4 Cara Hotel ‘Survive’ Di Kala COVID-19 Melanda

Pandemik COVID-19 telah mendatangkan impak yang cukup besar buat industri pelancongan dan perhotelan domestik dan global bermula Mac 2020 yang lalu.

Siapa sangka, virus pembunuh itu masuk ke Malaysia menerusi pelancong China yang melancong ke Malaysia sehingga menyebabkan negara kita terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan dan pengisytiharan darurat.

Media tempatan dan luar negara melaporkan hampir seluruh dunia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan dan kesannya telah menyebabkan banyak industri terkesan secara langsung dan tidak langsung.

Baca : Harga Rumah Turun Kerana Covid-19? Realiti Atau Spekulasi?

Astro Awani melaporkan Air Asia, syarikat gergasi tambang murah mengalami kerugian RM5.09 bilion sepanjang tahun 2020.

Baca : Cabaran Tan Sri Dr. Anthony Francis Fernandes Sebelum AirAsia ‘Berjaya Terbang’

Ekoran industri pelancongan dan penerbangan ‘mati’, Air Asia bertindak menembusi industri e-hailing.

Sebenarnya, banyak agensi pelancongan yang gulung tikar dan ada yang cuba ‘survive’ dengan 1001 cara.

Ada yang mencuba nasib menjadi agensi insurans/takaful, menawarkan konsultan pemasaran digital, menawarkan bisnes makanan dan ada juga yang menceburi bidang e-commerce.

Untuk rekod, Malaysia rugi lebih RM100 bilion kerana aktiviti berkaitan pelancongan tidak dapat berjalan. Antara yang terjejas adalah :-

  • Rekreasi
  • Beli Belah
  • Penginapan
  • Pengangkutan
  • Penganjuran Acara
  • Makanan & Minuman

Sepanjang tempoh Januari hingga Jun 2020, Malaysia rugi RM45 bilion kerana industri pelancongan merupakan penyumbang utama KDNK iaitu sebanyak 15.9%.

Baca : 5 Hotel Tempatan Unik Untuk Percutian

Hasil pertumbuhan ekonomi yang berjaya dijana melalui pelancongan  adalah RM240.2 bilion.

Akan tetapi, buat sesetengah pemilik hotel, mereka tidak mudah mengalah dan mencuba pelbagai teknik dan strategi bagi memastikan bisnes penginapan mereka berjalan hatta dalam situasi sulit ini.

Dalam artikel kali ini, anda akan didedahkan dengan cara hotel ‘survive’ dalam COVID-19 sepanjang tahun 2020 dan ada yang masih diteruskan sehingga kini.

1. Hotel Sebagai Tempat Kuarantin COVID-19

Photo by Rachel Claire from Pexels

Trend menjadikan hotel sebagai alternatif kuarantin COVID-19 bukan sahaja diguna pakai di Malaysia bahkan dipraktikkan di seluruh dunia dengan Thailand menjadi negara terawal menggunakan teknik ini.

Sekurang – kurangnya, dengan teknik ini hotel masih mampu menjana pendapatan daripada penginapan dan caj makanan.

2. Majlis Perkahwinan Berskala Kecil

Berbeza dengan Malaysia yang melarang sebarang aktiviti perkahwinan di dewan pada PKP (1.0), hotel – hotel terkemuka di Amerika Syarikat seperti Hilton Hotel, Florida menawarkan pakej perkahwinan pada skala kecil yang lengkap dengan susunan gubahan bunga dan servis fotografi.

Industri hotel dan industri perkahwinan sekurang – kurangnya boleh ‘survive’ dan ini memecahkan stigma orang awam bahawa perkahwinan pada skala kecil boleh dilaksanakan dan mereka tidak perlukan majlis yang mewah secara besar – besaran.

3. Konsep Bubble Hotel

Photo by Pixabay from Pexels

Singapura adalah negara pertama yang memperkenalkan konsep ini khusus kepada usahawan dan wakil syarikat yang ingin membuat perjumpaan secara bersemuka.

Hotel di Singapura telah mengubahsuai ruang perjumpaan dengan panel kaca untuk membendung penyebaran virus COVID-19 dan kompartmen unik yang mempunyai lampu ultraviolet untuk membunuh virus sebelum perjumpaan dilaksanakan.

4. Robot Pelayan Tetamu

Jepun merupakan antara negara terawal mengguna pakai robot yang berfungsi menguruskan urusan hotel bagi menggantikan manusia.

Antara tugasan yang dilakukan robot tersebut adalah :-

  • Menghantar makanan
  • Mengumpul kain linen
  • Menguruskan pendaftaran masuk

Robot ini disambung dengan WiFi dan mampu memantau penggunaan bateri mereka sebelum mengecas bateri untuk meneruskan aktiviti pengurusan hotel.

Selain daripada itu, ada juga robot yang diletakkan di dalam bilik hotel dan berfungsi mengawal suhu, lampu dan memberitahu cuaca dan berita tempatan dan global pada tetamu hotel.

Baca : Kebangkitan Semula Industri Hartanah Asia Pasifik 2021

Sememangnya banyak industri yang sedang ‘sakit’ tetapi pemilik hotel layak dipuji kerana menggunakan cara yang unik untuk terus ‘survive’.

Negara – negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Singapura terus menggunakan teknologi sebagai mekanisme utama yang membenarkan operasi bisnes mereka.

Baca : Bosan Bekerja Dari Rumah? Ini Tawaran Hotel Yang Menarik, Serendah RM19 Saja

Apa yang uniknya, mereka langsung tidak menyalahkan Kerajaan sebaliknya cuba untuk terus hidup.

Sumber Rujukan :

This image has an empty alt attribute; its file name is webinar-faizul-ridzuan-11-april-2021-700x393.jpg

Pada tahun 2020, waktu PKP pertama, Tuan Faizul Ridzuan telah membuat 6 ramalan yang satu persatu menjadi kenyataan.

1. PKP mustahil hanya 2 minggu, akan berakhir pada bulan Jun 2020

2. Kita berada dalam recession yang paling teruk dalam sejarah moden Malaysia – Disahkan selepas beberapa minggu oleh World Bank

3. Interest bakal jatuh banyak akibat recession. Hari ni interest rate kita adalah pada kadar terendah dalam masa 50 tahun.

4. Bull run bagi saham dalam jangka masa 12-24 bulan sehingga boleh buat pulangan lebih daripada 100%. 2 bulan lepas ramalan saya, volume bursa naik pecah rekod 

5. Transaksi hartanah tahun 2020 akan jadi tahun paling teruk sejak tahun 2000, dan kita akan sampai market bottom. Sila nantikan data NAPIC yang akan keluar lagi beberapa minggu.

6. Property bull run akan tiba dalam masa 5 tahun

Terlepas nak hadiri webinar percuma Tuan Faizul Ridzuan minggu-minggu yang lalu? Jom kita sertai webinar seterusnya yang akan diadakan pada hari Ahad, 25 April 2021, jam 930 malam.

Daftar sekarang di -> Webinar Faizul Ridzuan

Slot ke webinar adalah terhad. Sila pastikan anda daftar dan hadir awal pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

Kita jumpa nanti Ahad ini.

Previous ArticleNext Article

OIB Lancar Gardens Idaman, Memperkukuh Portfolio Perumahan Mampu Milik Mampan Di Selangor

Rawang, 17 Ogos 2026: Oriental Interest Berhad (OIB) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Myra Idaman, sebuah pembangunan perumahan mampu milik terbaharunya di bawah program Rumah Idaman, yang dipasarkan dengan nama Gardens Idaman. Pelancaran ini memperluas lagi portfolio perumahan mampu milik OIB di Selangor, dengan Gardens Idaman menjadi pembangunan terbaharu Kumpulan di bawah program Rumah Idaman.

Meliputi kawasan seluas 11.226 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM163.8 juta,
Gardens Idaman akan menawarkan 616 unit pangsapuri separa berperabot dengan harga bermula daripada RM250,000 hingga RM270,000. Setiap unit turut dilengkapi dengan dua ruang letak kereta.

Pembangunan berstatus pajakan ini dijangka siap pada tahun 2030 dan direka sebagai komuniti berpagar dan berpengawal untuk pembeli rumah pertama serta keluarga yang mencari kediaman yang lebih luas dan selesa.

Setiap unit berkeluasan 1,002 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang letak kereta, serta dilengkapi secara separa berperabot dengan almari pakaian, penghawa dingin, pemanas air, kabinet dapur, peti sejuk, televisyen dan kabinet TV.

Para penghuni juga akan menikmati Central Park yang menampilkan trek joging, gimnasium luar, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan pickleball, selain kemudahan lain seperti dewan serbaguna, tadika serta surau.

William Lew, Pengurus Besar Unit Perniagaan Essential Myra, bahagian hartanah kediaman OIB, berkata program Rumah Idaman Selangor memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik berkualiti di seluruh negeri.

“Program Rumah Idaman telah menjadi penanda aras penting dalam menjadikan pemilikan rumah berkualiti lebih mudah dicapai oleh pembeli rumah pertama.

“Sebagai salah satu pemaju yang menyertai program ini, peranan kami bukan sekadar membangunkan kediaman yang memenuhi keperluan program, tetapi juga sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan nilai tambah kepada pemilik rumah serta komuniti yang bakal didiami mereka,” katanya

Pelancaran ini turut memperluas portfolio perumahan mampu milik OIB, dengan Gardens Idaman dan pembangunan akan datang, Saujana Idaman di Dengkil, masing-masing menerima pensijilan Provisional GreenRE Bronze, mengiktiraf komitmen projek-projek tersebut terhadap amalan pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

GreenRE merupakan skim pensijilan bangunan hijau Malaysia yang ditubuhkan oleh
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), bagi mengiktiraf pembangunan yang
memenuhi penanda aras kelestarian merangkumi aspek seperti kecekapan tenaga, kecekapan air, perlindungan alam sekitar serta kualiti persekitaran dalaman.

Walaupun aspek kelestarian semakin diberi perhatian dalam sektor hartanah Malaysia, penerapan piawaian GreenRE dalam pembangunan perumahan mampu milik masih belum meluas.

Ini menunjukkan masih terdapat ruang untuk memperluaskan penerapan reka bentuk mampan dalam pembangunan perumahan mampu milik, agar manfaat kelestarian dapat dinikmati oleh lebih ramai pemilik rumah.

Lew menambah bahawa walaupun pensijilan GreenRE bukan merupakan keperluan di bawah program Rumah Idaman, OIB percaya aspek kelestarian wajar diterapkan dalam pembangunan perumahan mampu milik dan tidak seharusnya terhad kepada pembangunan bertaraf premium.

“Sering kali wujud persepsi bahawa kelestarian hanya sesuai untuk pembangunan berharga tinggi. Namun, kami percaya perumahan mampu milik juga boleh menerapkan elemen kelestarian tanpa menjejaskan kemampuan milik, terutamanya apabila aspek ini dipertimbangkan sejak peringkat awal reka bentuk.

“Pensijilan Provisional GreenRE Bronze yang diterima oleh Gardens Idaman dan Saujana Idaman menunjukkan bahawa kelestarian dan kemampuan milik boleh bergerak seiring. Pencapaian ini turut mencerminkan usaha kami untuk menerapkan pendekatan pembangunan yang lebih mampan dalam projek perumahan mampu milik,” jelasnya.

Gardens Idaman menggabungkan pelbagai ciri reka bentuk mampan termasuk reka bentuk luaran bangunan bagi mengurangkan penyerapan haba, kelengkapan kecekapan air 100%, penggunaan bahan binaan rendah karbon, sistem acuan aluminium boleh guna semula, sistem lif cekap tenaga, cat rendah penyerapan sebatian organik (VOC) serta pengoptimuman pencahayaan semula jadi.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini dijangka meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan air, memperbaiki kualiti persekitaran dalaman serta mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa untuk para penghuni.

Berdasarkan penilaian GreenRE, Gardens Idaman dijangka mencapai penjimatan tenaga kira-kira 30.61% berbanding dengan garis dasar GreenRE, serta mengurangkan pelepasan karbon operasi yang dianggarkan sebanyak 337 tan karbon dioksida setara (CO₂e) setiap tahun.

Terletak di salah satu koridor pertumbuhan utama Selangor, Gardens Idaman menawarkan hubungan strategik ke Rawang, Sungai Buloh, Kwasa Damansara, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie serta Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).

Pembangunan ini turut menawarkan akses mudah ke sekolah, kemudahan penjagaan kesihatan dan rekreasi serta pusat komersial berhampiran.

Gardens Idaman merupakan projek terbaharu dalam portfolio Rumah Idaman OIB, selepas kejayaan pelancaran Putra Idaman di Desa Pinggiran Putra pada tahun 2024.

Dengan Saujana Idaman dijadualkan untuk dilancarkan pada suku ketiga 2026, OIB akan terus mengembangkan portfolio perumahan mampu miliknya di Selangor, selaras dengan aspirasi perumahan negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Gardens Idaman, layari https://www.myra.com.my/myra-homes/gardensidaman