Perkhidmatan Perancang Kewangan (Financial Planner) Dan 6 Sebab Kita Perlukan Mereka

Anda bercadang nak beli rumah tapi masih ragu-ragu perancangan yang betul? Atau ingin melabur dalam saham tapi risau duit melebur? Atau duit mengalir macam air setiap bulan?

Kalau ada masalah sebegini, jom kita berkenalan dengan perancang/penasihat kewangan dan khidmat yang mereka tawarkan.

Bila kita berjumpa dengan perancang kewangan, topik umum yang akan dibincangkan adalah berkenaan tabiat perbelanjaan harian/bulanan/tahunan, pengurusan hutang, krisis kewangan yang sedang dihadapi, dan matlamat kewangan untuk tempoh tertentu.

Mereka perlu lihat dan tahu baki dalam akaun bank, aset/liabiliti semasa dan bukan semasa, dan polisi insurans/takaful sedia ada, agar mereka dapat mengoptimumkan duit melalui sistem yang betul. Bila semua dah OK, barulah kita boleh teruskan niat untuk beli rumah atau kereta, tambah pelaburan atau setelkan hutang dulu, dan apa-apa sahaja keperluan yang lain.

Baca: Cara Nak Semak Penasihat Kewangan Berdaftar Atau Tidak

Baca: 8 Langkah Mengurus Kewangan Dengan Bijak dan Sistematik

6 Sebab Mengapa Khidmat Perancang Kewangan Diperlukan?

1. Menyediakan bajet yang selaras dengan perbelanjaan

Ramai orang mengeluh dan stres sebab tak sampai hujung bulan dah sesak. Bajet bulanan dah buat tapi tetap sangkut sebelum hujung bulan.

Jika kita dapati gaji atau sumber pendapatan kita disalahgunakan ke tempat yang tak sepatutnya, maka perancang kewangan boleh membantu kita sediakan bajet yang bersesuai selepas meneliti segala perbelanjaan anda.

Syaratnya, segala butiran perbelanjaan bulanan perlu dikongsikan secara jujur kepada mereka. Contohnya bayaran bulanan untuk tempat tinggal (seperti rumah sewa dan rumah sendiri), makanan dan minuman, nafkah isteri dan anak-anak (sekiranya sudah berkahwin), dan pengangkutan (sama ada persendirian atau awam).

Semakin banyak kita kongsikan pecahan perbelanjaan bulanan kepada mereka, semakin mudah untuk mereka menyediakan bajet yang tepat untuk kita amalkan.

2. Membantu anda untuk ‘mengelak’ daripada membayar cukai secara sah

Segelintir individu atau syarikat seboleh-bolehnya mahu mengelak daripada membayar cukai. Perancang kewangan diperlukan supaya dapat berkongsi cara-cara yang betul dalam mengurangkan jumlah cukai yang perlu dibayar (sekiranya ada) berdasarkan jumlah perbelanjaan yang dibuat oleh anda pada tahun yang lepas.

Tidak kira samada kita seorang usahawan, ibu/ayah tunggal, freelancer, pasangan yang baru berkahwin, atau seorang yang menghadapi situasi rumit menyelesaikan bayaran cukai, kita sebenarnya boleh mengurangkan jumlah cukai malah layak dapat pelepasan cukai.

[PERINGATAN] Dah ada ke belum fail cukai tu? Cepat-cepat daftar ya.

3. Menguruskan pelaburan anda

Jika kita sudah mempunyai duit lebihan setiap bulan [WAJIB], mempunyai insurans/takaful secukupnya [WAJIB], dan mempunyai duit simpanan sekurang-kurangnya 3 bulan gaji dalam instrumen [WAJIB] seperti Tabung Haji dan ASB, maka pelaburan boleh dibuat ke dalam instrumen yang lebih berisiko seperti REIT (Real Estate Investment Trust), Unit Trust dan juga saham.

Perancang kewangan boleh menjelaskan kepada kita kelebihan dan kekurangan melabur dalam instrumen tertentu.

Di samping menyediakan nasihat perancangan kewangan, semestinya yuran seperti aset di bawah pengurusan (AUM) dikenakan oleh mereka.

Yuran sebanyak 1% atau 2% daripada portfolio construction kita dianggap jumlah yang kecil, jika dibandingkan dengan khidmat mereka yang monitor serta mengambil berat tentang risiko pelaburan kita.

4. Menetapkan jumlah simpanan minimum untuk mencapai matlamat kewangan

Rancangan jangka panjang seperti perbelanjaan anak-anak di universiti atau kolej untuk 10 tahun akan datang atau bersara sebelum umur 60 tahun, boleh dikongsikan kepada perancang kewangan untuk memudahkan mereka menetapkan jumlah simpanan minimum yang perlu anda ada.

Dari situ, mereka dapat membuat projection berapa yang perlu disimpan setiap bulan dan instrumen pelaburan yang bersesuaian bagi mencapai matlamat kewangan tersebut.

5. Menilai semula polisi insurans dan takaful

Adakah anda pasti coverage insurans atau takaful yang diambil adalah mencukupi (tidak terlebih atau terkurang perlindungan) dan selaras dengan matlamat kewangan akan datang? Sila semak semula bayaran premium bulanan anda.

Walaupun kita fikir yang kita sudah dapat perlindungan yang menyeluruh, mereka akan menilai semula polisi insurans dan takaful dalam konteks kewangan yang lebih besar, contohnya kadar bayaran premium bulanan insurans dan takaful tersebut tidak membebankan.

6. Membentuk sikap bertanggungjawab dalam diri kita

Mereka adalah financial partner kita. Seorang perancang kewangan yang baik tidak hanya semata-mata ‘mengopi’ dan serahkan semuanya kepada kita tanpa penjelasan yang menyeluruh.

Sudah semestinya kita berharap segala rancangan yang dipersetujui berjalan lancar. Bila kita dah tahu apa kekurangan daripada segi kewangan dalam diri kita, maka kita serahkan kepada yang pakar untuk membantu kita.

Sumber Rujukan:

Ditulis oleh Wan Mohamad Farhan bin Ab Rahman. Beliau boleh dihubungi melalui emel [email protected]

Dapatkan Khidmat Nasihat Berkaitan Kewangan Daripada Perancang Kewangan Yang Berlesen

Anda sedang berdepan dengan masalah kewangan dan tak tahu nak tanya siapa? Ada masalah nak menyimpan dan tak tahu nak melabur kat mana?

Zaman sekarang ni, ramai yang claim mereka pakar, tapi berapa ramai yang merupakan Perancang Kewangan atau Financial Planner yang berlesen? Kalau nak tahu di Malaysia, bilangan mereka ini tak sampai pun seribu orang, memang rare sangat.

Memperkenalkan My Personal Finances (MyPF Premier)

Kini anda selangkah saja lagi untuk mendapatkan manfaat bagi mengembangkan kewangan peribadi bagi menuju kebebasan kewangan yang dicari-cari.

Mereka menghubungkan anda kepada Perancang Kewangan yang berdaftar dan boleh membantu daripada segi:

  • Penasihat yang membimbing dalam menetapkan sasaran kewangan, mengulas dan berkongsi ilmu
  • Khidmat nasihat yang kerap dengan berkongsi pengalaman, kepakaran, dan menjawab segala kemusykilan berkaitan kewangan
  • Pembelajaran secara hands-on dalam pelaburan, termasuklah saham, hartanah dan lain-lain

Bila dah kenalpasti masalah yang dihadapi, punca masalah tersebut dan cadangan daripada mereka yang pakar untuk mengatasinya; barulah rasa lega sikit kan? Seolah-olah dah nampak cahaya di hujung terowong.

Jom kita jadi ahli MyPF Premier hari ini juga.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

AKPK Beri Manfaat Kepada 1.4 Juta Individu Sehingga Disember 2024 – Kementerian Kewangan


KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) — Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui Program Pengurusan Kredit (PPK) sehingga Disember 2024.

Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan daripada jumlah peserta PPK, hampir 60,000 atau 12 peratus peminjam telah berjaya menyelesaikan pinjaman mereka dan menamatkan penyertaan dalam PPK.

Dalam pada itu, lebih 26,000 atau lima peratus peminjam telah menamatkan penyertaan dalam program ini memandangkan mereka telah berkemampuan untuk menyelesaikan hutang mereka tanpa bantuan AKPK dan hampir 253,000 peminjam atau 51 peratus masih aktif mengikuti program berkenaan.

“Kerajaan sentiasa komited dalam memperkasakan literasi kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia termasuk golongan berpendapatan rendah, memandangkan ia merupakan kemahiran hidup yang penting bagi membina ketahanan kewangan untuk menjamin kesejahteraan kewangan pada masa hadapan.

“Usaha ini diterajui Jaringan Pendidikan Kewangan atau lebih dikenali sebagai Financial Education Network (FEN) untuk meningkatkan kesedaran rakyat terhadap kepentingan pengurusan kewangan berhemat dan mengelakkan terjebak ke dalam perangkap hutang,” kata MOF menerusi jawapan bertulis di laman portal Dewan Negara hari ini.

Kementerian Kewangan berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Dr Azhar Ahmad yang ingin mengetahui mengenai perancangan kerajaan membantu golongan berpendapatan rendah dalam isu hutang.

Mengulas lanjut, MOF berkata sebanyak 332 program literasi kewangan telah dianjurkan oleh ahli dan rakan usaha sama FEN dengan penglibatan sebanyak 37 juta penyertaan fizikal dan atas talian, berjumlah 289 program (87 peratus) melibatkan golongan berpendapatan rendah pada tahun lepas.

“Selain itu, sebanyak lapan sesi program pendidikan kewangan untuk usahawan mikro turut dilaksanakan sepanjang Bulan Literasi Kewangan, melibatkan 357 usahawan mikro dengan peningkatan pengetahuan sebanyak 14 peratus.

“Program ini merupakan salah satu usaha untuk memperkukuhkan pendidikan kewangan untuk golongan berpendapatan rendah, dalam usaha menggalakkan perbelanjaan bertanggungjawab dan keutamaan menyimpan,” kata MOF.

— BERNAMA