5 Faktor Yang Mempengaruhi Harga Caruman Takaful

Takaful merupakan salah satu cara untuk melindungi kewangan keluarga ketika kita masih hidup dan selepas meninggal dunia. Namun harga premium yang dibayar mungkin berbeza-beza.

Sebenarnya terdapat beberapa perkara yang akan mempengaruhi harga premium seseorang berdasarkan kepada:

1. Umur

Umur merupakan faktor utama yang akan mempengaruhi harga premium. Ianya berkaitan dengan risiko kematian dan kadar jangka hayat purata.

Bagi mereka yang berusia sekitar 20-an, risiko mereka untuk mendapat penyakit adalah lebih rendah berbanding mereka yang berusia 50-an.

Jadi jika anda membuat keputusan untuk mendapatkan takaful pada usia 20-an, anda akan mendapat harga yang lebih murah berbanding jika anda mendapatkan takaful pada usia yang lebih tua.

2. Gaya Hidup Dan Pekerjaan

Photo by Pixabay from Pexels

Jika anda menggemari sukan lasak dan berisiko tinggi  serta mungkin mengancam nyawa seperti sukan permotoran dan skydiving, harga takaful anda tentunya lebih tinggi berbanding mereka yang tidak mengamalkan gaya hidup seperti itu.

Begitu juga halnya dengan pekerjaan. Sekiranya pekerjaan anda mempunyai risiko mengancam nyawa, harga premium takaful adalah lebih tinggi daripada mereka yang sekadar bekerja di dalam pejabat sambil duduk depan komputer.

3. Merokok

Jika anda merupakan seorang perokok, anda perlu bersedia untuk dikenakan harga takaful yang lebih tinggi. Seperti yang semua orang tahu, perokok lebih berisiko untuk mendapat pelbagai jenis penyakit seperti strok, kanser, sakit jantung dan sebagainya.

Tetapi sekiranya anda berjaya berjaya berhenti menghisap rokok selama 12 bulan, anda tidak lagi dianggap perokok oleh syarikat takaful.

4. Sejarah Perubatan Keluarga

This image has an empty alt attribute; its file name is pexels-pixabay-236380-700x463.jpg

Jika anda ingin memohon takaful, anda perlu mengemukakan sejarah rekod perubatan keluarga anda.

Jadi mereka dapat mengesan adakah anda berpotensi untuk mendapat penyakit yang sama. Jika kebanyakan ahli keluarga anda bebas daripada penyakit-penyakit kronik serta penyakit keturunan, anda akan diberikan harga premium yang lebih murah.

Tetapi sekiranya anda mempunyai ahli keluarga yang mempunyai sejarah penyakit keturunan, anda masih boleh mendapatkan harga yang lebih rendah dengan cara mendapatkan polisi takaful pada usia yang lebih muda.

5. Penyakit Sedia Ada

Ini bermaksud keadaan kesihatan anda semasa memohon untuk mendapatkan takaful.

Adakah ketika itu anda sedang mengidap penyakit? Atau pernah mengidap penyakit seperti kencing manis atau darah tinggi?

Ada syarikat takaful yang memerlukan anda pergi membuat pemeriksaan kesihatan sebelum menerima anda sebagai pelanggan.

Bagi mereka yang disahkan telah mempunyai penyakit, harga yang dikenakan adalah lebih tinggi kerana anda dilihat sebagai seorang yang berisiko tinggi.

Buatlah Perbandingan

Namun begitu, anda masih boleh membandingkan harga di antara sebuah syarikat takaful dengan syarikat takaful yang lain. Selain daripada harga, bandingkan juga manfaat serta coverage yang diberikan.

Jadi anda akan dapat menilai polisi daripada syarikat takaful mana yang lebih sesuai dengan keperluan anda.

Sumber Rujukan: iBanding

Previous ArticleNext Article

Penjagaan Kesihatan: Program Rintis MediAsas Bakal Bermula Akhir Julai

Saranan WAJARAN TINGGI kekal

Program perintis untuk MediAsas, iaitu Pelan Asas Insurans/Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT), dijadualkan bermula pada akhir bulan Julai. Walaupun senarai hospital yang menyertai program ini masih belum diumumkan, kami menjangka pengendalipengendali fasiliti perubatan yang kami kaji akan menyertainya, walaupun secara pilihan. Premium bulanan indikatif berlingkungan antara MYR60 dan MYR550, manakala harga muktamad akan ditetapkan sebelum pelancaran di seluruh negara pada Jan 2027.

Apa itu MediAsas?

Ia merupakan produk asas MHIT yang direka untuk menambah baik tahap kemampuan sambil bertindak sebagai batu loncatan ke arah pelaksanaan berperingkat sistem bayaran mengikut diagnosis pesakit (DRG). Dua produknya iaitu Medi Asas Teras (pelan biasa) dan MediAsas Fleksi (pelan tambahan), akan dilancarkan secara rintis di Lembah Klang sepanjang tempoh tiga bulan sehingga Okt 2026.

Program rintis ini melibatkan enam syarikat insurans dan takaful, iaitu AIA, Allianz Malaysia (ALLZ MK, BELI, TP: MYR23.90), Great Eastern Malaysia, Prudential BSN Takaful, Etiqa, dan Syarikat Takaful Malaysia Keluarga (STMB MK, NEUTRAL, TP: MYR3.60), dan hospital-hospital terpilih. Premium bulanan indikatif dijangka berlingkungan antara MYR60 dan MYR550 untuk individu yang menyertai pelan tersebut sehingga usia 70, dengan liputan dilanjutkan sehingga usia 85. Harga akhir akan disahkan sebelum pelancaran di seluruh negara pada Jan 2027.

Ciri-ciri utama dan bakal implikasi.

Kertas Putih untuk pelan MHIT Asas yang diterbitkan sebelum ini menggariskan potongan MYR500 di samping mekanisme bayaran bersama (co-payment) dua tahap, dengan tiada bayaran bersama untuk hospital Tahap 1 (rangkaian dalaman) dan bayaran bersama sebanyak 20% (terhad padaMYR3,000 bagi setiap kecacatan) untuk hospital Tahap 2 (luar rangkaian).

Dua kesan penting:

i) Hospital yang tidak terpilih sebagai hospital panel pilihan mungkin akan mengalami tekanan terhadap bilangan pesakit (kesan terhadap pengendali premium seharusnya kecil memandangkan tumpuan mereka pada kes-kes yang lebih serius

ii) penetapan harga yang dibandingkan dengan hospital swasta bertahap lebih rendah hingga sederhana mungkin memerlukan pengendali premium untuk menawarkan pakej yang lebih seragam dan cekap kos, sekali gus membataskan keupayaan mereka untuk mengewangkan nilai jenama premium untuk segmen M40.

Menyentuh hal tersebut, kami berpendapat bahawa KPJ Healthcare berada pada kedudukan terbaik untuk memanfaatkan pelaksanaan MHIT dan DRG kelak, khususnya menerusi rangkaian luas hospital sekunder/komuniti miliknya yang beroperasi dengan asas kos yang lebih rendah, dengan ruang untuk menampung lebih banyak bilangan pesakit dan seterusnya mungkin memelihara margin bawah struktur pembayaran balik berasaskan DRG.

Risiko-risiko negatif utama, kos mengurus lebih mahal daripada anggaran, kunjungan pesakit dan pertumbuhan intensiti hasil lebih rendah berbanding jangkaan, dan perubahan dasar yang buruk. Sekiranya nilai USD melemah dengan ketara, IHH Healthcare mungkin mengalami kesan FX yang buruk terhadap perolehannya di luar negara manakala Duopharma mungkin meraih manfaat daripada pelepasan kos terhadap bahan farmaseutikal aktif (API) diimport.