSLIM. Kedudukan sesuatu saham sebagai leader atau laggard boleh berubah mengikut pergerakan harga dan relative strength dari semasa ke semasa. Contoh ini bukan gambaran prestasi semasa kedua-dua saham dan tidak boleh dianggap sebagai cadangan untuk membeli, menjual atau memegang mana-mana saham.

AMD vs NVIDIA

Sebagai contoh lain, kita boleh lihat perbezaan antara Advanced Micro Devices (AMD) dan NVIDIA dalam industri cip AI. NVIDIA merupakan pemain yang jauh lebih besar dari segi revenue dan kedudukan pasaran, tetapi dalam analisis saham, saiz syarikat bukan satu-satunya perkara yang menentukan sama ada sesuatu saham itu dianggap sebagai leader atau laggard.

Jika harga saham AMD mencatat kenaikan yang lebih tinggi berbanding NVIDIA dalam tempoh tertentu, AMD boleh dianggap sebagai stock leader untuk tempoh tersebut dari sudut price performance, walaupun NVIDIA kekal sebagai peneraju industri dari segi saiz. Sebab itu, apabila menggunakan konsep Leader & Laggard, pelabur perlu melihat relative strength dan prestasi harga berbanding saham lain dalam sektor yang sama, bukannya sekadar membandingkan harga seunit saham atau revenue syarikat.

Namun begitu, status leader atau laggard bukanlah sesuatu yang kekal. Sesebuah saham boleh menjadi leader pada satu tempoh dan kemudiannya menjadi laggard apabila momentum harga berubah. Oleh itu, konsep ini lebih sesuai digunakan sebagai salah satu alat untuk mengenal pasti saham yang menunjukkan momentum relatif yang kuat, bukannya sebagai ukuran mutlak tentang syarikat mana yang lebih baik.


Belilah saham yang baik. Nak tahu apa lebih mendalam tentang formula ini? Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.