Delyva Sedia Sistem Penghantaran Untuk Maynuu Bantu Peniaga F&B Kecil Berkembang

Delyva Sdn. Bhd. hari ini mengumumkan bahawa Maynuu Commerce Sdn.
Bhd. baru-baru ini telah mula menggunakan sistem penghantaran yang dibangunkan oleh syarikatnya.

Maynuu telah mengintegrasikan platform e-dagangnya yang digunakan oleh peniaga F&B untuk memasarkan produk, dengan sistem pengurusan penghantaran DelyvaX dibangunkan Delyva. Ini bagi membantu para peniaga dalam platform Maynuu mengurus penghantaran segera dengan cekap. Para peniaga tersebut kini boleh menubuhkan pasukan penghantaran sendiri, menambah atau mengeluarkan staf penghantaran daripada pasukan, mengira komisen penghantar, dan memantau aktiviti pengambilan dan penghantaran. Selain itu, para peniaga juga kini boleh guna lebih banyak lagi perkhidmatan penghantaran segera yang ditawarkan melalui sistem Delyva.

Hanif Wahid, CEO Delyva berkata, “Kami seronok dapat bekerjasama dengan Maynuu membantu perniagaan F&B kecil berkembang. Kami nampak ramai peniaga menghadapi kesukaran mengurus penghantaran kerana tidak mempunyai sistem yang betul. Contohnya, banyak yang menggunakan aplikasi pesanan seperti WhatsApp tetapi kaedah ini tidak cekap bagi mengurus penghantar atau pesanan yang banyak secara serentak. Masalah ini kini selesai, dan peniaga dapat memberi tumpuan kepada kepandaian mereka – membuat makanan dan minuman yang enak dan jual!”

Wafiq Rodzuan, CEO Maynuu mengulas, “Delyva membantu meringankan beban mengurus penghantaran pesanan dalam kalangan peniaga F&B kami. Lebih daripada 50 peniaga telah sedia mengaktifkan Delyva dalam akaun mereka. Integrasi dengan Delyva membolehkan para peniaga kami mengoptimumkan kos dan menjalankan perniagaan mereka dengan cekap. Kami bangga menjadi sebahagian komuniti Delyva.

Pemilik perniagaan kecil En. Mok Chan Heng yang mengusahakan Nono’s Homemade yang menjual makanan seperti kek pandan, melihat integrasi tersebut sebagai berita baik.

En. Mok berkata, “Maynuu banyak membantu perniagaan kami. Integrasi dengan Delyva menguntungkan kami kerana pelanggan dapat memilih servis penghantaran yang mereka suka. Pada masa wabak sekarang kami kekurangan pekerja. Jadi, bagus kami boleh mengakses pelbagai perkhidmatan penghantaran yang boleh dipercayai daripada satu sumber sahaja.”

Antara peralatan yang disediakan oleh Delyva untuk peniaga F&B yang mempunyai pasukan penghantaran sendiri ialah aplikasi pemandu yang menjadikan pengurusan penghantaran lebih cekap bagi kedua-dua peniaga dan penghantar. Wafiq menambah, “Peniaga tidak perlu risau tentang
berbelanja lebih banyak wang untuk IT kerana aplikasi pemandu adalah sebahagian daripada pakej perkhidmatan untuk mereka, apabila mendaftar dengan Maynuu.”

Sementara itu, pelanggan yang membuat pesanan menggunakan Maynuu pula boleh mula menggunakan ciri baru menjejak lokasi penghantar, yang disediakan oleh Delyva.

Buka akaun Delyva sekarang.

Tentang Delyva:

Diasaskan pada 2019, Delyva ialah penyedia penyelesaian penghantaran sehenti bagi pelbagai saiz perniagaan. Aplikasinya DelyvaNow ialah platform tempahan penghantaran yang menyediakan pelanggan dengan berbilang pilihan perkhidmatan supaya mereka dapat memilih perkhidmatan yang memenuhi keperluan mereka. Sementara itu, DelyvaX, yang diperkenalkan pada lewat 2020, ialah sistem pengurusan penghantaran berasaskan perisian sebagai perkhidmatan (SaaS) bagi syarikat edagang dan penyedia perkhidmatan penghantaran. Dengan DelyvaX, pelanggan mempunyai kebebasan mengurus penghantaran menggunakan pemandu atau penunggang penghantaran sendiri dan/atau berintegrasi dengan penyedia perkhidmatan kiriman cepat pihak ketiga pilihan mereka. Delyva Sdn. Bhd. berpangkalan di Selangor. Lawati www.delyva.com dan buka akaun sekarang.

Tentang Maynuu:

Maynuu lahir hasil keperluan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama, ketiadaan integrasi ringkas antara perkhidmatan penghantaran dan gerbang pembayaran dalam penyelesaian sedia ada, dan proses membuat pesanan yang rumit dalam platform e-dagang tipikal. Dengan Maynuu, manamana peniaga F&B dapat memiliki platform pesanan yang mereka kawal dan senggara sendiri, sambil mengurangkan kos daripada sehingga 42% langsung sehingga 0%. Maynuu telah menjimatkan lebih RM500,000 bagi 600 peniaga F&B dan pelanggan. Lawati maynuu.com untuk maklumat lanjut.

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

Powerwell Catat Rekod Untung Bersih Tertinggi RM24.1 Juta, Sasar Lonjakan Melalui Sektor Pusat Data

KUALA LUMPUR: Pakar pengedaran kuasa tempatan, Powerwell Holdings Berhad (“Powerwell”) berjaya menamatkan tahun kewangan 2026 (“FY26”) dengan prestasi luar biasa selepas mencatatkan keuntungan bersih tertinggi dalam sejarah syarikat berjumlah RM24.1 juta.

Pencapaian memberangsangkan ini menyaksikan keuntungan bersih kumpulan melepasi ambang RM20 juta buat kali pertama , melonjak daripada RM18.7 juta yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Prestasi Kewangan Sumbangan Pasaran Luar Negara

Bagi keseluruhan FY26, perolehan Powerwell melonjak 15.6% tahun-ke-tahun (YoY) kepada RM159.0 million berbanding RM137.5 juta pada tahun lalu. Pertumbuhan mampan ini dipacu terutamanya oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada operasi kumpulan di Bangladesh dan Indonesia.

Bagaimanapun, bagi suku keempat berakhir 31 Mac 2026 (4QFY26), perolehan kumpulan mencatatkan penurunan kepada RM41.4 juta berbanding RM47.7 juta sebelum ini disebabkan oleh penghantaran produk yang lebih rendah.

Meskipun begitu, margin keuntungan kasar bagi suku tersebut melonjak kepada 39.8% (daripada 35.1% pada suku sama tahun lepas) hasil daripada pemuktamadan akaun untuk sebuah projek pusat data (data centre) serta projek loji hidro. Keadaan ini, ditambah pula dengan pembalikan kemerosotan nilai penghutang perdagangan dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah, telah melonjakkan untung bersih 4QFY26 sebanyak 6.9% YoY kepada RM7.7 juta.

Sebagai ganjaran kepada para pemegang saham, Powerwell mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 1.0 sen sesaham bagi suku di bawah tinjauan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan dividen bagi FY26 sebanyak 1.5 sen sesaham, yang mewakili nisbah pembayaran sebanyak 36.1% (anggaran RM8.7 juta).

Projek Mega & Pasaran Borneo

Tahun kewangan 2026 turut melakar sejarah tersendiri apabila Powerwell berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam ekosistem teknologi tinggi selepas meraih projek pusat data tunggal terbesar bernilai RM68.5 juta.

Bagi meluaskan lagi empayar perniagaannya, kumpulan sedang aktif mengembangkan ruang pembuatan di Malaysia dan Indonesia. Di samping itu, Powerwell telah memuktamadkan pengambilalihan 49% kepentingan dalam Tenaga Kenari pada 1 April 2026. Langkah strategik ini memberikan akses segera bagi kumpulan untuk menembusi pasaran Sarawak dan Sabah (Timur Malaysia), sekali gus membuka peluang rantaian pelanggan baharu dalam industri semikonduktor, utiliti, dan tenaga boleh diperbaharui.

Prospek Cerah

Sehingga akhir Mac 2026, nilai tempahan (order book) Powerwell kekal sihat pada paras RM150.8 juta, sekali gus memberikan pendapatan yang stabil untuk tempoh akan datang.

Melihat ke hadapan, pihak pengurusan Powerwell optimis terhadap prospek perniagaan syarikat yang disokong oleh saluran tender (tender pipeline) yang sangat aktif. Kumpulan sedia merebut peluang luas dalam segmen-segmen pesat membangun termasuk pusat data, tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor, dan infrastruktur.

Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan pasaran global yang dinamik, Powerwell menegaskan akan terus mengamalkan pendekatan berhati-hati dengan memantau rapat ketidaktentuan pasaran, perkembangan geopolitik, dan keadaan makroekonomi yang boleh memberi kesan kepada landskap perniagaan.