Bitcoin Sekarang Dalam ‘Bubble’, Kata Pakar Ekonomi

Bitcoin baru-baru ini telah mencecah paras All-Time High iaitu pada paras USD23,000. Namun, menurut David Rosenberg yang merupakan Ketua Ekonomi Dan Strategi di Rosenberg Research & Associates; Bitcoin sekarang berada di dalam ‘bubble’ dan para pelabur tak faham mengenai bekalannya yang dikatakan terhad.

Beliau yang terkenal dengan mengenalpasti ‘bubble’ pasaran perumahan pada tahun 2005, kini berkata bahawa semua orang percaya bahawa jumlah 21 juta yang dikatakan had pengeluaran Bitcoin menyebabkan bekalannya adalah terhad, tetapi tiada dalam protokol yang mengatakan bahawa bekalan Bitcoin tidak akan naik lagi apabila kita telah mencapai paras tersebut.

Jika kita lihat pada carta Bitcoin, memang tak masuk akal.

Sumber: Trading View

Awal tahu harga Bitcoin berada di sekitar USD7,000 dan tak sampai setahun dah naik lebih daripada 300%.

Kenaikan harga Bitcoin disumbang oleh pelabur institusi dan pengurus dana yang meletakkan harapan yang tinggi kepada mata wang digital ini. Ada yang mengatakan bahawa harga Bitcoin boleh naik sehingga USD400,000 berdasarkan bekalan yang terhad dan nilai relatif berbanding emas.

Pelabur mungkin tahu mengenai perlombongan emas yang terhad dalam bekalan emas dunia, namun David Rosenberg kata pelabur rasa mereka mungkin tahu mengenai bekalan Bitcoin tetapi sebenarnya mereka tidak tahu.

Kali terakhir Bitcoin naik mendadak seperti ini pada Disember 2017 dengan mencapai paras USD13,800, harga Bitcoin kemudiannya jatuh menjunam sehingga ke paras USD3,500 pada Januari 2019.

Sumber Rujukan: Business Insider

Boleh rujuk di sini bagaimana untuk Mulakan Pelaburan Aset Digital Yang Sah Dan Patuh Syariah Hari Ini Dengan Luno.

Bagi mereka yang telah siap akaun Luno dan belum claim bonus RM25 dalam bentuk Bitcoin secara percuma, masukkan kod FVSKG5. Klik di bahagian Rewards dan masukkan kod FVSKG5.

Bila kita deposit dan beli aset digital kita yang pertama bernilai RM250 (tak termasuk fees Luno), nanti dapat RM25 dalam bentuk Bitcoin secara percuma.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Menurun Selepas Kenaikan Harga Baru-Baru Ini

  • Kekalkan pegangan belian

FCPO masih berada dalam keadaan menaik meskipun menguncup MYR49 semalam untuk ditutup pada paras MYR4,579. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada paras MYR4,630. Selepas berayun antara MYR4,640 dan MYR4,573, ia menutup dagangan pada paras MYR4,579. Walaupun berhadapan dengan tekanan jualan yang sederhana pada paras MYR4,600, FCPO masih ditutup di atas kedua-dua garisan SMA 50 dan 200 hari. Keadaan pasaran menunjukkan mereka yang menantikan kenaikan harga masih mempunyai kelebihan.

Sementara itu, garisan SMA 50 hari sekarang bergerak ke atas, yang menandakan trend menaik masih kukuh. Selepas fasa pengukuhan, komoditi ini mungkin akan menyambung semula pergerakan menaik menuju ke arah paras MYR4,800. Sebagai makluman, semasa keadaan pasaran menaik, paras rintangan cenderung menjadi lemah. Selagi FCPO terus berada di atas paras sokongan MYR4,410, kami akan terus berpegang pada bias dagangan positif.

Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan belian yang dimulakan pada penutupan 6 Mac, iaitu MYR4,367. Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi ditetapkan pada MYR4,400.

Paras sokongan awal kini berada pada MYR4,400 dan diikuti oleh paras MYR4,250. Paras rintangan terdekat sebaliknya ialah MYR4,800 dan diikuti oleh paras ambang MYR4,925.