Pilihan Pelaburan Anak Muda Yang Baru Bekerja Melalui ASB

ASB financing

Kebanyakan daripada kita terutama di kalangan orang Melayu ingin hidup senang dan inginkan kehidupan yang selesa dan mewah pada masa hadapan; tetapi tindakan kita selalunya bertentangan dengan kehendak kita.

Kebanyakan kita melihat situasi poket kita hari ini tanpa langsung merancang masa hadapan.

Nak Cepat Kaya Ke Nak Cepat Kayap?

 

Sebenarnya tidak ada jalan mudah untuk cepat kaya, dan biasanya orang kaya mengambil masa yang agak lama untuk mengumpul kekayaan; melainkan seseorang itu keturunan orang kaya-raya.

Sebab itulah kita perlu merancang untuk mendapat kekayaan dan mengecapi kesenangan masa hadapan. Tentunya merancang masa hadapan memerlukan masa yang panjang, dan perlu banyak kesabaran. Melalui artikel ini saya ingin berkongsi pengalaman dengan pembaca, khususnya di kalangan anak muda lepasan kolej atau universiti yang baru mula berkerjaya.

Jauhi Budaya Hedonisme

Sebagai anak muda yang baru mula membina kehidupan, elakkan daripada menganuti budaya hedonisme; hidup untuk berseronok semata-mata tanpa sebarang kesusahan terlebih dahulu. Sekiranya anda memang seorang yang mengamalkan budaya ini, maka tidak perlulah anda meneruskan pembacaan artikel ini. Buang masa saja.

Tetapi sekiranya syarat ini dapat anda patuhi, eloklah anda mengikuti catatan yang ingin saya kongsikan dengan anda berdasarkan pengalaman saya dalam pelaburan saham sehingga kini.

Nak Labur Saham Tak Reti, Mula Dengan ASB Dulu

Sebagai orang muda yang baru dapat kerja, gaji yang diterima mungkin tidak mampu memenuhi semua kehendak dan keperluan. Apatah lagi mahu menyediakan modal untuk melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Tetapi saya tetap kagum dengan golongan muda seperti ini. Sewaktu saya mula bekerja dulu, apa yang difikirkan hanyalah nak bekerja dan nak cari duit. Itu sahaja.

Jadi saya cadangkan eloklah anda mulakan melabur dalam saham amanah seperti  Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang risikonya rendah. Sebab apa risiko rendah? Sebab harga sahamnya tetap RM1.

Mengapa ASB? Banyak bank di Malaysia seperti Maybank, RHB, AM Bank, CIMB Bank menawarkan pinjaman untuk membeli saham ASB, manakala tiada bank pula yang membuat pembiayaan untuk membeli Unit Trust.

Bagaimana nak mula dengan pendapatan sebagai seorang fresh grad yang kita andaikan sebanyak RM1,800?

Pembiayaan ASB atau ASB Financing

Dalam usia lingkungan yang masih muda, anda mempunyai tempoh pembiayaan oleh bank selama antara 25 hingga 30 tahun.

Katakan anda mengambil  keputusan untuk membuat pinjaman pelaburan sebanyak RM100,000, ansuran bulanan antara lebih kurang RM550 sehingga RM620 (Sekadar anggaran berdasarkan tempoh dan bank peminjam). Ini bererti dalam tempoh setahun anda membayar sebanyak RM 6,000 atau RM7,440. Berasaskan dividen ASB tahun 2016 sebanyak 6.75% dan bonus 0.50 peratus,  keuntungan yang diperolehi berdasarkan pelaburan RM100,000, anda akan mendapat lebih kurang RM6,995.

Ini bermaksud pada tahun berikutnya anda tidak perlu menampung sepenuhnya ansuran bulanan kerana dividen dan bonus sebanyak RM6,995 boleh diguna untuk membayar ansuran pembiayaan ASB anda.

Tahun Pertama Sakit Sikit, Tahun Kedua Dah Rileks

Sebagai contoh katakan ansuran bulanan ASB anda berjumlah RM620 sebulan, dan setahun anda perlu membayar ansuran sebanyak RM7,440, dan dividen serta bonus yang diperolehi pada tahun kedua adalah sebanyak RM6,995. Ini bererti anda kekurangan sebanyak RM 445.00 (RM7,440 – RM6,995). RM 445.00 dibahagi 12 bulan, purata bulanan adalah sebanyak RM37 sebulan.

Maksudnya pada tahun kedua pelaburan, anda hanya menampung  kekurangan sebanyak RM37, (RM620 – RM37 = RM583) dan jumlah RM583 boleh dianggap sebagai pendapatan boleh guna yang boleh anda gunakan untuk memenuhi keperluan anda. Maksudnya pada tahun kedua anda melabur, ianya tidak lagi membebankan kewangan anda. Anda  akan rasa terbeban hanya pada tahun pertama anda membuat pembiayaan pelaburan.

Usia muda bukan lah masa untuk enjoy gila-gila, kita dapatkan sumber pendapatan + buat simpanan + rancang pelaburan, barulah menjadi anak muda yang bijak!

Previous ArticleNext Article

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

55 Juta Unit IOIPG REIT Dikhaskan Untuk Bumiputera

Selama ni kita datang IOI City Mall untuk shopping, makan, tengok wayang atau sekadar jalan-jalan cukupkan 10,000 langkah.

Kali ni ada berita baik.

IOI Properties Group Bhd (IOIPG) telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk menubuhkan dan menyenaraikan IOIPG REIT di Bursa Malaysia. REIT ini akan mempunyai portfolio aset bernilai kira-kira RM7.58 bilion.

Dan antara perkara paling menarik untuk pelabur runcit ialah sebanyak 715.6 juta unit diperuntukkan untuk tawaran runcit.

Daripada jumlah tersebut, 55 juta unit dikhaskan untuk pelabur Bumiputera yang diluluskan MITI.

Jadi, apa sebenarnya yang bakal kita dapat melalui REIT ini?

Apa yang ada dalam IOIPG REIT?

Portfolio IOIPG REIT bukan sekadar satu bangunan.

Antara aset yang akan dimasukkan ialah:

  • IOI City Mall Phase 1 & 2
  • IOI City Towers
  • PFCC Towers
  • Putrajaya Marriott
  • Le Méridien Putrajaya
  • Moxy Putrajaya
  • Four Points by Sheraton Puchong
  • W Kuala Lumpur
  • Courtyard by Marriott Penang

Dan sudah tentu, nama yang paling mudah dikenali ialah IOI City Mall.

Mall yang kita kenal sebagai tempat shopping dan makan itu sebenarnya merupakan salah satu aset utama dalam portfolio REIT ini.

Jadi macam mana kita boleh “jadi landlord”?

Konsep REIT sebenarnya agak mudah.

Bayangkan satu hartanah bernilai berbilion ringgit.

Tak ramai individu mampu membeli hartanah tersebut secara terus.

Jadi, aset itu dimasukkan ke dalam satu struktur REIT dan dibahagikan kepada unit.

Pelabur pula membeli unit tersebut.

Secara tidak langsung, pelabur memiliki kepentingan dalam portfolio hartanah berkenaan.

Sebab itu orang selalu gambarkan REIT sebagai cara untuk memiliki sebahagian daripada hartanah yang besar tanpa perlu membeli keseluruhan bangunan.

Dalam kes IOIPG REIT, saiz awalnya ialah 5.5 bilion unit, dengan harga jangkaan 90 sen seunit.

Pelabur runcit dapat 715.6 juta unit

Ini antara bahagian yang paling menarik.

Daripada keseluruhan struktur tawaran, 715.6 juta unit akan diperuntukkan melalui tawaran runcit.

Dan 55 juta unit daripada tawaran tersebut dikhaskan untuk pelabur Bumiputera.

Kenapa ada allocation khas untuk Bumiputera?

Peraturan SC menetapkan penyenaraian tertentu, termasuk REIT, perlu memenuhi keperluan penyertaan ekuiti Bumiputera. Bagi penyenaraian yang tertakluk kepada syarat tersebut, 12.5% daripada jumlah unit selepas penyenaraian perlu diperuntukkan kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan/diiktiraf.

Pada masa yang sama, sehingga 1.48 bilion unit pula akan ditawarkan kepada pelabur institusi, termasuk institusi Bumiputera yang diluluskan dan pelabur institusi lain.

Bukan sekadar tengok harga 90 sen

Harga indikatif yang disebut ialah 90 sen seunit.

Tapi pelabur jangan berhenti setakat:

“90 sen je? Murah ni.”

Dalam REIT, perkara yang lebih penting ialah aset yang berada di belakang unit tersebut dan kemampuan aset itu menjana pendapatan.

Contohnya:

Berapa banyak hasil sewaan?
Bagaimana kadar penghunian?
Berapa tinggi hutang?

Dan akhirnya, berapa banyak pendapatan yang boleh diagihkan kepada pemegang unit?

Sebab kita bukan sekadar membeli “nama IOI”.

Kita membeli unit dalam satu portfolio aset yang sepatutnya menghasilkan pendapatan.

Kenapa IOI Properties buat REIT?

Bagi IOI Properties, penyenaraian REIT ini juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk membuka nilai daripada aset matang yang dimiliki kumpulan.

Cadangan asal yang diumumkan pada April 2026 menyaksikan aset bernilai RM7.58 bilion dipindahkan ke REIT, dengan struktur transaksi melibatkan penerbitan 5.5 bilion unit pada harga indikatif 90 sen serta RM2.65 bilion dalam bentuk tunai melalui pembiayaan.

Struktur sebegini membolehkan IOI Properties mendapatkan semula modal daripada aset sedia ada dan pada masa sama mengekalkan pendedahan kepada portfolio hartanah melalui REIT.

Bila IOIPG REIT akan disenaraikan?

IOIPG REIT disasarkan untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada suku keempat 2026, tertakluk kepada syarat dan proses yang ditetapkan.

Jadi buat masa ini, perkara yang paling menarik untuk ditunggu ialah prospektus rasmi dan butiran akhir tawaran.

Satu perkara yang masih belum boleh dipastikan buat masa ini ialah status Syariah IOIPG REIT. Ini kerana i-REIT mempunyai keperluan Syariah tersendiri, termasuk berkaitan sumber pendapatan sewaan dan aktiviti penyewa. Bursa Malaysia sendiri membezakan REIT konvensional dengan i-REIT, iaitu REIT yang mematuhi prinsip Syariah.

Sebab dekat situlah pelabur boleh tengok dengan lebih jelas tentang harga tawaran akhir, struktur agihan, hasil sewaan, kewangan REIT dan potensi agihan pendapatan.

Kesimpulan

Penyenaraian IOIPG REIT di Bursa Malaysia menandakan satu lagi perkembangan menarik dalam pasaran modal tempatan. Bagi orang ramai, ia membuka ruang untuk menukar peranan daripada sekadar penyumbang pendapatan perniagaan di mall tersebut, kepada penerima sebahagian daripada hasil sewaannya menerusi agihan dividen kelak.

Laporan asal The Star mengenai kelulusan IOIPG REIT

Maklumat rasmi IOI Properties mengenai cadangan IOIPG REIT

Syarat Asas: Wajib Ada Akaun CDS

Bagi yang baru pertama kali mendengar tentang peluang pelaburan seperti ini, penting untuk diingat bahawa pembelian unit REIT di Bursa Malaysia tidak boleh dibuat secara terus di kaunter pusat beli-belah.

  • Anda perlu memohon unit IPO tersebut menerusi e-IPO di dalam perbankan dalam talian seperti: Maybank2u atau aplikasi broker seperti CGSI.
  • Di sini syaratnya anda wajib ada Akaun CDS yang terikat dengan akaun bank anda supaya unit yang anda mohon itu ada “bekas” untuk disimpan.

Proses pembukaan akaun CDS kini boleh dilakukan secara dalam talian (online) dengan caj minima dan ia merupakan langkah pertama yang perlu disiapkan awal sekiranya anda berhasrat untuk terlibat dalam pasaran saham tempatan.

Berminat nak buka akaun saham CDS dengan CGSI (sebelum ini dikenali sebagai CGS-CIMB)? Sekarang dah mudah, boleh buka secara atas talian (online) sahaja. Kelulusan pun segera jika tiada apa-apa isu.

Rujuk tutorial mudah ini > Tutorial Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Saham Bursa Malaysia & Global

Masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.