10 Saham Patuh Syariah Ini Harganya Naik 100% Dalam Masa 6 Bulan

Belajar saham bersama Tn Hj Asri

Macam tak percaya kan? Mana taknya, sebab anda dah terbiasa dengan 6-8% dividen ASB, atau 10-15% daripada Unit Trust?

Tahu tak duit kita dalam ASB & Unit Trust tu juga dilaburkan dalam pasaran saham Bursa Malaysia? Tak percaya? Baca artikel ini; Dekat mana ASB melabur RM144 bilion duit kita?

Kepada yang tak pernah dengar tentang pasaran saham di Bursa Malaysia, boleh baca dulu 3 artikel ini:

1. 99% Orang Akan Tanya 8 Soalan ini Tentang Pelaburan Saham
2. Intro Kepada Pelaburan Saham di Bursa Malaysia
3. Untung Melabur Saham Kira Macam Mana?

Jom kita tengok beberapa harga saham yang telah naik 100% (untung 100%) dalam masa 6 bulan seperti di bawah:

No.Nama SahamHarga 4 Oktober 2016 (RM)Harga 3 April 2017 (RM)Kenaikan% Keuntungan
1MALTON BHD-W180.090.600.51566.7%
2BOON KOON GROUP BHD-WA0.0450.2350.19422.2%
3PUC FOUNDER (MSC) BERHAD0.0250.100.075300%
4VISDYNAMICS HOLDINGS BHD0.220.790.57259.1%
5DAGANG NEXCHANGE BERHAD-WD0.07 (Dilancarkan pada 13 Oktober 2016)0.2050.135198.9%
6JHM CONSOLIDATION BHD1.283.572.29178.9%
7CENSOF HOLDINGS BERHAD-WB0.090.195 (Harga pada 5 April 2017)0.105116.7%
8CUSCAPI BHD0.130.270.14107.7%
9HALEX HOLDINGS BERHAD0.400.8350.435108.8%
10ETI TECH CORPORATION BHD (TRIVE)0.0850.1750.09105.9%
11CENSOF HOLDINGS BERHAD-WA0.0550.110.055100%
12PLASTRADE TECHNOLOGY BHD (PTB)0.140.2750.13596.4%
13BIOALPHA HOLDINGS BERHAD-WA0.1050.1850.0876.2%

Ada banyak lagi, tapi cukuplah kami tunjuk banyak ini dulu.

Untung 566.7%? Bahasa Matematiknya Labur RM1,000 Kemudian Harga Saham Naik, Dapat Untung RM5,560

Jangan salah faham, ini bukan confirm kalau melabur terus dapat untung. Silap haribulan boleh rugi. Sebab itu adat pelaburan. Ini bukan skim cepat kaya pak man telo! Cuma nak beritahu itulah jumlah keuntungan yang diperoleh kepada mereka yang ambil keputusan beli saham MALTON BHD-W18 6 bulan lepas.

Situasi ini jarang berlaku, tapi tidak mustahil sebab buktinya dah ditunjukkan saham MALTON BHD-W18.

Boleh tengok sendiri di Bursa Malaysia atau BursaMarketplace kalau tak percaya. Paca carta Klik 1Y (setahun) dan tengok sendiri.

Siapa kata pelaburan saham ni tak boleh buat duit ketika ekonomi tak berapa bagus? Kita hanya perlu belajar saham “APA” nak beli? “BILA” nak beli dan “BILA” nak jual.

Ya betul, semuanya kena buat sendiri, untung sendiri, rugi juga sendiri. Nak peram saham tu setahun? 6 bulan? Sebulan? Seminggu? Sehari? Semuanya terserah kepada diri sendiri. Pandailah-pandailah uruskan pelaburan tersebut.

Pelaburan Saham Patuh Syariah Sebagai Sumber Pendapatan Tambahan Keluarga

Rasa tertekan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat? Selain daripada buat dua pekerjaan seperti yang disaran Menteri kita, apa kata anda mula terlibat dalam pelaburan saham hari ini? Tak rugi pun jika belajar ilmu ini.

Kita ada pilihan. Tak perlu lagi mengeluh tunggu setahun baru dapat dividen 6-8%. Kita ada peluang pelaburan sah yang lain dan boleh peroleh keuntungan lebih banyak dari itu, janji rajin mengambil tahu tentang dunia pelaburan saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Kalau nak tahu dekat Bursa malaysia ada lebih 900 syarikat yang disenaraikan dan dari jumlah itu, 672 syarikat adalah patuh syariah (sehingga tarikh ini).

Saham patuh syariah juga mampu memberi pulangan pelaburan yang bagus. Apa lagi alasan anda untuk tidak memilih saham patuh syariah?

Tak tahu mana nak mula? Nak belajar direct dari ikon Bursa? Jom kita hadir belajar di seminar berikut:

 

SEMINAR PELABURAN MEGA 2017

Seminar Pelaburan Mega bakal menyaksikan gandingan Puan Norriza Muhamad Yusof, Tuan Ahyat Ishak dan Mentor Saham tersohor Malaysia, Tuan Haji Mohd Asri Ahmad. Menariknya seminar ini turut mendapat kerjasama Pusat Pungutan Zakat MAIWP.

InshaAllah dengan memperolehi keuntungan dalam pelaburan saham, dapatlah anda bayar zakat lebih banyak bagi membantu pembangunan ummah. Saham dunia dapat, saham akhirat pun dapat.

Klik sahaja gambar di atas untuk mendaftar, jumpa anda di sana.

DAH BERIBU ORANG BELAJAR TENTANG PASARAN SAHAM BURSA MALAYSIA…

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.