Kini Ada Leveraj Patuh Syariah Untuk Tingkatkan Potensi Pelaburan, Dengan Islamic Share Margin Financing (SMF-i)

Sejak kebelakangan ini, pasaran saham di Malaysia kelihatan semakin hari semakin rancak melihat dari rekod tertinggi dari segi kuantiti dan nilai dicatatkan oleh Bursa Malaysia. [1]

Suasana menjadi meriah kerana semakin ramai pelabur runcit yang ingin meraih pulangan melalui pelaburan saham. Kalau dulu penyertaan daripada pelabur runcit hanyalah sekitar 20%, kini ia meningkat sehingga 45%. [2]

Mengikut data terkini yang dikeluarkan oleh Bursa Malaysia, sebanyak 166 ribu akaun Central Depository System (CDS) yang baru dibuka sepanjang enam bulan pertama tahun 2020. Lebih menarik lagi, 64% daripada jumlah  ini adalah anak-anak muda yang baru hendak berjinak melabur. [3]

Bagi menghangatkan lagi suasana, RHB Investment Bank baru-baru ini telah melancarkan Islamic Share Margin Financing atau lebih dikenali sebagai SMF-i.

Apa Itu Pembiayaan Margin?

Pembiayaan margin atau margin financing merupakan kemudahan pembiayaan yang membolehkan seseorang pelabur membeli saham dengan meminjam sejumlah wang untuk menambah modal pelaburan.

Sebagai contoh, kita ada RM10,000 wang tunai untuk melabur dalam akaun trading kita. Maka secara asasnya, kita hanya boleh membeli saham yang bernilai RM10,000 sahaja.

Dengan kemudahan pembiayaan margin ini, ianya berupaya untuk meningkatkan potensi pelaburan kita dengan menggunakan fasiliti pembiayaan untuk melabur dengan jumlah yang lebih banyak.

Menggunakan contoh modal sebanyak RM10,000 tadi – dengan adanya pembiayaan margin ini; sekarang kita boleh beli saham sehingga RM25,000.

Bagi memastikan kita mampu untuk membayar balik pembiayaan tersebut, kita kenalah mempunyai sesuatu untuk dicagarkan. Bukan sewenang-wenangnya kita boleh dapatkan kemudahan pembiayaan ini.

Kenapa Guna Pembiayaan Margin?

Dalam situasi pasaran saham yang sedang meningkat, kita boleh menambah modal sedia ada untuk meningkatkan potensi pulangan dari pelaburan. Sebagai contoh, dengan pembiayaan margin, kita boleh meningkatkan potensi keuntungan berbanding menggunakan modal tunai.

Adakah SMF-i Patuh Syariah?

Itulah, was-was juga tentang perkara ini. Sebarang margin atau leveraj tanpa seliaan syariah akan menjerumuskan kita ke kancah riba.

SMF-i adalah merupakan kemudahan kredit patuh syariah yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Syariah, RHB Islamic Bank. SMF-i ini menggunakan struktur Komoditi Murabahah melalui akad Tawarruq, di mana akan berlaku transaksi jual beli komoditi atau aset berasaskan pembayaran tangguh secara Murabahah (iaitu harga kos aset ditambah dengan margin keuntungan) daripada pihak bank sebagai penjual komoditi kepada pelanggan bank sebagai pembeli, dan kemudiannya komoditi atau aset tersebut akan dijual secara tunai kepada pihak ketiga (selain daripada penjual asal) bagi mendapatkan tunai.

Kenapa pilih SMF-i?

Selain daripada mendapatkan modal tambahan untuk membeli saham-saham patuh Syariah di Bursa Malaysia, kita juga boleh menggunakan SMF-i untuk melanggan Employee Share Option Schemes atau lebih dikenali sebagai ESOS. Kebiasaannya syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia akan memberi pilihan kepada para pekerja untuk mendapatkan ESOS, iaitu membeli saham syarikat pada harga yang lebih murah.

Bagi mereka yang berminat untuk membeli IPO, SMF-i boleh membiayai belian saham syarikat menggunakan borang merah jambu (pink form).  SMF-i juga boleh membiayai belian saham IPO melalui MITI (Ministry of International Trade and Industry) untuk mendapatkan kuota bumiputera. Mengikut statistik setakat Ogos 2020, sebelas daripada dua belas syarikat yang baru IPO bagi tahun 2020 harga saham telah mencatatkan kenaikan pada hari pertama. [4]

Syarikat yang menjalankan corporate exercise iaitu Rights Issue, SMF-I boleh digunakan untuk tujuan pembiayaan juga.

Kelebihan SMF-i?

Selain daripada kelebihan mendapatkan modal tambahan, SMF-i turut membenarkan pengeluaran tunai. Oleh itu, kita boleh mencairkan saham tanpa perlu menjual saham-saham dalam pegangan.

Dengan kadar keuntungan yang kompetitif dan margin pembiayaan tinggi, kita berpeluang untuk meraih pulangan yang lebih tinggi.

Selain daripada saham-saham patuh Syariah di Bursa Malaysia dan tunai, simpanan berjangka RHB (RHB Term Deposit) juga diterima sebagai cagaran untuk kita menggunakan perkhidmatan leveraj ini.

Apakah Dokumen Yang Diperlukan Untuk Mohon SMF-i?

1. Salinan Kad Pengenalan depan dan belakang

2. Penyata CDS dari Bursa Malaysia atau penyata saham dari broker (jika ada)

3. Penyata bank 3 bulan terkini dan

4. Penyata gaji 3 bulan terkini atau

5. Borang B/BE/EA terkini

Dengan hanya mengemukakan dokumen-dokumen di atas, kita boleh mohon kemudahan SMF-i ini.

Hubungi wakil-wakil daripada RHB Investment Bank, atau kunjungi cawangan RHB Investment Bank yang berhampiran, hubungi mereka di talian 03-21138118 atau layari rhbtradesmart.com hari ini.

Gunakan Leveraj Dengan Bijak

Jika digunakan dengan bijak, seseorang yang berilmu memang berpotensi untuk menjana keuntungan yang lebih besar dengan menggunakan teknik leveraj. Kita hendaklah mengenalpasti dulu risiko yang terlibat, dan kita perlu beringat bahawa pelaburan boleh menjana keuntungan dan juga mengalami kerugian.

Sumber Rujukan:

[1] https://www.bursamalaysia.com/misc/missftp/securities/securities_equities_keyindicators_2020-08-18-02-00-28.pdf

[2] https://www.bursamalaysia.com/misc/missftp/securities/securities_equities_trading_participation_investor_2020-07-31-23-56-52.pdf

[3] https://youtu.be/ePJoqZ98Xlk

[4] https://www.bursamalaysia.com/listing/listing_resources/ipo/ipo_performance

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

CANSLIM: Apa Itu Leader & Laggard Dan Kenapa Saham Ini Boleh Gerak Dulu?

Untuk terlibat dengan pelaburan saham, kita tidak boleh lari daripada melakukan pembacaan dan analisa secara menyeluruh. Pelabur perlu melakukan analisa dengan cara yang betul supaya dapat membuat keputusan yang betul.

Terdapat pelbagai jenis dan cara analisa yang boleh pelabur gunakan antaranya adalah analisa gaya William J. O’Neil. Analisa yang dimaksudkan adalah menggunakan kaedah CANSLIM untuk mencari dan memilih saham yang mempunyai pertumbuhan yang baik.

Pemilihan saham menggunakan CANSLIM ini adalah cara terpantas untuk mencari saham berpotensi sebelum pelabur institusi melabur ke dalam saham tersebut.

Pada penulisan ini, saya akan kongsikan elemen ‘L’ iaitu leader and laggard.

Secara asasnya CANSLIM adalah singkatan akronim yang menggabungkan 7 kriteria dalam pemilihan saham.

Kriteria CANSLIM adalah seperti di bawah :

  1. ‘C’ – Current Quarter Earning
  2. ‘A’ – Annual Earning
  3. ‘N’ – New product/management/event
  4. ‘S’ – Supply and Demand
  5. ‘L’ – Leader/laggard
  6. ‘I’ – Institutional
  7. ‘M’ – Market direction

Apa Itu Leader dan Laggard?

Dalam kriteria Leader dan Laggard, kita ingin menentukan sama ada syarikat kajian kita berada dalam senarai pemain industri yang utama atau pemain industri yang kedua.

Hal ini kerana, syarikat yang menjadi pemain utama dalam industrinya akan bertindak balas lebih awal daripada yang lain dan diikuti oleh syarikat pemain kedua.

Syarikat yang menjadi pemain utama boleh dilihat berdasarkan kepada kekuatan kewangan syarikat dan saiz modal pasaran syarikat tersebut.

Pergerakan pasaran akan bermula dengan saham daripada syarikat pemain utama dalam setiap industri.

PMETAL vs LBALUM

Mari kita lihat contoh-contoh di bawah. Sektor di bawah adalah sektor pembuatan aluminium.

Sumber : iSaham

Gambar di atas menunjukkan syarikat PMETAL berada paling atas dengan modal pasaran sebanyak RM40.38 billion. Ini menjadikan PMETAL pemain industri utama dalam sektor pembuatan Aluminium.

Sumber : Trading View

Pergerakan saham PMETAL berada pada aliran menaik dalam jangka masa 2-3 tahun. Namun begitu, pada Disember 2020, harga PMETAL melakukan kenaikan yang besar daripada RM3.00 sehingga mencecah RM4.00.

Hal ini disebabkan kenaikan harga komoditi Aluminium yang ketara dan telah memberikan keuntungan berganda pada syarikat PMETAL.

Syarikat mencatatkan kenaikan pada margin keuntungan sejak suku tahun kedua 2020. Profit margin yang meningkat juga menyumbang pada kenaikan harga saham.

Sumber : MalaysiaStock.biz

Laggard dalam sektor aluminium pula boleh dilihat pada syarikat LBALUM dengan modal pasaran yang lebih kecil iaitu sebanyak RM228 juta.

Leader seperti saham PMETAL telah mulakan kenaikan pada Disember 2020 manakala, laggard seperti LBALUM hanya memulakan kenaikan pada penghujung Mac 2021 daripada RM0.75 sehingga RM1.30 dengan kenaikan hampir 100%.

Sumber : Trading View
Sumber : MalaysiaStock.biz

Syarikat LBALUM mengalami kerugian pada suku ke-4 tahun 2020 dan hanya berjaya mencatatkan keuntungan pada suku tahun seterusnya. Oleh itu, harga saham LBALUM harga bergerak selepas mencatatkan keuntungan yang meningkat.

Syarikat LBALUM mencatatkan profit margin yang lebih tinggi dari leader PMETAL. Hal ini memberikan peluang yang besar untuk LBALUM menjadi syarikat yang lebih berdaya saing di masa hadapan.

Inilah gaya pemilihan saham menggunakan CANSLIM. Kita perlu mengkaji sektor tersebut dan menentukan siapa leader dan siapa laggard.

Dengan hanya memfokuskan pada kriteria ‘L’ sahaja kita sudah mampu untuk menjana keuntungan yang berganda.

Ini kerana analisis menggunakan metod CANSLIM adalah satu teknik yang sangat berkesan untuk memilih saham yang betul.

Nota: Contoh PMETAL dan LBALUM yang digunakan ini adalah berdasarkan data dan situasi pasaran pada tempoh tersebut dan digunakan semata-mata untuk menerangkan konsep Leader & Laggard dalam strategi CANSLIM. Kedudukan sesuatu saham sebagai leader atau laggard boleh berubah mengikut pergerakan harga dan relative strength dari semasa ke semasa. Contoh ini bukan gambaran prestasi semasa kedua-dua saham dan tidak boleh dianggap sebagai cadangan untuk membeli, menjual atau memegang mana-mana saham.

AMD vs NVIDIA

Sebagai contoh lain, kita boleh lihat perbezaan antara Advanced Micro Devices (AMD) dan NVIDIA dalam industri cip AI. NVIDIA merupakan pemain yang jauh lebih besar dari segi revenue dan kedudukan pasaran, tetapi dalam analisis saham, saiz syarikat bukan satu-satunya perkara yang menentukan sama ada sesuatu saham itu dianggap sebagai leader atau laggard.

Jika harga saham AMD mencatat kenaikan yang lebih tinggi berbanding NVIDIA dalam tempoh tertentu, AMD boleh dianggap sebagai stock leader untuk tempoh tersebut dari sudut price performance, walaupun NVIDIA kekal sebagai peneraju industri dari segi saiz. Sebab itu, apabila menggunakan konsep Leader & Laggard, pelabur perlu melihat relative strength dan prestasi harga berbanding saham lain dalam sektor yang sama, bukannya sekadar membandingkan harga seunit saham atau revenue syarikat.

Namun begitu, status leader atau laggard bukanlah sesuatu yang kekal. Sesebuah saham boleh menjadi leader pada satu tempoh dan kemudiannya menjadi laggard apabila momentum harga berubah. Oleh itu, konsep ini lebih sesuai digunakan sebagai salah satu alat untuk mengenal pasti saham yang menunjukkan momentum relatif yang kuat, bukannya sebagai ukuran mutlak tentang syarikat mana yang lebih baik.


Belilah saham yang baik. Nak tahu apa lebih mendalam tentang formula ini? Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.