Kisah Kejayaan Lego, Syarikat Permainan Terkenal Di Dunia

Tidak keterlaluan jika kita katakan bahawa Lego merupakan syarikat permainan yang paling popular di dunia. Mungkin ramai yang menyangka Lego ini adalah syarikat yang berasal dari Amerika Syarikat memandangkan jenama mereka begitu kukuh sekali.

Sangakaan itu meleset kerana Lego bukanlah sebuah syarikat yang berasal dari Amerika Syarikat sebaliknya berasal dari Denmark. Hari ini kita melihat Lego memasuki senarai 100 syarikat yang mempunyai kekuatan jenama di peringkat global.

Perjalanan Lego untuk mengecapi apa yang mereka dapat ini tidaklah semudah yang disangka dan dipenuhi oleh onak dan duri. Syarikat ini diasaskan oleh Ole Kirk Kristiansen pada tahun 1932. Perkataan Lego yang diambil “leg godt” bermaksud play well di dalam bahasa Denmark.

Perniagaan syarikat perkayuanya sebelum itu tidak berjalan dengan baik dan memaksa dia memberhentikan kesemua pekerjanya sebelum menubuhkan Lego.

Ole Kirk Kristiansen, Kredit Gambar: Codepen

Pada tahun tersebut juga, isterinya telah meninggal dunia dan menambahkan lagi penderitaan yang dialami oleh Ole Kirk Kristiansen. Walaupun berdepan dengan ujian yang berat, ianya tidak mematahkan semangat Ole Kirk Kristiansen untuk berjaya. Beliau yang tidak mengenal putus asa telah mencipta satu permainan yang berasaskan kayu.

Dia yang pada mulanya mencipta permainan itu untuk mengubati duka lara empat orang anaknya yang kehilangan ibu mereka. Ternyata, permainan yang dicipta oleh Ole Kirk Kristiansen itu telah menarik minat anaknya. Beliau mendapat idea untuk membuat permainan dari kayu dan menjualnya kepada orang ramai.

Beliau kemudiannya berdepan dengan masalah kerana walaupun mempunyai kemahiran yang tinggi terhadap ilmu pertukangan, Ole Kirk Kristiansen tidak mempunyai ilmu pemasaran untuk menjual produknya. Disebabkan itu, beliau tidak dapat menjual produk Legonya dengan begitu baik.

Kredit Gambar: History

Nasib menyebelahi dirinya kerana anak lelakinya telah membantunya untuk menjual permainan yang dibuatnya. Dari tahun ke tahun, perniagaanya semakin berkembang.

Ketika Perang Dunia Kedua berlaku, kilangnya hangus dijilat api untuk kali kedua. Ini tidak sedikit pun mematahkan semangat Ole Kirk Kristiansen untuk bangkit daripada membina kejayaan untuk syarikattnya.

Pada tahun 1949, syarikat ini telah merubah bentuk permainan mereka yang sebelum ini berasaskan kayu kepada plastik. Sambutan yang diterima oleh syarikat ini sangat luar biasa. Bongkah plastik yang diperkenalkan oleh Lego telah berjaya menarik minat ibu bapa dan kanak-kanak.

Kredit Gambar: History

Permainan Lego ini telah menjadikan kanak-kanak mempunyai kreativiti yang tinggi dan kini ianya telah diterima hampir di seluruh dunia yang menjadikan Lego sebuah syarikat yang bertaraf antarabangsa.

Namun langit tidak selalunya cerah. Begitulah adat dalam dunia perniagaan yang ada pasang surutnya. Lego juga tidak terkecuali menghadapi masalah yang sama.

Pada era 1990-an, syarikat ini mengalami zaman kejatuhan sehinggalah kepada pertengahan awal milenium, Lego hampir diisytiharkan muflis tetapi berjaya dselamatkan oleh CEO yang baru, Jørgen Vig Knudstorp. Beliau yang merubah model perniagaan Lego dengan memfokuskan kepada barangan yang laris dan senang untuk dijual.

Kredit Gambar: Amazon UK

Akhirnya perubahan yang dilakukannya itu berhasil dan mereka turut bekerjasama dengan syarikat perfileman Hollywood untuk membawa watak Lego ke layar perak. Hasilnya, saham syarikat ini telah meningkat dengan begitu ketara sekali pada pertengahan dekad yang lepas.

Selain itu juga, model-model Lego yang berdasarkan watak filem yang box office dijual pada harga yang sangat tinggi selepas pasaran. Ada sesetengah peminat permanan ini membuat pelaburan dan hasil pulangan yang diperolehi sangat lumayan.

Millennium Falcon merupakan set lego paling mahal pernah dihasilkan, Kredit Gambar: Argos

Pulangan yang diperolehi oleh mereka yang melabur di dalam Lego ini berjaya memberi pulangan sebanyak 11% setiap tahun.

Walaupun berdepan dengan krisis pandemik, syarikat ini masih lagi bertahan dan jualan semakin memberangsangkan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan. Ianya telah menjadikan Lego semakin popular di kalangan orang ramai tanpa mengira usia.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.