Jom Berkenalan Dengan Bursa Suq Al-Sila’ (BSAS)

Kita biasa dengar pasal Bursa Malaysia je kan? Bagaimana pula dengan Bursa Suq Al-Sila’ (BSAS)? Mesti pertama kali dengar kan?

Jom kita sama-sama tambah ilmu baru dan kenali Bursa Suq Al-Sila’ ni dengan lebih rapat.

Platform Pasaran Komoditi

Bursa Suq Al-Sila’ (BSAS) adalah himpunan daripada perkataan bahasa arab iaitu Bursah yang bermaksud platform, Suq yang bermaksud pasaran dan Al-Sila’ yang bermaksud komoditi.

Secara umumnya BSAS berperanan sebagai platform yang menjalankan urus niaga perdagangan komoditi terutamanya dalam transaksi perbankan yang melibatkan kontrak Tawarruq atau Commodity Murabahah.

BSAS telah dilancarkan secara rasmi pada 17 Ogos 2009 oleh sekumpulan pakar industri kewangan Islam bagi pihak Bursa Malaysia, dengan kerjasama Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. BSAS mencatatkan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul sebanyak 112.2% sejak penubuhannya.

BSAS diinspirasikan oleh platform London Metal Exchange yang ditubuhkan sebagai pemudah cara transaksi dalam perbankan Islam, dengan menyediakan kemudahan pengurusan kecairan kewangan dan penstrukturan produk perbankan Islam seperti deposit tetap, pembiayaan, pelaburan, Sukuk dan sebagainya.

BSAS dilaksanakan menerusi aplikasi atas talian bagi urus niaga perdagangan komoditi terutamanya minyak sawit mentah (crude palm oil).

Fungi utama BSAS adalah membantu melancarkan urus niaga kewangan yang dijalankan berdasarkan kontrak Tawarruq atau Commodity Murabahah dengan cara menyediakan lebih daripada 20 jenis aset pendasar (underlying asset) atau komoditi bagi transaksi ini.

Di antara aset pendasar yang disediakan adalah minyak sawit mentah, polyethelyne (plastic resin), biji kopi, getah, tembaga, zink, dan sebagainya. 

Kesemua komoditi tersebut wujud dan boleh dikenal pasti, boleh dimiliki sebelum dijual, kualiti boleh ditentukan, piawaian dan nilai dan boleh dihantar dan diserahkan kepada pembeli.

Secara ringkasnya, mekanisme Tawarruq atau Commodity Murabahah yang melibatkan BSAS adalah seperti berikut: 

  1. Pelanggan bernama Ahmad pergi ke Bank bagi memohon pembiayaan peribadi sebanyak RM10,000.
  2. Bank dengan menggunakan platform BSAS, membeli komoditi bernilai RM10,000.00 daripada pembekal komoditi.
  3. Seterusnya Bank menjual komoditi tersebut kepada Ahmad dengan harga RM13,00.00 (principal+kadar keuntungan) dan bayaran akan dibuat secara bertangguh (instalment).
  4. Ahmad mempunyai hak dan pilihan untuk mengambil komoditi tersebut sekiranya berhasrat untuk menyimpan komoditi. Sekiranya Ahmad ingin mendapatkan tunai,  beliau akan terus menjual komoditi kepada pembekal komoditi melalui platform BSAS dengan melantik Bank sebagai wakilnya akan membantu beliau menjual komoditi tadi.
  5. Bank yang bertindak sebagai wakil Ahmad akan menjual komoditi kepada pembekal komoditi melalui BSAS pada harga RM100,000.00 secara tunai dan tunai tersebut akan dikreditkan ke akaun Ahmad.

Begitulah secara ringkas tentang mekanisme pembiayaan berasaskan Tawarruq atau Commodity Murabahah dengan menggunakan BSAS. Mekanisme ini adalah apa yang berlaku di belakang kaunter ketika kita ke Bank dan meminta pembiayaan sama ada ia pembiayaan peribadi, pembiayaan kereta, pembiayaan bisnes, dan pembiayaan rumah.

Setiap transaksi penjualan dan pembelian komoditi di BSAS dikawalselia dengan ketat dan dibuktikan dengan sijil pemilikan yang khusus untuk setiap transaksi. Sijil pemilikan ini membuktikan pemilikan setiap individu atau institusi ke atas komoditi yang dijual dan dibeli.

Selain daripada itu, BSAS juga mempunyai garis panduan pelbagai yang harus dipatuhi oleh setiap pihak yang terlibat dengan platform ini.

Senarai garis panduan itu boleh dilihat di sini: https://www.bursamalaysia.com/bm/regulation/islamic_market/rules_of_bursa_suq_al_sila

BSAS telah menerima banyak anugerah daripada dalam dan luar negara. Antaranya anugerah “Most Outstanding Islamic Finance” di Kuala Lumpur International Islamic Finance Forum (KLIFF) kali ke-7, Anugerah Inovasi Islam bagi kategori “Muamalat Financial Management System Innovative Product” oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, dan Anugerah “Market Innovation” daripada majalah The Asset Triple A.

Pengiktirafan ini menunjukkan komitmen tinggi pakar-pakar kewangan Islam dalam memartabatkan industri kewangan Islam di Malaysia, seterusnya menjadikan Malaysia hub-utama industry kewangan Islam di dunia.

Ditulis oleh Arham Merican, pegawai Shariah di salah sebuah bank Islam antarabangsa dan sedang melanjutkan pengajian peringkat Sarjana dalam bidang Pengajian Pembangunan. Meminati bidang ekonomi dan Shariah dengan fokus pada pemberdayaan modal insan.

Previous ArticleNext Article

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerajaan MADANI Sasar Senaraikan 10 Syarikat Bumiputera Di Bursa Malaysia Pada 2026, 2027

PUTRAJAYA: Sebanyak 10 syarikat Bumiputera disasar untuk disenaraikan di Bursa Malaysia pada 2026 dan 2027, dengan empat daripadanya berada dalam perancangan bagi disenaraikan tahun ini.

Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil, berkata penyenaraian itu susulan hasil Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, sasaran itu jauh melebihi pencapaian lima tahun sebelumnya.

“Bagi menyokong sasaran berkenaan, program ’10 Juara Bumiputera’ hasil kerjasama syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) telah diperkenalkan untuk membimbing syarikat berpotensi tinggi serta melahirkan 10 syarikat Bumiputera bernilai RM500 juta setiap satu menjelang 2028,” katanya pada sidang media mingguan di sini, hari ini.

Fahmi berkata ekosistem PETRONAS, GLIC dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) merupakan salah satu penyumbang penting kepada agenda pembangunan bumiputera negara.

Beliau berkata, ekosistem berkenaan telah menyumbang RM50 bilion setahun, termasuk RM49.2 bilion pada tahun lalu, merangkumi pelaburan langsung, perolehan vendor, pembangunan bakat dan komuniti.

“Pada masa yang sama, garis panduan baharu pembangunan vendor Bumiputera turut diperkenalkan bagi memperkukuh saluran pembangunan vendor serta meningkatkan kapasiti mereka secara lebih tersusun dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata, Jemaah Menteri juga sedang meneliti cadangan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) agar tempoh bayaran GLC dan GLIC kepada vendor tempatan dipendekkan bagi memastikan aliran kewangan atau ‘cash flow’ syarikat dan vendor tempatan dapat diuruskan dengan lebih baik.

Sementara itu, Fahmi berkata Jemaah Menteri turut dimaklumkan mengenai prestasi operasi pelabuhan persekutuan bagi suku pertama tahun ini yang mencatat 8.002 juta unit setara 20 kaki (TEU), menunjukkan peningkatan 8.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Ini dipacu oleh peranan negara sebagai penghubung utama bagi barangan dunia melalui aktiviti pemunggahan pindahan ke kapal atau transshipment yang mencatat pertumbuhan 9.96 peratus berbanding suku pertama 2025,” katanya.

Beliau berkata, kargo konvensional turut menunjukkan peningkatan sebanyak 2.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, terutama bagi kargo am yang meningkat 8.93 peratus dan kendalian pukal kering yang bertambah sebanyak 3.55 peratus.

“Prestasi ini amat membanggakan walaupun ketika negara berdepan dengan krisis geopolitik di Asia Barat yang bermula sekitar suku pertama tahun ini,” katanya.

— Berita Harian