Statistik Muflis Di Malaysia

Diisytiharkan sebagai muflis pastinya merupakan sesuatu yang ingin dielakkan oleh sesiapa sahaja terutamanya golongan yang berumur 40-an. Kesukaran untuk bangkit semula di usia yang tua akan menjadikan hidup seseorang itu menjadi sangat sukar.

Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Liew Vui Keong mengumumkan bahawa seramai 300,908 individu rakyat Malaysia dilaporkan telah muflis sehingga Ogos tahun 2019.

Orang Muda Yang Ramai Muflis

Berdasarkan statistik, kumpulan umur yang diisytiharkan muflis terdiri daripada mereka yang berumur 35 hingga 45 tahun yang merangkumi 35% diikuti oleh kumpulan yang berusia 25 tahun hingga 34 tahun dengan sebanyak 25.3%.

Golongan lelaki biasanya dilihat lebih cenderung muflis daripada golongan wanita. Daripada segi kaum, majoriti yang muflis adalah daripada kaum Bumiputera dengan 56% diikuti oleh kaum Cina dengan 26%.

Punca Kadar Muflis Meningkat

Kadar muflis yang tinggi biasanya disebabkan oleh kekerapan membuat pinjaman untuk kegunaan peribadi dan bukannya untuk pelaburan atau pengumpulan kekayaan. Perkara ini adalah sangat membimbangkan.

Ianya berlaku dalam kalangan peminjam muda yang tidak celik kewangan.  Kegagalan membayar balik pinjaman peribadi dan pinjaman kenderaan telah menyumbang hampir separuh daripada jumlah kes muflis baru-baru ini.

Jumlah peminjam yang muflis disebabkan pinjaman peribadi dan kad kredit telah meningkat sebanyak 104%. Satu daripada empat isi rumah di Kuala Lumpur memperoleh gaji bulanan kurang daripada anggaran taraf hidup yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Malah, mereka ini juga cenderung untuk mengambil pinjaman peribadi dan kad kredit bagi menampung kehidupan.

Oleh kerana proses mendapatkan kad kredit lebih mudah, lebih banyak isi rumah beralih kepada kad kredit untuk memenuhi keperluan masing-masing. Sebilangan besar daripadanya menghadapi cabaran untuk mengawal perbelanjaan dan pengurusan hutang yang buruk.

Walaupun jumlah hutang kad kredit menunjukkan isi rumah menggunakan hutang tersebut untuk meningkatkan taraf hidup mereka dalam jangka masa yang pendek, ini juga menunjukkan bahawa mereka telah berbelanja lebih banyak daripada yang mereka mampu.

Kesimpulannya, rakyat di negara kita haruslah mengubah sikap dan mentaliti terhadap kewangan bagi memastikan kehidupan bebas daripada muflis. Dengan meningkatkan ilmu pengetahuan berkenaan kewangan, masalah ini pasti dapat diatasi.

Elakkan diri daripada berbelanja secara berlebihan dan di luar kemampuan. Di samping itu, carilah pendapatan tambahan dan tingkatkan ilmu berkenaan pelaburan.

Sumber Rujukan:

  1. Sinar Harian
  2. BH Online

Jom bersama-sama Dr. Zaharuddin Abd Rahman, tokoh ilmuan kewangan dalam Webinar Jom Saham yang bakal diadakan pada hari Jumaat 1 Januari 2021 dari pukul 9 pagi sehingga 12 tengah hari.

Kami nak lebih ramai orang yang melabur ke tempat yang sah dan patuh syariah. Kami taknak orang ramai terjebak dengan skim pelaburan yang entah apa-apa. Akhirnya bukan pelaburan, tetapi peleburan.

Kami juga nak lebih ramai orang kaya agar lebih ramai orang yang akan bayar zakat. Lebih ramai orang kaya dapat membantu lebih ramai orang yang memerlukan.

Selain Dr. Zaharuddin, kita juga ada Eza Ezamie dari MajalahLabur, Izrul Zainal pemenang Bursa Top Remisier Tahun 2018 dan Chef Saham.

Tiket hanyalah RM19, daftar sini sekarang -> WebinarJomSaham

Di antara topik yang akan dikupas adalah:

1. Asas Labur Saham
2. Labur & Judi?
3. Bagaimana melabur & berdagang Saham?
4. Prospek pelaburan saham tahun 2021
5. Beli dan Jual saham atas berita?
6. Analisa Teknikal Ilmu Tilik?
7. Mengapa pelaburan saham mesti dipertimbangkan?
8. Labur Saham di NASDAQ & S&P500 (saham Amerika)
9. Bagaimana elak riba dari broker konvensional semasa trade saham USA.
10. Saham dari sudut syariah
11. Persiapan melabur saham
12. Bagaimana boleh gandakan wang dalam pelaburan saham
13. RM 1 Juta dalam 5 tahun?
14. Cara santai labur saham
15. Saham adalah perniagaan
16. Risiko melabur saham
17. Fundamental – baca news (COVID – healthcare naik)

This image has an empty alt attribute; its file name is 210101-Webinar-Jom-Saham_opt2-700x875.jpg

Ayuh bangkit dengan azam tahun baru, jadikan pelaburan saham ini sebagai saham akhirat kita semua. Tapi pada masa yang sama, pastikan pelaburan kita diberkati.

Daftar sekarang, sebelum harga naik atau tiket habis -> WebinarJomSaham

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Akhirnya Ada Parti Politik Berani Tunjuk Ke Mana Duit Kempen Mereka Pergi

Parti BERSAMA sedang mendahului parti-parti lain dalam satu perkara yang jarang berlaku dalam politik Malaysia dengan mengemukakan data perbelanjaan pilihan raya kepada umum. Sumber: Malaysiakini – Bersama dedah belanja hampir RM800,000 kempen PRN Johor

Bagi sesetengah orang, mungkin ini sekadar laporan perbelanjaan kempen.

Tetapi kalau kita lihat dari sudut pelaburan dan kewangan, sebenarnya ada satu prinsip yang sangat mudah:

Kalau kita mahu orang percaya dan memberikan duit kepada kita, kita perlu bersedia untuk menunjukkan bagaimana duit itu diuruskan.

Bayangkan kita mahu melabur RM100,000 dalam sebuah syarikat.

Kita tentu mahu tahu berapa hasil syarikat, berapa kos operasi, berapa hutang, berapa keuntungan dan bagaimana pengurusan menggunakan wang syarikat.

Kalau pengurusan syarikat berkata,

“Percayalah. Kami akan urus duit dengan baik.”

Tetapi apabila kita minta penyata kewangan, mereka enggan tunjukkan, kita sendiri mungkin akan fikir dua tiga kali sebelum melabur.

Dalam pelaburan, ketelusan adalah sebahagian daripada kepercayaan.

Begitu juga dengan politik.

Dan di sinilah pendedahan BERSAMA menjadi menarik untuk diperhatikan.

Daripada jumlah perbelanjaan kepada sumber dana, rakyat diberikan peluang untuk melihat sendiri bagaimana wang kempen dikumpulkan dan dibelanjakan. Dalam penyata yang dilaporkan Malaysiakini, antara sumber dana ialah kutipan yuran keahlian, majlis makan malam pengumpulan dana dan sumbangan peribadi, manakala perbelanjaan termasuk deposit SPR, bahan kempen dan kerja pembersihan selepas kempen.

Patutkah ketelusan kewangan seperti ini menjadi satu standard baharu dalam politik Malaysia?

Menariknya, idea ketelusan kewangan politik ini bukanlah sesuatu yang baru. Pada 2012, Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak sendiri pernah mencadangkan supaya semua sumbangan kepada parti politik dimasukkan ke dalam akaun rasmi parti, disertakan resit dan akaun tersebut diaudit setiap tahun.

Lebih sedekad kemudian, isu yang sama masih relevan. Bezanya, kali ini kita mula melihat parti politik mengambil langkah untuk mendedahkan sendiri data perbelanjaan pilihan raya kepada umum.

1. Rakyat adalah penyumbang kepada sistem politik

Parti politik mungkin menerima sumbangan daripada individu atau organisasi, tetapi dalam konteks yang lebih luas, aktiviti politik akhirnya berkait dengan wang dan sumber awam.

Sebab itu rakyat mempunyai kepentingan untuk tahu bagaimana sesebuah parti menguruskan kewangan kempen mereka.

Kalau kita boleh meminta syarikat yang kita labur supaya telus, tidak salah untuk kita mengharapkan tahap ketelusan yang lebih tinggi daripada organisasi politik.

2. Duit yang masuk dan duit yang keluar perlu boleh dikesan

Dalam dunia kewangan, kita bukan hanya tengok jumlah duit.

Kita mahu tahu cash flow.

Berapa duit masuk?

Dari mana?

Berapa duit keluar?

Dibelanjakan untuk apa?

Siapa penerimanya?

Perkara yang sama boleh diaplikasikan kepada kewangan politik.

Apabila data perbelanjaan pilihan raya didedahkan, rakyat boleh mula melihat aliran wang tersebut, bukannya hanya mendengar dakwaan bahawa semuanya diuruskan dengan baik.

3. Ketelusan mengurangkan information asymmetry

Dalam pelaburan, ada masalah yang dipanggil information asymmetry.

Maksud mudahnya, pihak pengurusan mungkin mempunyai lebih banyak maklumat berbanding pelabur.

Sebab itu syarikat perlu menyediakan laporan kewangan supaya pelabur tidak membuat keputusan dalam keadaan terlalu banyak maklumat yang disembunyikan.

Politik pun sama.

Parti tahu berapa banyak duit yang mereka terima dan bagaimana ia dibelanjakan.

Rakyat pula hanya nampak kempen di luar.

Jadi apabila data kewangan dibuka, jurang maklumat antara parti dan rakyat dapat dikurangkan.

4. Rakyat boleh menilai kecekapan penggunaan wang

Dalam pelaburan, kita bukan sekadar bertanya:

“Berapa banyak duit syarikat belanjakan?”

Kita juga akan bertanya:

“Apa yang kita dapat daripada duit tersebut?”

RM1 juta dibelanjakan untuk pemasaran tetapi jualan tidak meningkat, kita akan mula persoalkan keberkesanannya.

Begitu juga perbelanjaan pilihan raya.

Apabila data tersedia, kita boleh mula bertanya:

Berapa kos kempen setiap kawasan? Berapa banyak dibelanjakan untuk media sosial? Berapa untuk logistik? Berapa untuk bahan kempen?

Ini membuka ruang untuk menilai kecekapan, bukan sekadar jumlah perbelanjaan.

5. Kita sebenarnya bukan pelik kalau melihat amalan ini di negara lain

Pendedahan kewangan politik bukan sesuatu yang asing di peringkat antarabangsa.

Di United Kingdom, Electoral Commission menerbitkan maklumat berkaitan sumbangan, pinjaman dan perbelanjaan parti politik serta calon kepada umum.

Di Amerika Syarikat, Federal Election Commission (FEC) pula menyediakan pangkalan data awam yang membolehkan orang ramai melihat maklumat kewangan kempen, termasuk sumbangan dan perbelanjaan calon serta jawatankuasa politik.

Di Australia, Australian Electoral Commission (AEC) juga mempunyai sistem funding and disclosure untuk meningkatkan ketelusan kewangan parti politik, calon dan pihak yang terlibat dalam pilihan raya.

Maknanya, idea untuk rakyat melihat money in dan money out dalam politik sebenarnya bukan sesuatu yang pelik.

Bezanya, di sesetengah negara ia merupakan sebahagian daripada sistem pendedahan yang diwajibkan dan diselia oleh badan pilihan raya.

Jadi kalau parti politik Malaysia mula mengambil inisiatif untuk membuka data kewangan mereka kepada umum, ia boleh dilihat sebagai satu langkah ke arah budaya politik yang lebih telus.

6. Boleh membina rekod kewangan yang boleh dibandingkan

Pelabur tidak menilai syarikat berdasarkan satu laporan sahaja.

Mereka melihat prestasi dari tahun ke tahun.

Begitu juga dengan parti politik.

Kalau setiap pilihan raya mereka mendedahkan data kewangan, lama-kelamaan akan wujud satu rekod yang boleh dibandingkan.

Berapa banyak dana diterima?

Berapa banyak yang dibelanjakan?

Adakah perbelanjaan semakin cekap?

Adakah kos kempen meningkat?

Adakah sumber pembiayaan berubah?

Ini menjadikan rakyat bukan sekadar pengundi, tetapi pihak yang boleh membuat penilaian berdasarkan data.


Sebab itu kami melihat pendedahan perbelanjaan pilihan raya sebagai satu langkah yang positif.

Bukan kerana mendedahkan data automatik bermaksud sesebuah parti itu lebih baik daripada parti lain.

Tetapi kerana ketelusan memberikan kita maklumat untuk membuat penilaian sendiri.

Dalam pelaburan, kita selalu diajar:

Jangan melabur hanya kerana percaya. Tengok laporan kewangan.

(Walaupun… tengok laporan kewangan pun belum tentu tak kena scam!)

Dalam politik pun mungkin prinsip yang sama patut digunakan:

Jangan hanya dengar janji. Tengok juga bagaimana wang diuruskan.

Kalau lebih banyak parti mula melakukan perkara yang sama, kita mungkin dapat membina satu budaya politik yang lebih matang di mana data kewangan menjadi sebahagian daripada akauntabiliti politik, bukan sesuatu yang perlu disembunyikan.

Kerana akhirnya, sama ada kita bercakap tentang melabur dalam sebuah syarikat atau memilih sebuah parti politik, prinsipnya hampir sama:

Beri kita data. Kemudian biar rakyat membuat penilaian.

Penafian: Artikel ini bertujuan membincangkan kepentingan ketelusan dan pendedahan kewangan dalam politik dari perspektif kewangan dan tadbir urus. Ia bukan bertujuan menyokong atau menolak mana-mana parti politik, calon atau individu. Sebarang angka, fakta dan maklumat berkaitan perbelanjaan kempen adalah berdasarkan sumber yang dinyatakan dan hendaklah dirujuk kepada sumber asal untuk konteks penuh.