5 Tips Berjimat Para Jutawan Yang Boleh Kita Ikuti

Seronoknya kalau hidup banyak duitkan? Tapi duit kalau dikikis lama-lama akan habis juga.

Sebenarnya amalan berjimat-cermat ni bukan sahaja diamalkan oleh golongan rakyat marhaen semata-mata, tetapi ianya turut diamalkan oleh mereka yang kaya-raya.

Nak tahu jutawan serta selebriti mana yang suka berjimat?

1. Shailene Woodley

Kredit Gambar: Netral.news

Sepanjang hidupnya, Woodley lebih suka berjimat dengan cara membeli barangan terpakai Boleh dikatakan hampir 97% pakaian yang dimiliki beliau adalah pakaian terpakai.

Bintang The Fault of Our Stars ini akan membeli daripada kedai pakaian terpakai, teman-teman rapat dan sebagainya. Padahal aktres terkenal sepertinya boleh sahaja membeli pelbagai jenis barangan mewah tanpa perlu risau.

2. Gilbert Gottfried

Kredit Gambar: Twitter

Pelawak serta pelakon terkenal ini juga merupakan seorang yang berjimat-cermat walaupun beliau telah bergelar jutawan. Beliau masih kuat bekerja dan hidup normal seperti orang lain.

Hasil pendapatannya dilaburkan untuk mendapat pulangan yang berlipat kali ganda. Semua ini beliau lakukan untuk anak-anaknya.

Satu lagi perangai Gottfried adalah, beliau tidak suka menunjuk-nunjuk. Bukan apa, selalunya orang yang suka menunjuk-nunjuk ni, mesti akan suka membazirkan?

Sebabnya mereka nak tunjukkan kekayaan mereka itu kepada orang. Jadi kalau anda terasa yang diri anda itu termasuk golongan yang suka menunjuk, silalah kikis sikap tersebut.

3. Viviene Westwood

Kredit Gambar: Wikipedia

Pereka fesyen terkenal ini juga merupakan seorang yang sangat berjimat cermat. Beliau tidak suka membazir, tidak kiralah dalam apa jua perkara pun, sama ada makanan, pakaian atau apa sahaja.

Bagi mereka yang bekerja dalam industru fesyen seperti Westwood, soal penampilan merupakan soal yang sangat penting bukan. Tetapi ini tidak bermakna Westwood sanggup menghabiskan banyak duit untuk tujuan ini.

Bayangkan beliau akan memastikan yang setiap alat soleknya digunakan sehingga betul-betul habis. Padahal jumlah kekayaan dianggarkan hampir USD200 juta.

4. Joe Bastianich

Kredit Gambar: Twitter

Bagi mereka yang meminati program realiti Master Chef, pasti kenal dengan nama ini. Hos rancangan masakan terkemuka ini lebih suka melaburkan wang yang beliau miliki.

Bagi beliau, bukan menjadi satu kesalahan pun untuk hidup berjimat cermat dan berfikir untuk menjadi kaya. Beliau suka melabur dalam bidang yang diceburinya, jadi beliau dapat memberikan sesuatu yang lebih baik kepada pelanggan.

5. Tyra Banks

Kredit Gambar: Twitter

Siapa yang tak kenal dengan supermodel cantik ini. Dianggarkan jumlah kekayaan supermodel ini adalah bernilai USD90 juta. Tetapi ini tak bermakna Tyra Banks seorang yang boros.

Katanya sejak dari remaja lagi, beliau akan mendisiplinkan dirinya untuk menyimpan sedikit duit elaun yang diberikan oleh ibunya. Sikap ini masih diteruskan sehingga ke hari ini.

Mereka yang berstatus jutawan pun mengamalkan hidup sederhana dan berjimat-cermat. Jadi apa alasan kita untuk tidak melakukan hal yang sama? Pokok pangkalnya sama ada kita mahu ataupun tidak.

Sumber Rujukan: Gila Hartanah

Asingkan sedikit pendapatan anda dan tukarkan kepada bentuk emas. Kaedah termudah dan termurah di Malaysia buat masa ini bagi sesiapa nak simpan emas. Tak perlu 1 gram pun, minimum 0.25 gram.

Boleh mulakan simpanan emas patuh syariah dengan KAB Gold.

This image has an empty alt attribute; its file name is kab-gold-uncang-emas-800-700x990.jpg

Dengan minimum pembelian 0.25 gram emas atau serendah RM65 (berdasarkan harga emas RM260 segram), semuanya boleh dilakukan secara online.

Prosesnya sangat mudah:

  • Layari laman web KAB Gold
  • Lengkapkan borang pendaftaran
  • Verify emel

Kemudian dah boleh login dan buat pembelian pertama anda hari ini juga.

Previous ArticleNext Article

Adakah Wang Dalam E-Dompet Dan Simpanan Di Bank Sama?

Oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia

Hari ini, bayar apa sahaja semudah mengimbas kod QR, sama ada di pasar raya, kedai kopi, pasar malam, mahupun gerai tepi jalan. Wang ditolak terus daripada akaun bank atau e-dompet (e-wallet) anda secara dalam talian. Dengan satu imbasan, urusan pembayaran selesai. Seolah-olah telefon pintar sudah menggantikan wang tunai.

Namun di sebalik kemudahan ini, masih terdapat kekeliruan dalam kalangan pengguna e-dompet: adakah wang yang disimpan dalam e-dompet mempunyai status yang sama seperti simpanan dalam akaun bank? Jika berlaku masalah kepada pengeluar e-dompet pula, adakah wang tersebut dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM)?

Hasil tinjauan PIDM mendapati bahawa masih terdapat sebahagian pengguna beranggapan wang yang disimpan dalam e-dompet dilindungi oleh PIDM sebagaimana simpanan di bank ahli PIDM.

Kekeliruan ini mungkin timbul kerana e-dompet menawarkan fungsi yang hampir sama seperti kemudahan perbankan digital di bank. Walaupun kedua-duanya membolehkan pengguna menambah nilai, menyemak baki, memindahkan wang dan membuat pembayaran, namun fungsi utamanya adalah berbeza.

Sebenarnya, PIDM tidak melindungi wang atau dana yang disimpan dalam e-dompet. Tahukah anda – pengeluar e-duit atau e-dompet merupakan pengeluar wang elektronik yang beroperasi atas lesen berbeza jika dibandingkan dengan bank berlesen atau institusi perbankan Islam berlesen? E-duit juga bukan deposit. Berdasarkan ciri-ciri ini, pengeluar e-duit bukan institusi ahli PIDM dan e-duit tidak dilindungi oleh PIDM.

Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna dana dalam e-dompet tidak mempunyai perlindungan. Di Malaysia, e-dompet dikategorikan sebagai wang elektronik atau e-money yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. Mengikut keperluan kawal selia, pengeluar e-dompet tertentu[1] perlu menyimpan dana pelanggan dalam akaun amanah di bank berlesen serta mengasingkannya daripada dana operasi syarikat. Langkah ini membantu memastikan wang pelanggan tidak digunakan untuk tujuan lain serta memastikan rekod yang lengkap disimpan bagi memudahkan proses pengesahan dan pengagihan baki setiap pengguna apabila diperlukan.

Sekiranya bank yang memegang akaun amanah pengeluar e-dompet ialah bank ahli PIDM dan bank tersebut gagal atau muflis, dana pelanggan yang disimpan dalam akaun amanah tersebut dilindungi oleh PIDM sehingga had perlindungan yang ditetapkan.

PERBANDINGAN ANTARA E-DOMPET DAN AKAUN BANK
 E-dompetAkaun Simpanan di Bank
Fungsi utamaAplikasi dalam talian atau melalui peranti mudah alih yang digunakan untuk pembayaran harian, serta pemindahan dan penerimaan wangTempat simpanan wang yang berupaya melaksanakan transaksi pembayaran, pemindahan dan penerimaan wang serta membantu pengurusan kewangan
Penyedia perkhidmatanPengeluar e-dompet atau wang elektronikBank berlesen (bank komersial, institusi perbankan Islam atau bank digital)
Institusi perbankanPerkhidmatan e-dompet juga ditawarkan oleh institusi bukan perbankan.Ya
Cara dana disimpanDisimpan secara terkumpul dalam akaun amanah bankDisimpan terus dalam akaun bank atas nama individu
Perlindungan PIDMTerhad kepada dana dalam akaun amanah yang ditempatkan di bank ahli PIDM dan tertakluk kepada syarat kelayakanDeposit yang layak di bank ahli PIDM

Gambar rajah di bawah menunjukkan bagaimana dana dalam e-dompet dilindungi oleh PIDM secara tidak langsung:

Seiring perkembangan ekonomi digital, penggunaan e-dompet dijangka akan terus meningkat. Justeru, pengguna perlu memahami perbezaan antara e-dompet dan simpanan akaun bank, termasuk tahap perlindungan yang tersedia.  Dengan pengetahuan ini, pengguna dapat memanfaatkan kemudahan pembayaran digital dengan lebih yakin dan tahu hak mereka sebagai pengguna kewangan.

Untuk maklumat lanjut mengenai perlindungan PIDM ke atas deposit anda di bank ahli, klik https://www.pidm.gov.my/my/general/how-we-protect-you/dis


[1] Merujuk kepada pengeluar wang elektronik bukan bank dengan jumlah liabiliti e-Duit tertunggak sebanyak RM1 juta atau lebih, seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Dasar Bank Negara Malaysia mengenai Wang Elektronik (e-Duit).