5 Ahli Fizik Dan Kejuruteraan Islam Yang Terhebat

Kita sering dengar nama-nama tokoh fizik dan kejuruteraan dari negara Barat seperti Albert Einstein, Leonardo da Vinci, Henry Ford dan ramai lagi. Namun, tahukah anda, Islam juga telah melahirkan ramai tokoh-tokoh yang hebat dalam bidang fizik dan kejuruteraan ini.

Jom lihat kita kenali mereka dengan lebih dekat. 

1. Ismail Al-Jazari

Kredit Gambar: Pena Minang

Ismail Al-Jazari adalah seorang tokoh dalam ilmu robotik pada tamadun Islam pada abad ke 13. Nama sebenar beliau adalah Abu Al-’Iz Ibn Isma’il Ibn Al-Razaz Al-Jazari. Beliau dilahirkan pada tahun 1136 dan meninggal pada tahun 1206.

Boleh dikatakan bahawa beliau merupakan orang Arab yang penting dalam ilmu robotik ini. Beliau turut menulis buku mengenai pengetahuan ilmu mekanik dan menerangkan 50 alatan mekanik serta cara membinanya.

Buku tulisan beliau yang popular bertajuk ‘Kitab Fi Ma’rifat Al-Hiyal Al-Handasiyya’.

2. Ibn Sahl

Kredit Gambar: Twitter

Ibn Sahl merupakan seorang ahli fizik dan juga seorang jurutera optik pada zaman keemasan Islam. Beliau dikatakan merupakan ilmuan pertama yang dikaitkan dengan penemuan hukum pembiasan cahaya.

Tanpa Ibn Sahl, mungkin kita tidak akan tahu mengenai ilmu pembiasan cahaya seperti hari ini.

3. Al-Haitham

Kredit Gambar: Pinterest

Al-Haitham atau nama sebenarnya Abu Ali al-Hasan ibn al-Hasan ibn al-Haytham adalah tokoh optik terkemuka pada zaman kegemilangan Islam dan juga dikenali sebagai ahli matematik, ahli astronomi, jurutera, anatomi, psikologi, pakar oftalmologi dan ahli falsafah.

Sumbangannya dalam bidang fizik termasuklah penemuan prinsip inersia dan statik sebelum dikembangkan lagi oleh Sir Isaac Newton.

4. Al-Khazini

Kredit Gambar: Dakwah Maya

Al-Khazini terkenal dengan penglibatannya dalam bidang kejuruteraan mekanik dan hidrostatik. Beliau juga banyak menyelidik tentang ketumpatan udara, cecair dan percaya dengan adanya daya graviti.

Antara buku tulisannya yang terkenal adalah ‘Mizan Al-Hikmah’.

5. Ibrahim Efendi

Kredit Gambar: Slideshare

Tahukah anda siapa orang pertama yang telah membina kapal selam? Jika anda menjawab Ibrahim Efendi daripada empayar Ottoman, jawapan anda adalah betul.

Kapal selam itu diberi nama ‘Tahtelbahir’ yang dibina pada tahun 1720 yang mampu tenggelam selama 30 minit di dalam air sebelum timbul semula ke permukaan air. Beliau salah seorang tokoh fizik dan kejuruteraan Islam yang hebat yang perlu kita kenali.

Kesimpulannya, terdapat banyak lagi tokoh fizik dan kejuruteraan Islam yang hebat-hebat seperti Jafar al-Sadiq, Banu Musa dan lain-lain. Kini, ilmu mereka menjadi rujukan bagi manusia di seluruh dunia. Jasa mereka harus kita kenang, berkongsi ilmu adalah tindakan yang boleh kita lakukan.

Sumber Rujukan: Wikipedia

Previous ArticleNext Article

Abdul Wahid Terima Anugerah Saleh Kamel Untuk Ekonomi Islam Di Madinah

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Pengerusi Bursa Malaysia Bhd Tan Sri Abdul Wahid Omar menerima Anugerah Saleh Kamel yang berprestij untuk Ekonomi Islam pada Simposium Ekonomi Islam AlBaraka ke-45 di Madinah.

Beliau adalah antara 10 perintis perbankan Islam menerima anugerah itu yang diadakan sempena ulang tahun ke-50 pembangunan perbankan Islam.

Gabenor Wilayah Madinah Putera Salman bin Sultan bin Abdulaziz Al-Saud menyampaikan anugerah itu, menandakan satu peristiwa penting bagi mengiktiraf sumbangan selama berdeakad kepada kemajuan kewangan Islam.

Abdul Wahid menghadiri simposium itu pada 16 dan 17 April lepas sebagai moderator dan penceramah.

Beliau tidak menjangka untuk menerima pengiktirafan tersebut bagaimanapun menyifatkannya amat bermakna terutama sekali acara itu diadakan di kota suci Madinah.

“Saya berbesar hati dan rasa rendah diri dengan anugerah ini. Ini merupakan pengiktirafan bukan sahaja kepada kakitangan dalam pelbagai entiti perkhidmatan kewangan yang pernah saya kerja seperti Bursa Malaysia, Malayan Banking Bhd, Permodalan Nasional Bhd, Amanah Capital Group Bhd dan Bumiputra Merchant Bankers Bhd tetapi juga untuk Malaysia dan pengawal selia, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan seluruh sektor kewangan Islam.

“Malaysia sememangnya berada di barisan hadapan dalam pembangunan perbankan Islam, kewangan dan pasaran modal. Saya berharap anugerah ini akan terus memberi inspirasi kepada sektor berkenaan untuk meningkatkan dan berinovasi dalam menyokong dunia yang makmur, inklusif dan mampan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Anugerah Saleh Kamel untuk Ekonomi Islam ditubuhkan bertujuan memperingati sumbangan perintis Allahyarham Sheikh Saleh Kamel dan bagi mempromosikan kecemerlangan dalam penyelidikan.

Ia juga menyokong pengeluaran akademik khusus, menyerlahkan bakat baharu muncul dalam kewangan dan perundangan Islam serta mengembangkan pengaruh global dalam perbankan Islam.

— BERNAMA