Versa Catat Deposit RM10 Juta Dalam Tempoh Kurang Dari Tiga Bulan

Versa, platform pengurusan wang tunai digital di Malaysia, mengumumkan catatan jumlah deposit terkini melebihi RM10 juta dalam hanya tiga bulan sejak pelancarannya pada Januari lalu. Pada masa kini, Versa telah merekodkan lebih daripada 4,000 pendaftaran akaun dengan purata jumlah deposit RM2,700 bagi setiap pengguna.

Situasi kini menunjukkan kadar faedah rendah telah meningkatkan permintaan pelanggan untuk penyelesaian yang lebih baik bagi keperluan kewangan mereka. Kadar faedah yang rendah dan kekangan melakukan deposit dan pengeluaran wang telah menyukarkan ramai untuk memberi komitmen terhadap deposit tetap.

Halangan lain termasuklah tempoh masa terkunci yang panjang deposit permulaan yang tinggi dan risiko yang tinggi dalam pelaburan. Faktor-faktor tersebut telah mendorong pengguna untuk mencari alternatif bagi memenuhi keperluan kewangan masing-masing. Melihat akan situasi ini, Versa menyasarkan untuk mengatasi kesulitan yang dihadapi pelanggan dalam usaha mereka membuat simpanan.

Dengan deposit permulaan serendah RM1, pelabur dapat memperoleh faedah harian hingga 2.4 peratus setahun. Berbeza daripada deposit tetap, pelabur mempunyai pilihan untuk mengeluarkan simpanan mereka pada bila – bila masa. Kemudahan tersebut memberi ruang untuk pengguna melabur dengan risiko yang rendah dan mempunyai wang simpanan pada masa kecemasan. Tambahan itu, Versa tidak mengenakan sebarang caj jualan, yuran pindahan mahupun penamatan.

Finlab Dana Pembangunan Modal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCDF) menyokong inisiatif Versa untuk menawarkan penyelesaian yang mudah dan fleksibel bagi rakyat Malaysia untuk mengurus pelaburan wang mereka. Melalui kolaborasi dengan Affin Hwang Asset Management (AHAM), Versa membuka peluang bagi rakyat Malaysia untuk melabur dalam Affin Hwang Enhanced Deposit Fund, dana pasaran wang (MMF) sebesar RM2 bilion[1] yang telah mencapai pulangan 66 peratus sejak penubuhannya pada April 2005. Dana tersebut bertujuan memberi pulangan yang berpandukan pada kadar deposit tetap Malaysia kepada pengguna, sekaligus menjadikannya sebuah platform yang menarik untuk pengurusan wang tunai dan simpanan. Sehingga kini, Versa, menerusi kerjasama dengan AHAM telah mengatasi beberapa dana pasaran kewangan daripada segi aset bersih.

Aplikasi Kewangan Digital Masih Tidak Dimanfaatkan

Versa telah menjalankan kaji selidik dan mendapati bahawa penggunaan aplikasi penyelesaian kewangan digital dalam kalangan rakyat Malaysia masih rendah. Daripada 3,000 responden, hanya 6 peratus menggunakan aplikasi pelaburan dan simpanan digital manakala lebih daripada 30 peratus langsung tidak menggunakan aplikasi kewangan digital Di kalangan mereka yang menggunakannya, majoriti lebih selesa menggunakan aplikasi perbankan tradisional, diikuti dengan e-dompet.

Antara faktor utama semasa memilih aplikasi simpana digital adalah kemudahan pengeluaran wang tunai dan kebolehpercayaan. Responden mengutamakan maklumat dan nasihat profesional yang diperoleh dari bank, diikuti oleh rakan dan keluarga.

Ketua Pegawai Eksekutif Versa, Teoh Wei-Xiang, berkongsi bahawa idea Versa tercipta daripada kesedaran terhadap kepentingan mempunyai dana kecemasan. Ini membantu untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia seperti yang telah ditekankan dalam kaji selidik yang dijalankan. Terutamanya, kewangan dinilai pada kedudukan yang sangat penting.

“Versa ditubuhkan untuk menyelesaikan masalah peribadi berikut – saya terpaksa mengeluarkan deposit tetap beberapa kali apabila menghadapi situasi kecemasan. Sejajar dengan itu, kami mempromosikan cara baharu untuk pengguna menguruskan simpanan wang tunai mereka. Hal ini kerana, dihadapi dengan situasi yang tidak diduga kemampuan untuk melabur dan mempunyai dana kecemasan adalah sangat penting. Menerusi Versa, kami ingin menggalakkan masyarakat Malaysia untuk memahami manfaat MMF dalam keadaan kita sekarang – baik daripada segi kestabilan, kecairan mahupun perlindungan yang ditawarkan,  supaya mereka yakin bahawa mereka dilindungi dengan baik oleh Versa. Kerjasama kami bersama Affin Hwang Asset Management yang berpengalaman dalam pengurusan aset, akan membantu kami dalam usaha mendidik rakyat Malaysia untuk membuat pilihan pelaburan yang lebih bijak,” ujar Teoh.

Menyokong pendidikan kewangan di kalangan rakyat Malaysia

Pada pelancaran rasmi aplikasi ini, Versa menekankan kepentingan pendidikan kewangan masyarakat melalui perbincangan panel antara Ketua Pegawai Eksekutif Versa Teoh Wei-Xiang, Pengarah Urusan AHAM Dato Teng Chee Wai, Ketua Pegawai Eksekutif Ringgit Plus Hann Liew dan Pakar Perkhidmatan Kewangan Digital UNCDF Sandeep Kumar, yang dikendalikan oleh Audrey Misquith dari UNCDF.

“Dengan kadar faedah yang diramalkan akan kekal rendah untuk satu jangka masa yang lama, pencarian hasil akan menjadi keutamaan bagi setiap pelabur. Melalui kerjasama dengan Versa, kami berbesar hati membawakan satu penyelesaian baharu ke dalam pasaran untuk membantu pelabur mempelbagaikan serta memaksimumkan potensi simpanan wang tunai mereka tanpa kecairan,” tambah Dato Teng Chee Wai, Pengarah Urusan, Affin Hwang Asset Management.

“Usaha sama yang dimeterai dengan Versa ini adalah selari dengan inisiatif digitalisasi kami di Affin Hwang Asset Management, di mana kami komited dalam memperkenalkan pelbagai penyelesaian ke dalam pasaran yang mampu merevolusikan pandangan rakyat Malaysia tentang pelaburan pada masa sekarang dan akan datang. Dengan hanya beberapa sentuhan pada skrin mereka, pelabur dapat melabur, membuat pengeluaran dan memantau portfolio mereka melalui pengalaman pelaburan yang lancar. Kami sentiasa mencari kaedah baharu dalam mencipta peluang untuk pelanggan memaksimumkan potensi aset masing-masing, dan kami berharap dapat memberi impak yang lebih baik pada kehidupan mereka dengan kolaborasi seperti ini,” kata Allen Woo, Ketua Pegawai Inovasi, Affin Hwang Asset Management.

Sehingga 28 April, Versa bekerjasama dengan RinggitPlus, sebuah laman web perbandingan kewangan, untuk memberi insentif kepada pengguna baharu. Untuk berpeluang terpilih, pengguna baharu perlu memuat turun, mendaftar dan membuat deposit awal melalui pautan ini. Pemenang akan diumumkan pada bulan Mei.

Versa kini boleh dimuat turun daripada Apple Appstore atau Google Playstore. Untuk maklumat lanjut mengenai Versa, sila layari www.versa.com.my.

Mengenai Versa

Ditubuhkan pada tahun 2020, Versa adalah platform pengurusan wang tunai digital yang didedikasikan untuk membantu rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat dalam memanfaatkan potensi wang tunai mereka yang tidak dilaburkan. Diasaskan oleh sekumpulan usahawan teknologi kewangan berpengalaman, platform ini memperkenalkan alternatif inovatif untuk deposit tetap yang mana pengguna mendapat pulangan yang lebih tinggi sambil memanfaatkan fleksibiliti Versa yang membolehkan pengguna mengeluarkan wang tunai mereka di samping faedah harian yang diperoleh pada bila-bila masa tanpa dikenakan penalti. Didedikasikan khas untuk membantu pengguna mendapatkan pulangan yang terbaik daripada dana mereka, Versa memberi fokus dalam menjadikan rangkaian penyelesaian pengurusan wang tunai mereka yang mesra pengguna ini lebih mudah untuk diakses oleh semua rakyat Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai Versa, sila layari www.versa.com.my.

[1] Tepat hingga pada 24 Mac 2021https://affinhwangam.com/invest-with-us/list-of-funds/details?q=EDFHCF

Previous ArticleNext Article

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.