CANSLIM – Mencari Syarikat Kegemaran Pelabur Institusi

Pelaburan saham adalah satu perniagaan yang melibatkan pelbagai pihak. Syarikat saham adalah tunjang kepada ekonomi negara.

Oleh itu, pelaburan saham bukanlah satu permainan tetapi perniagaan yang mempunyai sandaran aset syarikat dan diuruskan oleh orang-orang yang berkelayakan dan berpengaruh.

Ada hampir 1,000 syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Oleh itu, pemilihan saham yang betul adalah sangat penting untuk menjamin keuntungan boleh dicapai dalam jangka masa yang ditetapkan.

Pemilihan saham menggunakan kaedah CANSLIM ini adalah cara terpantas untuk mencari saham berpotensi sebelum pelabur institusi melabur ke dalam saham tersebut.

Secara asasnya CANSLIM adalah singkatan akronim yang menggabungkan 7 kriteria dalam pemilihan saham.

Kriteria CANSLIM adalah seperti berikut:

  1. ‘C’ – Current Quarter Earning
  2. ‘A’ – Annual Earning
  3. ‘N’ – New product/management/event
  4. ‘S’ – Supply and Demand
  5. ‘L’ – Leader/laggard
  6. ‘I’ – Institutional
  7. ‘M’ – Market direction

Kali ini, kita akan tengok pula elemen ‘I’ iaitu institutional.

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan ‘Institutional’?

Institutional merujuk kepada sebuah entiti pelaburan sama ada kerajaan ataupun swasta yang melabur dalam pasaran modal atau lebih dikenali sebagai jerung di kalangan pelabur.

Jerung adalah entiti yang mempunyai kuasa beli yang besar dan boleh menggerakkan pasaran naik ataupun turun.

Contoh badan institusi yang terkenal di Bursa Malaysia adalah seperti di bawah:

  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  • Kumpulan Wang Persaraan (KWAP)
  • Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)
  • Lembaga Tabung Haji (LTH)
  • Permodalan Nasional Berhad (PNB)

Dalam kaedah CANSLIM, kriteria ‘I’ atau institutional ini penting untuk melihat syarikat-syarikat kegemaran jerung dimana mereka akan memegang saham syarikat yang berpotensi untuk berkembang di masa akan datang.

Syarikat saham yang dibeli oleh pihak institusi membuktikan bahawa syarikat tersebut mempunyai asas kewangan syarikat yang baik.

Mari kita lihat bagaimana untuk mengetahui syarikat yang telah dibeli oleh jerung di Bursa Malaysia.

1. PMETAL

Sumber : Bursa Marketplace

Syarikat PMETAL merupakan leader dalam industri pembuatan Aluminium. Syarikat ini mencatatkan keuntungan bersih yang konsisten sepanjang 5 tahun yang lalu.

Seperti dalam gambar di atas, KWSP/Employees Provident Fund (EPF) mempunyai pegangan sebanyak 4.98% di dalam syarikat PMETAL.

Sumber : Trading View

Harga saham PMETAL ini kelihatan terus-menerus naik, seiring dengan fundamental syarikat yang padu dan harga besi dunia yang baru-baru ini telah membuat All-Time High.

2. BANK ISLAM

Sumber : Bursa Marketplace

Bank Islam adalah anak syarikat kepada Lembaga Tabung Haji (LTH) tidak hairanlah LTH merupakan pemegang terbesar dalam saham Bank Islam.

Diikuti oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) pemegang kedua terbesar iaitu sebanyak 14.29%. Lain-lain institusi besar yang mempunyai saham Bank Islam adalah KWSP dan KWAP.

Sumber: Trading View

Seperti kebanyakan saham lain, apabila PKP dilaksanakan pada Mac 2020 yang lalu, saham Bank Islam turut merudum. Tetapi apabila keadaan semakin pulih, harga saham semakin meningkat naik.

3. Boustead Plantation (BPLANT)

Syarikat Boustead Plantation di bawah kumpulan Boustead Holdings dimana syarikat Boustead Holdings adalah di bawah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Gambar menunjukkan pegangan LTAT sebanyak 12.10%.

Saham BPLANT berada dalam aliran uptrend sejak kejatuhan yang besar pada Mac 2020. Dengan pasaran komoditi kelapa sawit berada dalam keadaan super bullish cycle, memberikan manfaat besar pada saham-saham perladangan seperti BPLANT.

Inilah gaya pemilihan saham menggunakan CANSLIM. Kita perlu mengkaji badan institusi mana yang membeli dan menyimpan saham tersebut.

Jika terdapat banyak institusi yang membeli saham tersebut, ini menunjukkan saham tersebut merupakan syarikat yang bernilai dan sesuai untuk dilaburkan.

Nak tahu apa lebih mendalam tentang formula ini? Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM


Ada banyak video YouTube dan ebook percuma yang ajar teknik-teknik asas untuk melabur di pasaran saham. Nak cari semua memakan masa.

Pernah dengar tentang buku Malaysia Melabur Saham? Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat dalam pelaburan saham tetapi “ZERO” dan masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

This image has an empty alt attribute; its file name is 210115-MMS-Thumbnail-700x468.jpg

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

  • Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang.
  • Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?
  • Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa -> Buku Malaysia Melabur Saham

Previous ArticleNext Article

Malaysian Resources Corp: Perjalanan Menaiki LRT3

Saranan BELI dan harga sasar (TP) MYR0.51 melalui SOP dikekalkan, dengan potensi kenaikan harga saham 55% dan kadar hasil dividen sekitar 3%

Kami menaiki Transit Aliran Ringan (LRT) 3 pada hari pertama ia beroperasi (29 Jun) dan seterusnya memandang positif akan potensi kesan limpahan (iaitu pembangunan berasaskan transit (TOD)) di samping bakal pembinaan lima stesen yang dihidupkan semula. Rekod prestasi Malaysian Resources Corp dalamLRT3, selain projek-projek kereta api lain seperti Transit Aliran Massa (MRT) 2, mungkin membuka ruang untuk kumpulan ini meraih lebih banyak peluang daripada projek-projek berkaitan kereta api akan datang, khususnya LRT Pulau Pinang dan MRT3.

Imbasan berkenaan projek LRT3

LRT3 (juga dikenali sebagai LRT laluan Shah Alam) yang merangkumi jarak sepanjang 37.8km dan beroperasi dari Johan Setia di Klang hingga ke Bandar Utama di Petaling Jaya, mencatat kos MYR16.6bn dengan sejumlah 20 stesen. Kelajuan operasi maksimum ialah 80km/j dan kapasiti maksimum ialah seramai 624 penumpang. Perjalanan dari hujung ke hujung akan mengambil masa lebih kurang 70 minit dan kekerapannya ialah lapan minit semasa waktu puncak dan 10-15 minit pada luar waktu puncak.

MRC ditawarkan kontrak bernilai MYR2.5bn pada Feb 2025

Pembinaan lima stesen yang dihidupkan semula, pembinaan dua depoh bas EV di Shah Alam dan Johan Setia, bekalan kenderaan kereta api ringan, dan prasarana berkaitan lain dan kerja-kerja sistem. Lima stesen yang dihidupkan semula ini ialah Tropicana, Temasya, Raja Muda (Sirim), Bukit Raja, dan Bandar Botanik. Kami tidak menolak kemungkinan kontraktor pakej kerja yang terlibat dalam pembinaan stesen-stesen awal LRT3 untuk meraih mana-mana daripada lima stesen tersebut. Kontraktorkontraktor tersebut termasuklah Gabungan AQRS (AQRS MK, BELI, TP: MYR0.30), WCT Holdings (WCTHG MK, TIADA SARANAN), TRC Synergy (TRC MK, TIADA SARANAN) dan Mudajaya Group (MDJ MK, TIADA SARANAN).

Pembangunan TOD mungkin merangsang permintaan pembinaan

Semasa kami melalui stesen-stesen merentasi Shah Alam, kami melihat adanya beberapa pembangunan hartanah yang sedang dibina berhampiran stesen-stesen tersebut, iaitu Sena Residence (berhampiran stesen LRT3 Dato’ Menteri), iaitu projek yang melibatkan Geohan (GEOHAN MK, TIADA SARANAN) dalam kerja cerucuk dan projek-projek lain seperti Astrum Shah Alam dan Linkar 52 Shah Alam. Malahan, Kementerian Pengangkutan telah mengenal pasti kawasan-kawasan seperti stesen Sri Andalas, Kayu Ara, Bandar Bukit Tinggi dan Johan Setia yang dapat dibangunkan sebagai pusat komersial atau perumahan mampu milik.

MRC menerima notis untuk meneruskan pembinaan lima stesen LRT3 yang dihidupkan semula

Pada 1H26 dengan kerja-kerja mungkin bermula pada 3Q26. Oleh itu, kami menjangka MRC akan menyaksikan pengiktirafan bil peringkat siap yang lebih tinggi untuk bahagian pembinaannya khususnya bermula akhir 2026, di samping perkembangan kerja lebih baik bagi Kompleks Sukan Shah Alam (nilai: MYR2.9bn) (Rajah 13).

Tiada pindaan dibuat pada anggaran perolehan kami

Maka TP kami yang diperoleh melalui kaedah SOP sebanyak MYR0.51 dikekalkan, yang termasuk kiraan premium ESG 4% berdasarkan markah ESG 3.2. Faktor pemangkin jangka dekat adalah sekiranya MRC meraih kerja Segmen 2 (laluan Macallum ke Penang Sentral) dalam LRT Pulau Pinang. Risiko, tawaran kerja yang perlahan.

Faktor Pemacu Utama

i. Peningkatan jualan hartanah baharu
ii. Pelupusan aset
iii. Kontrak pembinaan baharu

Risiko Utama

Trend penambahan kerja yang perlahan

Profil Syarikat

Malaysian Resources Corp terbabit dalam pembinaan (kepakaran khusus dalam projek alam sekitar),
pembangunan dan pelaburan hartanah, dan operasi jalan raya bertol. Ia juga dikenali dengan pembangunan berteraskan transit, seperti Kuala Lumpur Sentral, Bukit Jalil City, Kwasa Damansara, dan Penang Sentral.

Carta Saranan