Adakah Syarikat Big Five Akan Menghadapi Nasib Yang Sama Seperti Syarikat Nifty Fifty Pada Era 1970-An?

Sejak krisis Covid-19 berlaku, kita boleh lihat dengan jelas banyak syarikat mengalami kesukaran untuk menguruskan perniagaan syarikat. Namun, syarikat yang berteraskan teknologi tidak terkesan dengan pandemik ini malah harga saham mereka semakin meningkat dan tidak menampakan tanda-tanda akan mengalami penurunan.

Amazon, Alphabet, Apple, Facebook dan Microsoft dikenali sebagai Big Five yang merupakan syarikat teknologi yang mendapat tempat di kalangan para pelabur di Wall Street. Kesemua syarikat ini telah berjaya menewaskan indeks S&P 500 yang menjadi ukuran terhadap kekuatan ekonomi di Amerika Syarikat.

Jumlah market capitalization untuk kelima-lima buah syarikat ini melebihi $4 trilion yang merupakan satu jumlah yang sangat besar di dalam pasaran saham.

Kredit: A Wealth Of Common Sense

Apa yang menarik mengenai syarikat ini adalah harga saham mereka adalah begitu mahal berbanding dengan keuntungan yang mereka perolehi atau dengan kata lain PE ratio syarikat ini adalah terlalu tinggi. Hari ini, mengikut perkiraan yang dilakukan oleh FactSet kedudukan purata PE ratio bagi kelima-lima syarikat ini adalah 51, satu jumlah yang sangat besar berbanding dengan purata PE ratio indeks S&P 500 dengan purata sebanyak 33.

Secara umumnya nilai PE ratio yang besar ini adalah tidak bagus untuk sesebuah syarikat. Ia bermaksud syarikat tersebut tidak dapat menjana keuntungan dengan baik dan harga saham syarikat tersebut adalah begitu tinggi di dalam pasaran.

Keadaan ini telah mengingatkan kita kepada krisis yang pernah berlaku di Amerika Syarikat pada tahun 1970-an yang dikenali sebagai krisis Nifty Fifty.

Kredit: Brooklyn Investor

Nifty Fifty merupakan satu peristiwa berlaku kepada pelabur yang melabur ke dalam 50 buah syarikat yang berstatus blue chip pada ketika itu di pasaran saham Amerika Syarikat.

Sebelum krisis ini berlaku, ramai penganalisis saham memberi nasihat untuk melakukan pelaburan ke salah sebuah Syarikat Nifty Fifty untuk diperam dalam tempoh jangka masa yang panjang. Pada ketika itu, purata PE ratio untuk syarikat Nifty Fifty adalah 42 sedangkan purata PE ratio untuk S&P 500 adalah 19.

Kredit: A Wealth Of Common Sense

Ini disebabkan oleh keadaan ekonomi yang berada dalam keadaan baik dan menjadikan saham blue chip mempunyai prestasi yang begitu baik sekali. Ianya berterusan sehinggalah pada tahun 1973, saham Nifty Fifty ini telah mengalami penurunan yang sangat ketara.

Tiada sesiapa yang menjangkakan peristiwa ini berlaku kepada syarikat Nifty Fifty dan ianya telah mengejutkan ramai penganalisis saham. Pelabur yang membeli saham syarikat Nifty Fifty pada tahun 1972 akan mengalami kehilangan sebanyak 2/3 daripada pelaburan mereka pada tahun 1975.

Antara punca utama yang menyebabkan syarikat Nifty Fifty ini mengalami penurunan adalah disebabkan harga minyak mentah dunia yang melambung tinggi pada ketika itu dan kadar interest rate yang tinggi. Selain itu juga, krisis dalaman politik melanda Amerika Syarikat yang melibatkan Richard Nixon.

Kini nilai Syarikat Big Five yang begitu tinggi telah melebihi nilai PE ratio ketika berlakunya krisis Nifty Fifty, di mana para penganalisis percaya ada kemungkinan berulangnya peristiwa tersebut. Untuk mengaitkan peristiwa Nifty Fifty mungkin akan berlaku kepada Big Five adalah sukar kerana tiada sesiapa yang tahu apa yang berlaku pada masa hadapan.

Walaupun nilai PE ratio Big Five adalah begitu tinggi, keadaan sekarang tidak sama seperti PE ratio ketika awal tahun 1970-an. Ini disebabkan syarikat teknologi pada masa kini mempunyai model perniagaan yang sangat berbeza daripada syarikat Nifty Fifty pada zaman tersebut.

Kredit Gambar: A Wealth Of Common Sense

Sejak lima tahun lepas syarikat Big Five ini mempunyai kadar perkembangan yang begitu drastik walaupun mempunyai pendapatan yang rendah. Ini menyebabkan harga saham mereka menjadi tinggi dan sejajar dengan perkembangan syarikat tersebut.

Ramai pelabur percaya dengan hala tuju yang dibawa oleh syarikat Big Five dan telah terbukti sejak sedekad lepas, syarikat Big Five ini berpotensi untuk semakin berkembang. Untuk Big Five menjadi seperti Nifty Fifty, ia boleh berlaku sekiranya para pelabur mula tidak percaya dengan model perniagaan Big Five ini dan mula menjual pegangan saham mereka secara besar-besaran.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerjaya Prospek: Terus Memperoleh Pelanggan Baharu

Saranan BELI dan harga sasar (TP) sebanyak MYR3.19, potensi kenaikan harga saham 41% dan kadar hasil dividen kira-kira 6% untuk FY27F

Semalam, Kerjaya Prospek berjaya meraih kontrak bernilai MYR529j daripada BRDB Developments (BRDB). Kontrak ini berkait dengan sebuah pembangunan bernama Eden Taman Duta yang merangkumi lapan buah blok bangunan kediaman berkonsepkan villa yang menempatkan 146 unit di Jalan Gallagher, Bukit Tunku, Kuala Lumpur. Kerja-kerja pembinaan dijadualkan bermula pada 15 Jun dan akan disiapkan dalam tempoh 33 bulan dari tarikh bermulanya pembinaan.

Kontrak ini merupakan tawaran kerja ketujuh KPG untuk FY26

Yang pertama daripada BRDB. Malahan, terdapat dua kontrak lebih awal pada FY26 yang diterima daripada pelanggan-pelanggan baharu; terutamanya Sena Letrik dan IJM Land. Oleh demikian itu, KPG berupaya mendapatkan tiga pelanggan baharu pada FY26 dan hal ini memberikan petanda bahawa rangkaian pelanggan kumpulan ini dapat diperluas.

Kami ramalkan paras margin bersih projek ini akan berlingkungan antara 8-10%. Berdasarkan anggaran kami, baki buku pesanan berjumlah MYR4.5bn (termasuk tawaran terbaharu) oleh KPG mempunyai 70-80% kerja yang datang daripada pihakpihak berkaitan seperti Kerjaya Prospek Property (KPPROP MK, TIADA SARANAN) dan Eastern & Oriental (EAST MK, BELI, TP: MYR1.05).

Mengambil kira tawaran kontrak terbaharu ini, KPG sudah memperoleh projekprojek baharu bernilai kira-kira MYR1.6bn

Sejak awal tahun ini hingga sekarang (YTD) berbanding dengan sasaran FY26F-nya berjumlah MYR2bn dan andaian penambahan kerja bernilai MYR2.3bn kami untuk tahun kewangan yang sama. Pada pandangan kami, projek-projek yang bakal diperoleh untuk tempoh FY26 yang berbaki termasuklah:

i) AVÉA yang dilancarkan baru-baru ini oleh EAST, yang mungkin mencatat nilai pembinaan sekitar MYR400j (GDV: MYR1bn)

ii) Mezon@Park Enclave oleh Aspen Group di Batu Kawan (yang mungkin bernilai MYR200-400j, berdasarkan kontrak-kontrak sebelum ini)

iii) projek dengan GDV berjumlah MYR720j oleh KPPROP (nilai pembinaan: kira-kira MYR288j) di Batu Kawan.

Pendorong tambahan ialah sekiranya KPG berjaya mendapatkan kerja-kerja baharu daripada segmen perindustrian

Kontrak kerja terakhir yang diperoleh dalam kategori ini adalahpada bulan Sep 2023, iaitu daripada Texas Instruments.

Jangkaan perolehan

Kami tidak membuat sebarang pindaan pada perolehan FY26F memandangkan kerja terbaharu menepati sasaran penambahan kerja berjumlah MYR2.3bn kami untuk FY26F. Sehubungan dengan itu, TP MYR3.19 kami yang diraih melalui kaedah SOP dikekalkan. Premium ESG 2% turut dimasukkan dalam pengiraan TP kami berikutan markah ESG sebanyak 3.1.

Faktor pemangkin besar untuk KPG

Seandainya kumpulan ini mengambil bahagian dalam mana-mana projek prasarana utama seperti Transit Aliran Ringan Pulau Pinang (LRT Pulau Pinang). Menurut majalah The Edge, KPG menerusi sebuah konsortium dengan SinoHydro Corp dan Power China Group berhasrat memperoleh pakej kedua LRT Pulau Pinang (dengan anggaran nilai MYR4bn).

Risiko negatif

Kemerosotan pasaran hartanah dan tekanan kos berlarutan.

Asas Penilaian

Kami menilai Kerjaya Prospek menerusi kaedah SOP, iaitu diperoleh daripada gabungan kaedah penilaian P/E, dan RNAV.

Faktor Pemacu Utama

Perolehan Kerjaya Prospek diperkukuh oleh pesanan kerja pembinaan, jualan hartanah dan pembuatan lekapan & kelengkapan dalaman.

Risiko Utama

i. Kemerosotan pasaran hartanah
ii. Tekanan kos berpanjangan.

Profil Syarikat

Kerjaya Prospek memperoleh penyenaraiannya melalui pengambilalihan terbalik ke atas Fututech. Syarikat ini terlibat dalam pembinaan, pembangunan hartanah, dan pembuatan

Carta Saranan

Penganalisis
Adam Bin Mohamed Rahim +603 2302 8101 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.