15 Juta Rakyat Malaysia Bakal Dapat RM30 Menerusi e-Wallet Januari Ini

Wow, Kerajaan Malaysia akan memperkenalkan dompet elektronik (e-wallet) khusus buat seluruh rakyat Malaysia. Nama yang dicadangkan adalah e-Tunai Rakyat.

Mulai 1 Januari 2020 sehingga 29 Februari 2020 (tahun 2020 adalah tahun genap), RM30 akan dikreditkan kepada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas. Dengan syarat, pendapatan tahunan mestilah di bawah RM100,000.

Ini bermakna, lebih kurang 15 juta rakyat Malaysia bakal menerima manfaat ini.

Kerajaan Malaysia telah pun memperuntukkan sebanyak RM450 juta untuk menjayakan e-Tunai Rakyat ni. Projek ini diletakkan di bawah seliaan Khazanah Nasional Berhad.

Untuk makluman, Khazanah Nasional Berhad adalah sebuah Government-Linked Investment Companies (GLIC) di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Dalam erti kata lain, ianya merupakan syarikat induk cabang pelaburan kerajaan Malaysia yang diamanahkan dengan meningkatkan kekayaan jangka masa panjang melalui objektif komersial dan strategik yang berbeza.

Ditulis oleh Hanif Yahaya. Seorang perancang kewangan dan penasihat kewangan yang berlesen daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bank Negara Malaysia (BNM). Beliau juga adalah pelajar terbaik Shariah Registered Financial Planner (ShRFP). Berpengalaman memberi khidmat nasihat kewangan individu dan korporat. Boleh hubungi beliau di [email protected]. Follow channel telegram untuk mendapatkan informasi terkini di https://t.me/drhanifyahaya

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Top 10 Individu Berpotensi Menjadi “Trillionaire” Pertama

Suatu ketika dahulu, mungkin tidak ramai yang menjangkakan akan ada individu yang berjaya mencapai kekayaan sehingga berbilion dollar. Namun, kini ia telah menjadi kenyataan. 

Untuk pengetahuan anda, individu pertama yang menjadi billionaire adalah John Davison Rockefeller.

Sumber: Medium

Siapakah John Davison Rockefeller? John Davison Rockefeller merupakan pengasas Standard Oil Company syarikat yang mendominasi industri petroleum pada ketika itu.

Nilai kekayaan Rockefeller pada 1937 dianggarkan pada AS$1.4 bilion dan bersamaan dengan 1.5% dari KDNK (GDP) Amerika Syarikat.

Berdasarkan Forbes, manusia terkaya sekarang adalah Elon Musk dengan nilai kekayaan sebesar AS$394.2 bilion. Mark Zuckerberg di belakang dengan nilai kekayaan AS$254.1 bilion. 

Sumber: Forbes

Mungkin tidak keterlaluan untuk kita membayangkan akan ada individu yang berstatus ‘trillionaire’ suatu hari kelak. 

Namun siapakah mereka yang berpotensi tersebut?

Sebuah kajian telah dijalankan oleh Informa Connect Academy untuk meramalkan siapakah yang bakal menjadi trillionaire pertama dunia. Berikut merupakan top 10 individu yang berpotensi menjadi trillionaire pertama.

Sumber: CNBC

10 individu tersebut tidak semestinya 10 orang terkaya dunia pada masa ini. Kajian tersebut adalah berdasarkan kadar pertumbuhan tahunan purata dalam kekayaan dan menurut kajian tersebut CEO Tesla iaitu Elon Musk mungkin akan menjadi trillionaire pertama.

  1. Elon Musk
Sumber: Forbes

Elon Musk dijangka menjadi trillionaire pertama dunia menjelang tahun 2027 dengan andaian kekayaan beliau berkembang pada kadar purata 110% setahun.

  1. Gautam Adani
Sumber: Forbes

Di tempat kedua, Adani pengasas konglomerat Kumpulan Adani akan menjadi trillionaire menjelang 2028 sekiranya mengekalkan kadar pertumbuhan tahunan 123%.

  1. Jensen Huang
Sumber: Forbes

Individu yang terkenal sebagai pengasas Nvidia ini dijangka menjadi trillionaire pada 2028. Untuk pengetahuan anda, Jensen telah berjaya meningkatkan kekayaannya dari AS$3 bilion kepada AS$121 bilion dalam tempoh hanya 5 tahun hasil kenaikan harga saham Nvidia. 

Untuk mencapai status trillionaire, kadar pertumbuhan tahunan kekayaan Jensen perlu berkembang pada kadar 112%.

  1. Prajogo Pangestu
Sumber: Forbes

Di tempat keempat, taikun dari Indonesia iaitu Prajogo Pangestu tidak mustahil untuk menjadi trillionaire pada tahun 2028. Prajogo merupakan pengasas Barito Pacific, sebuah konglomerat dalam industri tenaga dan perlombongan. 

Sekarang ini Prajogo di tempat ke-53 orang terkaya dunia (setakat Februari 2025).

  1. Bernard Arnault 
Sumber: Forbes

CEO Louis Vuitton iaitu Bernard Arnault dijangka orang kelima akan mencapai status trillionaire dan diramalkan mencapai status tersebut pada 2030. Sekarang ini, Bernard Arnault merupakan orang kelima terkaya dunia dengan kekayaan sebanyak AS$190.9 bilion.

Kesimpulan

Kesemua individu di atas sememangnya telah berjaya dalam perniagaan masing-masing dan sama-sama kita lihat siapakah individu yang akan mencapat status tersebut kelak.

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee