3 Tanda Tahap Kewangan Anda Stabil

Ramai pakar kewangan menyimpulkan bahawa kesedaran dan ilmu kewangan seseorang adalah satu skil yang dididik semenjak kecil.

Ilmu kewangan memerlukan disiplin dan praktis bertahun – tahun di samping, skill mengawal kemahuan dan kehendak diri ‘delay gratification’.

Baca : 8 Langkah Mengurus Kewangan Dengan Bijak dan Sistematik

Disiplin dalam kewangan sebenarnya, tidak sukar untuk dikuasai yaqni :-

  • Mengawal emosi dalam membuat keputusan membabitkan kewangan
  • Mempunyai objektif kewangan yang jelas, realistik dan tidak bersifat idealistik semata – mata
  • Mempunyai pelan dan gerak kerja untuk mencapai objektif kewangan samada jangka pendek, sederhana, panjang

Ramit Sethi yang merupakan seorang usahawan dan penulis buku kewangan dari Amerika Syarikat mendakwa, sebenarnya ada 3 tanda bahawa tahap kewangan seseorang sudah mencapai satu tahap yang dikatakan stabil.

Baca : 7 Cara Ajar Pasangan Menguruskan Duit Walaupun Gaji Bulanan Tak Besar

Stabil di sini bermaksud, anda tidak berdepan dengan situasi ‘financial stress’ yang menyebabkan anda tidak dapat menikmati kehidupan hari ini.

Individu yang terlalu fokus pada ‘live in present’ biasanya berdepan dengan ‘financial stress’ berbanding individu yang fokus pada ‘live in future’.

Baca : 7 Nasihat Kejayaan Sifu Silicon Valley, Sam Altman

3 Tanda Tahap Kewangan Anda Stabil

1. Tahu Semua Amaun

Tanda pertama yang anda mempunyai tahap kewangan yang stabil adalah, anda sedar dan tahu semua amaun aset anda.

Anda tahu dengan baik segala maklumat berkaitan simpanan aset anda seperti susut nilai tahunan dan kenaikan tahunan.

Baca : Kita Tak Akan Jadi Kaya Dengan Hanya Menabung

Selain itu, anda lebih peka akan tarikh bayaran balik komitmen pinjaman bank untuk mengelakkan diri daripada terbayar lebih ekoran caj faedah dan penalti yang dikenakan seperti kad kredit.

Individu seperti ini juga mempunyai objektif kewangan yang jelas seperti membuat simpanan 30% daripada gaji setiap bulan dan cakna akan kadar simpanan kewangan semasa mereka.

2. Hobi Yang Sihat

Individu yang mempunyai tahap kewangan yang stabil juga mempunyai lebih banyak masa dan pilihan dalam aktiviti kehidupan seharian mereka.

Rata – rata mereka mempunyai hobi yang sihat dengan fokus untuk mengekalkan kreativiti, menjadikan mental dan fizikal lebih sihat dan terakhir adalah hobi yang menjana wang.

Baca : 8 Hobi Mahal Orang Kita

Dan kerana itulah, kebanyakan individu yang kaya atau tidak menghadapi ‘financial stress’ sangat menghargai karya seni, mempunyai rutin bersenam setiap hari dan suka belajar ilmu baru untuk menggandakan pelaburan mereka.

Baca : (NFT), Pelaburan Karya Seni Digital Yang Semakin Mendapat Perhatian

3. Bekerja Keras

Tahap kewangan yang stabil tidak mungkin dapat dicapai tanpa kerja keras dan disiplin.

Orang yang mempunyai objektif kewangan yang jelas bukanlah orang yang sambil lewa dalam kerja dan bermalas – malasan.

Baca : Hikmah COVID-19: Inilah Masanya Untuk Muhasabah Kewangan

Mereka bukanlah orang yang mengambil cuti pada hari Jumaat dan mengambil cuti sakit pada hari Isnin.

Sebaliknya, mereka adalah orang yang sentiasa berfikir dan bekerja untuk mengukuhkan tahap ekonomi diri, keluarga dan masyarakat.

Baca : 5 Tips Bebas Kewangan Yang Kita Kena Mula Dari Usia Muda

Fokus mereka bukanlah fokus sembarangan, sebaliknya mereka fokus untuk meningkatkan simpanan dan meningkatkan kadar peratus keuntungan pelaburan mereka.

Akhir kata, gunakan skil yang anda ada dan sukai untuk buat satu pekerjaan dengan baik supaya anda dapat menerima bayaran setimpal.

Baca : Nasihat Warren Buffett Kepada Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak Mengenai Ilmu Kewangan

Jika anda bagus dalam sesuatu bidang atau pekerjaan, jangan sesekali memberikan perkhidmatan secara percuma.

Sumber Rujukan: Ramit Sethi

Jom belajar ilmu kewangan secara bermodul menggunakan buku Bijak Merancang Wang, klik www.bukuBMW.com. Topik ini terkandung dalam modul kewangan dalam Buku Bijak Merancang Wang yang mengandungi modul kewangan secara tersusun:

1. Aliran tunai
2. Pengurusan aset dan hutang
3. Simpanan
4. Perlindungan
5. Pelaburan
6. Penyucian
7. Pewarisan

Sebagai pengguna, kita patut tahu fungsi dan peranan setiap produk kewangan. Ia saling melengkapi dan memerlukan antara satu sama lain. Dapatkan di www.bukuBMW.com

Previous ArticleNext Article

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA