Adakah Ini Petanda Kejatuhan Pasaran Saham Daripada Warren Buffett?

Warren Buffett adalah pelabur terulung yang cukup terkenal dan berjaya. Setiap gerak geri dan kenyataan yang dibuat oleh beliau sentiasa diawasi dengan cermat.

Baru-baru ini, Warren Buffett telah mengambil langkah yang signifikan di dalam pasaran saham. Adakah ini petanda pasaran saham akan merudum?

Pada awal Covid-19 melanda, ramai yang panik dan telah menyebabkan kejatuhan pasaran saham sekitar Februari dan Mac yang lalu. Ramai pelabur menjangkakan Warren Buffett akan membeli syarikat-syarikat yang telah merudum harga sahamnya, tetapi tidak.

Maklumlah, beliau merupakan seorang Value Investor dan akan melabur untuk jangka masa panjang. Apabila harga saham jatuh mendadak, maka banyaklah saham-saham yang akan menjadi undervalued.

Namun, beliau cuma mula mengambil langkah apabila pasaran saham mula kembali kepada normal. Ini kerana Warren Buffett dan rakan kongsinya Charlie Munger meramalkan keadaan akan bertambah buruk.

Menurut The Montley Fool iaitu media yang berasal dari Kanada, dengan adanya pendedahan maklumat prestasi pada suku kedua tahun 2020 melalui dokumen 13F yang dikemukakan oleh Berkshire Hathaway, maklumat-maklumat ini boleh diketahui.

Melalui dokumen 13F tersebut, telah diketahui bahawa Warren Buffett telah membeli lima juta unit saham Suncor Energy. Suncor Energy adalah syarikat di sektor tenaga yang berasal dari Kanada. 

Beliau juga telah menjual sahamnya di Restaurant Brands International, iaitu pemilik francais Burger King. Selain daripada itu, beliau telah melabur secara besar-besaran di dalam Barrick Gold yang merupakan syarikat perlombongan emas dan tembaga dengan 16 lokasi di 13 buah negara.

Pada masa ini, banyak pelabur yang membuat khabar angin bahawa Warren Buffett sedang mempersiapkan diri untuk terjadinya kejatuhan pasaran saham.

Melalui semua gerak-geri yang telah dilakukan, adakah benar Warren Buffett sudah menjangka akan terjadinya kejatuhan pasaran? Kita tidak pasti, tetapi ini boleh menjadi salah satu peringatan kepada kita bahawa pasaran saham boleh jatuh pada bila-bila masa.

Ditulis oleh Abang Yazree Hazwan. Penulis merupakan seorang Eksekutif di sebuah syarikat penyelidikan pasaran di Malaysia. Mempunyai pengalaman dalam bidang insurans/reinsurans di syarikat reinsurans tempatan.

Sumber Rujukan:

Jom bersama-sama Dr. Zaharuddin Abd Rahman, tokoh ilmuan kewangan dalam Seminar Jom Saham yang bakal diadakan pada hari Jumaat 1 Januari 2021 dari pukul 9 pagi sehingga 12 tengah hari.

Kami nak lebih ramai orang yang melabur ke tempat yang sah dan patuh syariah. Kami taknak orang ramai terjebak dengan skim pelaburan yang entah apa-apa. Akhirnya bukan pelaburan, tetapi peleburan.

Kami juga nak lebih ramai orang kaya agar lebih ramai orang yang akan bayar zakat. Lebih ramai orang kaya dapat membantu lebih ramai orang yang memerlukan.

Selain Dr. Zaharuddin, kita juga ada Eza Ezamie dari MajalahLabur, Izrul Zainal pemenang Bursa Top Remisier Tahun 2018 dan Chef Saham.

Tiket hanyalah RM19, daftar sini sekarang -> WebinarJomSaham

Di antara topik yang akan dikupas adalah:

1. Asas Labur Saham
2. Labur & Judi?
3. Bagaimana melabur & berdagang Saham?
4. Prospek pelaburan saham tahun 2021
5. Beli dan Jual saham atas berita?
6. Analisa Teknikal Ilmu Tilik?
7. Mengapa pelaburan saham mesti dipertimbangkan?
8. Labur Saham di NASDAQ & S&P500 (saham Amerika)
9. Bagaimana elak riba dari broker konvensional semasa trade saham USA.
10. Saham dari sudut syariah
11. Persiapan melabur saham
12. Bagaimana boleh gandakan wang dalam pelaburan saham
13. RM 1 Juta dalam 5 tahun?
14. Cara santai labur saham
15. Saham adalah perniagaan
16. Risiko melabur saham
17. Fundamental – baca news (COVID – healthcare naik)

This image has an empty alt attribute; its file name is 210101-Webinar-Jom-Saham_opt2-700x875.jpg

Ayuh bangkit dengan azam tahun baru, jadikan pelaburan saham ini sebagai saham akhirat kita semua. Tapi pada masa yang sama, pastikan pelaburan kita diberkati.

Daftar sekarang, sebelum harga naik atau tiket habis -> WebinarJomSaham

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

CANSLIM: Apa Itu Leader & Laggard Dan Kenapa Saham Ini Boleh Gerak Dulu?

Untuk terlibat dengan pelaburan saham, kita tidak boleh lari daripada melakukan pembacaan dan analisa secara menyeluruh. Pelabur perlu melakukan analisa dengan cara yang betul supaya dapat membuat keputusan yang betul.

Terdapat pelbagai jenis dan cara analisa yang boleh pelabur gunakan antaranya adalah analisa gaya William J. O’Neil. Analisa yang dimaksudkan adalah menggunakan kaedah CANSLIM untuk mencari dan memilih saham yang mempunyai pertumbuhan yang baik.

Pemilihan saham menggunakan CANSLIM ini adalah cara terpantas untuk mencari saham berpotensi sebelum pelabur institusi melabur ke dalam saham tersebut.

Pada penulisan ini, saya akan kongsikan elemen ‘L’ iaitu leader and laggard.

Secara asasnya CANSLIM adalah singkatan akronim yang menggabungkan 7 kriteria dalam pemilihan saham.

Kriteria CANSLIM adalah seperti di bawah :

  1. ‘C’ – Current Quarter Earning
  2. ‘A’ – Annual Earning
  3. ‘N’ – New product/management/event
  4. ‘S’ – Supply and Demand
  5. ‘L’ – Leader/laggard
  6. ‘I’ – Institutional
  7. ‘M’ – Market direction

Apa Itu Leader dan Laggard?

Dalam kriteria Leader dan Laggard, kita ingin menentukan sama ada syarikat kajian kita berada dalam senarai pemain industri yang utama atau pemain industri yang kedua.

Hal ini kerana, syarikat yang menjadi pemain utama dalam industrinya akan bertindak balas lebih awal daripada yang lain dan diikuti oleh syarikat pemain kedua.

Syarikat yang menjadi pemain utama boleh dilihat berdasarkan kepada kekuatan kewangan syarikat dan saiz modal pasaran syarikat tersebut.

Pergerakan pasaran akan bermula dengan saham daripada syarikat pemain utama dalam setiap industri.

PMETAL vs LBALUM

Mari kita lihat contoh-contoh di bawah. Sektor di bawah adalah sektor pembuatan aluminium.

Sumber : iSaham

Gambar di atas menunjukkan syarikat PMETAL berada paling atas dengan modal pasaran sebanyak RM40.38 billion. Ini menjadikan PMETAL pemain industri utama dalam sektor pembuatan Aluminium.

Sumber : Trading View

Pergerakan saham PMETAL berada pada aliran menaik dalam jangka masa 2-3 tahun. Namun begitu, pada Disember 2020, harga PMETAL melakukan kenaikan yang besar daripada RM3.00 sehingga mencecah RM4.00.

Hal ini disebabkan kenaikan harga komoditi Aluminium yang ketara dan telah memberikan keuntungan berganda pada syarikat PMETAL.

Syarikat mencatatkan kenaikan pada margin keuntungan sejak suku tahun kedua 2020. Profit margin yang meningkat juga menyumbang pada kenaikan harga saham.

Sumber : MalaysiaStock.biz

Laggard dalam sektor aluminium pula boleh dilihat pada syarikat LBALUM dengan modal pasaran yang lebih kecil iaitu sebanyak RM228 juta.

Leader seperti saham PMETAL telah mulakan kenaikan pada Disember 2020 manakala, laggard seperti LBALUM hanya memulakan kenaikan pada penghujung Mac 2021 daripada RM0.75 sehingga RM1.30 dengan kenaikan hampir 100%.

Sumber : Trading View
Sumber : MalaysiaStock.biz

Syarikat LBALUM mengalami kerugian pada suku ke-4 tahun 2020 dan hanya berjaya mencatatkan keuntungan pada suku tahun seterusnya. Oleh itu, harga saham LBALUM harga bergerak selepas mencatatkan keuntungan yang meningkat.

Syarikat LBALUM mencatatkan profit margin yang lebih tinggi dari leader PMETAL. Hal ini memberikan peluang yang besar untuk LBALUM menjadi syarikat yang lebih berdaya saing di masa hadapan.

Inilah gaya pemilihan saham menggunakan CANSLIM. Kita perlu mengkaji sektor tersebut dan menentukan siapa leader dan siapa laggard.

Dengan hanya memfokuskan pada kriteria ‘L’ sahaja kita sudah mampu untuk menjana keuntungan yang berganda.

Ini kerana analisis menggunakan metod CANSLIM adalah satu teknik yang sangat berkesan untuk memilih saham yang betul.

Nota: Contoh PMETAL dan LBALUM yang digunakan ini adalah berdasarkan data dan situasi pasaran pada tempoh tersebut dan digunakan semata-mata untuk menerangkan konsep Leader & Laggard dalam strategi CANSLIM. Kedudukan sesuatu saham sebagai leader atau laggard boleh berubah mengikut pergerakan harga dan relative strength dari semasa ke semasa. Contoh ini bukan gambaran prestasi semasa kedua-dua saham dan tidak boleh dianggap sebagai cadangan untuk membeli, menjual atau memegang mana-mana saham.

AMD vs NVIDIA

Sebagai contoh lain, kita boleh lihat perbezaan antara Advanced Micro Devices (AMD) dan NVIDIA dalam industri cip AI. NVIDIA merupakan pemain yang jauh lebih besar dari segi revenue dan kedudukan pasaran, tetapi dalam analisis saham, saiz syarikat bukan satu-satunya perkara yang menentukan sama ada sesuatu saham itu dianggap sebagai leader atau laggard.

Jika harga saham AMD mencatat kenaikan yang lebih tinggi berbanding NVIDIA dalam tempoh tertentu, AMD boleh dianggap sebagai stock leader untuk tempoh tersebut dari sudut price performance, walaupun NVIDIA kekal sebagai peneraju industri dari segi saiz. Sebab itu, apabila menggunakan konsep Leader & Laggard, pelabur perlu melihat relative strength dan prestasi harga berbanding saham lain dalam sektor yang sama, bukannya sekadar membandingkan harga seunit saham atau revenue syarikat.

Namun begitu, status leader atau laggard bukanlah sesuatu yang kekal. Sesebuah saham boleh menjadi leader pada satu tempoh dan kemudiannya menjadi laggard apabila momentum harga berubah. Oleh itu, konsep ini lebih sesuai digunakan sebagai salah satu alat untuk mengenal pasti saham yang menunjukkan momentum relatif yang kuat, bukannya sebagai ukuran mutlak tentang syarikat mana yang lebih baik.


Belilah saham yang baik. Nak tahu apa lebih mendalam tentang formula ini? Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.