Akaun Wakalah TH Memberi Lebih Nilai Tambah Dan Manfaat Kepada Pendeposit

Hasil dividen tabung haji

KUALA LUMPUR, 10 Disember 2019 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan peralihan kepada kontrak simpanan berkonsepkan Wakalah yang memberi lebih nilai tambah dan manfaat kepada pendeposit tanpa menjejaskan apa-apa kemudahan dan manfaat akaun sedia ada.

Peralihan kepada Kontrak Wakalah akan berkuatkuasa bermula 31 Disember 2019 menggantikan kontrak simpanan Wadiah Yad Dhamanah yang digunakan sebelum ini. Menerusi kontrak baharu ini, TH adalah wakil untuk menguruskan dana pendeposit bagi tujuan aktiviti pelaburan dan operasi haji di mana keuntungan yang dijana pada setiap tahun akan diagihkan kepada pendeposit berdasarkan prestasi kewangan TH.

TH sentiasa berusaha untuk menambahbaik perkhidmatannya dengan melaksanakan pembaharuan dan penstrukturan untuk manfaat pendeposit. Antara kelebihan menyimpan di TH adalah simpanan dijamin 100 peratus oleh kerajaan selaras dengan Akta Tabung Haji 1995 selain zakat telah dibayar bagi pihak pendeposit. Pendeposit tidak perlu mengisi apa-apa dokumen baharu dan boleh berurusan seperti biasa di mana-mana pejabat cawangan TH di seluruh negara.

TH ingin memaklumkan bahawa dengan mengekalkan deposit bersama TH selepas 31 Disember 2019, pendeposit dianggap telah memberi persetujuan terhadap peralihan kepada kontrak simpanan berkonsepkan Wakalah ini. Terma dan syarat akaun TH boleh dirujuk di pautan www.tabunghaji.gov.my/wakalah.

Sumber: Tabung Haji

TERMA & SYARAT

1.    Syarat menjadi ahli
       1.1    Beragama Islam.
       1.2    Warganegara Malaysia.

2.    Jenis Akaun
       2.2    Akaun Dewasa
                2.2.1    Akaun simpanan bagi pendeposit yang berumur 18 tahun dan ke atas.

       2.3    Akaun Kanak-Kanak di Bawah Penjaga
                2.3.1    Akaun simpanan bagi pendeposit yang berumur di bawah 18 tahun. 
                2.3.2    Akaun ini hendaklah dikawalselia oleh penjaga.

3.    Wakalah
       3.1    Pendeposit melantik TH sebagai wakil untuk menguruskan wangnya dalam akaun TH tanpa terikat dengan apa-apa terma selain yang ditetapkan dan selaras dengan Akta Tabung Haji 1995.
       3.2    Pendeposit boleh menyimpan dan mengeluarkan wang daripada akaun TH selaras dengan Akta TH dan selaras dengan Peraturan-Peraturan Tabung Haji (Deposit dan Pengeluaran), sebarang pindaan serta prosedur  yang telah ditetapkan di TH.
       3.3    Pendeposit menerima agihan  keuntungan aktiviti pelaburan TH setelah ditolak kos pengurusan TH, kos Haji dan zakat tertakluk sentiasa kepada TH memenuhi keperluan- keperluan berkaitan di bawah Akta Tabung Haji 1995.

SOALANJAWAPAN
1Apakah maksud Wakalah?Wakalah bermaksud seseorang (Muwakkil) melantik satu pihak yang lain (Wakil) sebagai wakilnya untuk mengendalikan urusannya.
2Adakah Wadiah Yad Dhamanah sebagai simpanan manakala Wakalah sebagai pelaburan?Konsep WadiahYad Dhamanah dan Wakalah boleh digunakan untuk tujuan simpanan dan dana simpanan boleh dilaburkan.
3Mengapakah kontrak Syariah bagi akaun TH diubah kepada Wakalah?Menerusi kontrak wakalah pendeposit berpeluang mendapat nilai tambah dan manfaat lain di bawah kontrak wakalah di samping kemudahan sedia ada terus kekal dinikmati.
4 Kenapa TH melaksanakan kontrak ini pada masa ini?TH sentiasa berusaha untuk menambahbaik perkhidmatannya dengan melaksanakan pembaharuan dan penstrukturan.
5Adakah kontrak baharu ini adalah salah satu langkah TH dalam penstrukturan terbaharu TH? Ya.

Nak Lebih Detailed?

Wadiah Adalah Contoh Kontrak Berasaskan Jaminan

Kontrak jenis ini adalah di antara pelanggan dan pihak yang memberi jaminan. Ia dipraktiskan dalam perniagaan Ar-Rahnu.

Definisi : Pelanggan memajak barang kemas untuk mendapatkan tunai melalui Ar-Rahnu. Pengendali Ar-Rahnu menjamin keselamatan barang kemas tersebut dan akan memulangkan barang kemas tersebut apabila pembiayaan dilunaskan oleh pelanggan dalam tempoh waktu yang
telah dipersetujui.

Wakalah Pula Merupakan Contoh Kontrak Berasaskan Upah

Kontrak jenis ini adalah di antara pelanggan dan wakil pelanggan. Ia dipraktiskan dalam Takaful.

Definisi : Pelanggan melantik pengendali Takaful untuk menguruskan wang yang dicarumkan setiap bulan. Pengendali Takaful bertanggungjawab memastikan caruman diuruskan dengan telus dan patuh shariah. Upah akan dikenakan kepada pelanggan bagi perkhidmatan tersebut.

Harapnya lepas dah tukar akad ini kita akan dapat detail di mana sebenarnya investment Tabung Haji ni.

Sama-Sama Kita Tunggu Agihan Pendapatan Tabung Haji 2019

2012 6.50% Hibah + 1.50% Bonus
2013 6.00% Hibah + 2.00% Bonus
2014 6.25% Hibah + 2.00% Bonus
2015 5.00% Hibah + 3.00% Bonus
2016 4.25% Hibah + 1.50% Bonus
2017 4.50% Hibah + 1.75% Bonus
2018 1.25% Hibah

Kalau ikut akad sebelum ini tidak dianggap pelaburan dan pendeposit sebenarnya tak boleh desak pulangan dan pemberian hibah adalah ikut budi bicara TH.

Kalau ikut akad baru ni, keuntungan TH adalah hak pendeposit selepas ditolak kos seperti kos wakalah. Sama-sama kita tunggu berapakah agihan pendapatan yang bakal diumumkan untuk tahun 2019 ini.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Lantunan Melawan Arus Namun Trend Menurun Masih Berlangsung

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mencatat lantunan melawan arus trend semalam apabila menaik MYR13 untuk ditutup pada paras MYR4,551. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada paras lebih rendah iaitu sebanyak MYR4,534. Ia jatuh kepada paras terendah sesi hari itu sebanyak MYR4,528 sebelum minat pembelian yang kuat muncul, lalu membawanya kepada paras tertinggi berjumlah MYR4,580. Akhirnya, ia menutup dagangan berhampiran paras tertinggi berkenaan dan membentuk corak lilin menaik. Pergerakan harga yang positif ini dianggap sebagai lantunan yang melawan arus trend. RSI sekarang semakin meningkat, sekali gus menunjukkan momentum menaik kembali muncul.

Walaupun mengalami kenaikan harga, komoditi ini masih lagi berada di bawah garisan SMA 50 hari, yang mengesahkan bahawa struktur pasaran menurun dalam jangka sederhana masih kuat. Kami ramalkan tekanan jualan akan kembali menghampiri garisan SMA 50 hari sekiranya momentum menaik bertahan. Buat masa sekarang, kami tetap berpegang pada bias dagangan negatif melainkan FCPO melepasi paras MYR4,700.

Kami menyarankan para pedagang untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei, iaitu MYR4,481. Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi kekal kukuh pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan pertama sebaliknya berada pada MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi bernilai MYR4,840.