Geely Bersetuju ‘Beli’ Proton. Adakah Kita Bakal Menyaksikan Geely Saga?

Proton adalah 100% hak milik DRB-Hicom. Itu dulu.

Berita yang baru tersiar menyatakan Zhejiang Geely Holding Group, yang mengawal Geely Automobile di Hong Kong dan Volvo Car Group di Sweden, akan memperoleh 49% saham Proton, menewaskan saingan dari PSA Group. Dengan pengambil alihan 49% dari DRB-HICOM, ini bermakna Proton masih lagi dipegang oleh Malaysia (DRB-HICOM – 51%).

“Proton akan sentiasa kekal sebagai kereta nasional dan kebanggaan negara kerana Proton masih memegang majoriti 50.1 peratus,” kata  Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani pada sidang akhbar mengumumkan perjanjian itu.

Proton, yang diasaskan pada tahun 1983 oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad, menerima bantuan kerajaan sebanyak RM1.5 bilion ringgit (US $ 338.200.000) tahun lepas dengan syarat ia meneruskan pelan pemulihan dan mendapatkan rakan kongsi asing terkemuka yang akan membantu dalam R&D seterusnya menjadi syarikat yang berdaya maju serta berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Diharap pelaburan Geely ini akan membantu mengembalikan kegemilangan Proton. Proton akan mendapat akses kepada pelbagai platform dan enjin di bawah jenama Geely selain berpeluang menembusi pasaran sedia ada di China.

Menurut laporan Carlist.my, Volvo di bawah Geely telah menjadi syarikat terbesar yang menggaji jurutera sejak kebelakangan ini, menyumbang kepada pembangunan model Volvo XC90, S90 dan V90. Geely ambil alih Volvo daripada Ford pada tahun 2010. Ketika itu Volvo juga dalam fasa kerugian. Tetapi pada tahun 2016, Volvo telah mencatatkan rekod jualan baru. Rujuk sini.

London Taxi Cab yang terkenal dengan warna hitamnya juga merupakan milik penuh Zhejiang Geely Holding Group.

Dagangan saham DRB-HICOM di pasaran saham Bursa Malaysia digantung sementara hari ini. Sehingga semalam harga saham DRB-HICOM ditutup pada RM1.68. Adakah harga saham DRB-Hicom akan meningkat dengan berita ini? Boleh baca Laporan Tahunan (annual report) DRB-HICOM untuk tahun 2016 di sini.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Jenama Continental: General Tire Secara Rasminya Dilancarkan di Malaysia

Kuala Lumpur, 1 Oktober 2025 – Continental Tyre Malaysia dengan bangganya mengumumkan pelancaran rasmi jenama General Tire di pasaran Malaysia. Dikenali dengan ketahanan dan prestasi yang boleh dipercayai, General Tire direka untuk memenuhi keperluan pemandu Asia merentasi kereta penumpang, SUV, MPV dan 4×4 pickups.

General Tire mempunyai warisan lebih 100 tahun dan menjadi sebahagian daripada Continental sejak tahun 1987 sebagai sub-jenama. General Tire menggabungkan legasi ketahanan serta kebolehpercayaan dengan teknologi Jerman terkini daripada Continental untuk menghasilkan tayar yang direka untuk prestasi tahan lama.

Fasa pertama rangkaian produk General Tire, khusus untuk pemandu Malaysia termasuklah:

Rangkaian ProdukCiri-ciriSaiz Tire
Altimax GC5Bunyi rendah, pemanduan selesa, dan penggunaan bahan api yang efisien14” –  15”
Altimax GS6Pemanduan senyap, cengkaman kukuh, jarak brek lebih pendek, dan jangka hayat tayar lebih lama15” – 19”
Grabber AT6Pemanduan di luar jalan raya yang mantap, dan bunyi rendah16” – 18”
Grabber HT6Keteguhan cengkaman brek di jalan basah, selesa, dan jangka hayat lebih lama 16” – 20”

Kesemua model ini merangkumi saiz tayar dari 14” hingga 20”, memenuhi keperluan pelbagai jenis kenderaan, daripada kereta penumpang sehinggalah SUV dan 4×4 pickups. General Tire mensasar untuk menghasilkan tayar yang boleh dipercayai oleh para pemandu, dengan prestasi yang cemerlang dan tahan lasak, sambil memastikan nilai yang berbaloi untuk pelanggan.

“Pelancaran General Tire di Malaysia menandakan langkah penting dalam menawarkan gabungan ketahanan, prestasi dan gaya dengan nilai harian yang tepat kepada pelanggan. Kami amat teruja untuk mengetengahkan jenama ini, yang disokong oleh kepakaran Jerman daripada Continental, kepada para pemandu yang mengutamakan prestasi dan keselamatan dalam setiap perjalanan,” kata Andrea Somorova, Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia.

General Tire bukan sekadar tayar. Ia mengubah setiap pemanduan menjadi satu pengalaman baharu. Jenama ini menyasarkan pemandu yang menikmati kebebasan untuk meneroka, mencari pengembaraan tanpa batasan, dan bergantung kepada tayar yang boleh dipercayai.

Dengan rangkaian produk yang luas kini tersedia di Malaysia, General Tire berazam untuk mengembangkan kehadirannya ke seluruh negara, disokong oleh pemasaran yang menyeluruh dan bersepadu melalui platform digital serta rangkaian pengedar Continental.

Tayar-tayar ini boleh didapati melalui pengedar sah Continental di seluruh negara, serta melalui Kedai Rasmi Continental di Shopee, TNG eWallet, dan Lazada. Untuk maklumat lanjut mengenai General Tire dan ketersediaan produk, layari laman web kami https://www.generaltire-tyres.com/my/en/, dan ikuti kami di Facebook.