Foxconn, Pengeluar Barangan Elektronik Kedua Terbesar Dunia Yang Kurang Dikenali

Outsourcing atau contract manufacturer merupakan kaedah yang digunakan oleh hampir kesemua syarikat gergasi yang terkenal. Perusahaan yang menggunakan teknik ini termasuklah farmaseutikal, pakaian dan juga elektronik.

Di antara industri yang paling popular menggunakan outsourcing buat masa sekarang adalah indusrti elektronik. Dan negara yang paling popular untuk menjalankan outsourcing ini adalah China disebabkan faktor kos yang sangat rendah.

Artikel kali ini akan membincangkan tentang sebuah syarikat outsourcing yang terkenal tetapi jarang diketahui umum. Syarikat tersebut adalah Foxconn yang merupakan pengeluar kedua terbesar di dunia.

Kalau nak tahu, syarikat ini merupakan syarikat yang bertanggungjawab menghasilkan telefon pintar terkenal keluaran Apple iaitu iPhone.

Selain barangan Apple, Foxconn juga bertanggungjawab menghasilkan pelbagai lagi barangan elektronik untuk syarikat terkenal dunia seperti Nokia, Sony, Dell, Microsoft dan Nintendo.

Syarikat ini sebenarnya diberi nama Hon Hai Precision Industry Co., Ltd. dan telah diasaskan oleh Terry Gou yang merupakan rakyat Taiwan pada tahun 1974.

Foxconn yang merupakan nama glamer syarikat, mula berkembang pada penghujung 1980-an dengan pembukaan kilang pertama mereka di wilayah Shenzhen. Pada hari ini, tempat ini cukup terkenal dalam menghasilkan hardware untuk barangan elektronik dunia.

Pada era 1990-an, syarikat ini mula berkembang di Taiwan dan China. Kemuncak kejayaan mereka bermula pada awal tahun 2000.

Pada masa itu, Foxconn telah berjaya memenangi kontrak untuk menghasilkan motherboard untuk syarkat gergasi microprocessor dunia iaitu Intel. Mereka telah menewaskan Syarikat Asus bagi mendapatkan kontrak tersebut.

Sejak daripada itu, Foxconn mula dikenali di negara barat dalam menghasilkan paralatan elektronik dengan kos yang murah tetapi mempunyai kualiti yang sangat tinggi. Oleh yang demikian, banyak syarikat gergasi di Amerika Syarikat mula menggunakan khidmat Foxconn dalam penghasilan produk elektronik mereka untuk menjmatkan kos operasi di samping mendapatkan barangan yang berkualiti.

Apple merupakan pelanggan utama Foxconn dan hampir semua barangan Apple ini dihasilkan di China. Syarikat ini juga telah membina kilang yang khusus untuk menghasilkan barangan Apple sahaja.

Mereka telah membeli Sharp pada tahun 2016 bagi mengukuhkan lagi kedudukannya di dalam industri elektronik. Ini telah menjadikan Foxconn sebagai syarikat ketiga terbesar didunia elektronik daripada segi revenue selepas Apple dan Samsung pada tahun lepas.

Namun, syarikat ini tidak terlepas daripada kontroversi.

Di antara kontroversi yang paling teruk adalah layanan terhadap pekerja mereka yang sangat teruk sehingga pekerja mereka sanggup membunuh diri di tempat kerja kerana tidak tahan dengan situasi yang berlaku di dalam kilang.

Seramai 17 orang pekerja telah membunuh diri akibat mengalami tekakan perasaan di tempat kerja. Selain itu juga, Foxconn dikatakan menindas pekerja mereka dengan memberi bayaran yang tidak setimpal dengan kerja yang mereka lakukan .Selain itu juga, syarikat dituduh tidak membayar gaji overtime pekerja mereka.

Foxxon yang mengambil serius terhadap dakwaan yang dikemukakan oleh media arus perdana itu cuba membaiki kelemahan dengan memperkenalkan robot yang dikenali sebagai Foxbot untuk menggantikan tempat manusia di dalam kilang mereka.

Kini mereka telah mempunyai kilang hampir di seluruh dunia dan Malaysia juga tidak terkecuali dengan kilang Foxconn di Johor.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.