Apa Itu Margin Call Dan Forced Selling?

Mungkin kita tidak pernah atau pun jarang mendengar terma Margin Call dan Forced Selling ini kerana ia tidak melibatkan pelabur yang menggunakan akaun cash atau tunai. Ini bermakna kita boleh beli saham setakat mana modal yang ada dalam trading account kita. Kalau kita ada modal sebanyak RM5 ribu, makan kita hanya boleh beli saham sehingga RM5 ribu.

Manakala Margin Call Dan Forced Selling hanya terpakai bagi mereka yang mempunyai margin account. Pengguna dikehendaki mengekalkan sejumlah ekuiti sebagai cagaran bagi saham yang dimiliki.

Sekiranya harga saham yang dimiliki jatuh sehingga satu paras yang ditetapkan, pelabur dikehendaki untuk menambah jumlah ekuiti bagi mengekalkan pegangan saham tersebut.

Jika pelabur gagal membuat penambahan ekuiti, syarikat broker berhak untuk membuat jualan paksa atau pun dikenali sebagai forced selling untuk mengelakkan kerugian di pihak broker.

Risiko Besar

Pada awal bulan Mac 2020 yang lalu, Malaysia menyaksikan kejatuhan indeks Bursa Malaysia akibat penularan wabak Covid-19 di negara kita. Situasi ini telah memberi kesan kepada pelabur yang menggunakan margin account apabila harga saham jatuh secara mendadak.

Syarikat broker mula membuat margin call dan kegagalan pelabur menambah ekuiti sebagai cagaran telah menyebabkan syarikat broker membuat forced selling. Aktiviti forced selling ini telah meningkatkan tekanan jualan di pasaran dan akhirnya mengakibatkan indeks pasaran jatuh dengan lebih teruk lagi, ibarat mencurah minyak kedalam api.

Pada tarikh 26 Mac 2020, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah membuat pengumuman di mana mereka telah meluluskan inisiatif dari Bursa Malaysia untuk melonggarkan syarat margin call dan juga menambah jenis aset yang boleh diterima sebagai cagaran. Dua inisiatif dari Bursa Malaysia ini telah membantu pelabur dan menstabilkan pasaran saham.

Margin call sebelum ini ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sekiranya ekuiti pelabur jatuh di bawah paras 130% daripada outstanding balance telah dilonggarkan sehingga 30 September 2020. Perkara ini dilaksanakan bagi mengelakkan pertambahan aktiviti forced selling yang hanya akan mengakibatkan kejatuhan indeks dengan lebih teruk.

Inisiatif ini merupakan inisiatif kedua oleh Bursa Malaysia yang dilihat telah membantu menangani kejatuhan indeks yang mendadak. Inisiatif pertama adalah berikutan penggantungan Intraday Short Selling.

Kelonggaran yang diberikan oleh Bursa Malaysia ini dilihat telah berjaya mengurangkan tekanan jualan dalam pasaran dan indeks Bursa Malaysia dilihat kembali tenang dan mula menunjukkan peningkatan sehinggalah ke hari ini.

Penggunaan margin account membuatkan kita berpotensi untuk untung besar, tetapi juga berisiko untuk rugi besar sekiranya tiada ilmu

Apa Status Patuh Syariah Margin?

Itulah, was-was juga tentang perkara ini. Sebarang margin tanpa seliaan syariah akan menjerumuskan kita ke kancah riba.

Namun kita ada produk daripada RHB Investment Bank yang bernama SMF-i yang patuh Syariah. Ianya merupakan kemudahan kredit patuh syariah yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Syariah, RHB Islamic Bank.

SMF-i ini menggunakan struktur Komoditi Murabahah melalui akad Tawarruq. Nak tahu lebih lanjut, jemput baca Kini Ada Leveraj Patuh Syariah Untuk Tingkatkan Potensi Pelaburan, Dengan Islamic Share Margin Financing (SMF-i).

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.