Kisah Syarikat Kimia Amerika Syarikat Bantu Kartel Dadah Mexico Menghasilkan Heroin

‘Dadah Musuh Negara’ dan ‘Belia Benci Dadah’, itulah slogan yang sering kita dengar di media massa tentang bahayanya penyalahgunaan dadah. Antara dadah yang popular adalah jenis heroin yang boleh menyebabkan manusia khayal dalam masa yang singkat.

Disebabkan inilah, negara kita mengambil tindakan yang sangat tegas terhadap pengedar dadah dengan hukuman mati mandatori jika terbabit dalam kes pengedaran dadah.

Disebabkan heroin mempunyai permintaan yang sangat tinggi di pasaran antarabangsa, terdapat negara yang mengahsilkan dadah jenis itu dan salah sebuah pengeluar dadah terbesar di dunia yang menghasilkan heroin adalah Mexico.

Mexico terkenal dalam menghasilkan dadah secara haram kerana negara tersebut mempunyai seorang raja dadah yang terkenal iaitu Joaquín Guzmán yang lebih dikenali sebagai ‘El Chapo’.

Kredit Gambar: Bloomberg

Sebelum Mexico, Colombia merupakan negara yang menghasilkan dadah terbesar dunia pada tahun 1980-an. Siapa yang tak kenal dengan nama Pablo Escobar? Cerita beliau pernah difilemkan di Netflix dengan tajuk Narcos.

Dengan campur tangan Amerika Syarikat, akhirnya Pablo Escobar dan kartel beliau pun tumpas, membolehkan Mexico mengambil alih takhta tersebut.

Apa yang menarik mengenai proses pembuatan dadah di Mexico ini adalah Amerika Syarikat sendiri yang menyediakan kemudahan kepada kartel dadah untuk menghasilkan heroin, yang kemudiannya dijual ke Amerika Syarikat secara haram.

Heroin di Amerika Syarikat merupakan barangan yang sangat panas dan kerajaan Amerika Syarikat terpaksa mengambil tindakan tegas dalam menangani masalah tersebut sejak dari dulu lagi. Kebanyakan dadah di Amerika Syarikat adalah berasal dari Amerika Latin terutamanya Mexico.

Untuk memproses dadah, ia bukanlah satu proses yang mudah kerana pihak kartel memerlukan bahan kimia bagi menghasilkan heroin tersebut. Bahan mentah seperti pokok popi sangat mudah didapati di Mexico kerana pihak kartel dadah mempunyai petani yang sanggup bekerja untuk mereka.

Masalah timbul apabila ianya melibatkan bahan kimia untuk menghasilkan heroin, kerana Mexico tidak mempunyai syarikat tempatan yang berupaya untuk menghasilkan bahan kimia tersebut.

Di sini timbul isu di mana syarikat yang menghasilkan bahan kimia untuk kartel dadah berasal dari Amerika Syarikat, dan telah menjual bahan kimia tersebut kepada mereka secara tidak langsung.

Kredit Gambar: Bloomberg

Bahan kimia utama yang penting dalam menghasilkan heroin adalah Acetic Anhydride. Bahan kimia ini merupakan tulang belakang bagi menghasilkan heroin yang berkualiti tinggi.

Ketika pihak berkuasa Mexico menyerbu makmal penghasilan heroin milik kartel di Mexico, mereka telah menjumpai Acetic Anhydride buatan syarikat J.T. Baker.

Acetic Anhydride ini merupakan bahan kimia yang dikawal dan hanya negara tertentu sahaja yang boleh membelinya. Dan proses membelinya memerlukan bukti yang sangat kukuh bahawa mereka adalah pihak yang layak memilikinya seperti universiti, kilang, farmasi dan sebagainya.

Persoalannya, kenapa kartel dadah menggunakan Acetic Anhydride jenama J.T. Baker?

Kredit Gambar: Bloomberg

Pihak penyiasat Amerika Syarikat mendapati bahawa J.T. Baker yang dimiliki oleh Avantor ini mempunyai kilang menghasilkan Acetic Anhydride di Mexico. Apa yang pelik, Acetic Anhydride ini boleh dijual dan dibeli dengan begitu mudah sekali di Mexico walaupun pihak berkuasa mereka tahu ia adalah bahan kimia utama untuk menghasilkan dadah.

J.T. Baker juga turut menyediakan bekas yang besar untuk Acetic Anhydride ini iaitu berisipadu 18 liter. Ia memudahkan pihak kartel untuk membeli dan menggunakan bahan terbabit untuk meghasilkan heroin.

Paling mengejutkan, Acetic Anhydride ini boleh dibeli secara online dalam platform terbesar di negara tersebut. Dengan hanya membayar USD300 untuk Acetic Anhydride ini, pihak kartel boleh menghasilkan heroin yang bernilai jutaan dollar.

Kredit Gambar: Bloomberg

Pihak Avantor mempertahankan tindakannya itu dengan mendakwa mereka tidak melakukan mana-mana pelanggaran undang-undang antarabangsa.

Acetic Anhydride tersebut dihasilkan di Mexico dan dijual kepada syrikat di sana. Kerajaan Mexico juga tidak menghalang penjualan Acetic Anhydride tersebut secara ketat.

Dengan alasan tersebut, Avantor secara tidak langsung telah membantu pihak kartel menghasilkan dadah secara sembunyi.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.