Luno Berkongsi Mitos-Mitos Bitcoin Paling Umum Dalam Kalangan Orang Ramai

Luno, bursa aset digital yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, telah berkongsi lima mitos mengenai Bitcoin paling umum di sebuah sesi media maya langsung. Mitos-mitos tersebut didasarkan pada nilai Bitcoin sebagai aset pelaburan, kesannya terhadap alam sekitar, dan penggunaannya secara umum oleh pengguna.

Sesi media maya tersebut adalah sebahagian daripada usaha Luno untuk membantu rakyat Malaysia mempelajari topik mata wang kripto selepas syarikat tersebut mencapai matlamat lapan juta pelanggan di seluruh dunia. Ini menyusuli pengumuman sebelumnya pada April 2021 di mana Luno berjaya mencapai tujuh juta pelanggan dalam tujuh minggu.

Bercakap semasa sesi media maya, Aaron Tang, Pengurus Negara Luno Malaysia berkata, “Seperti mana-mana bidang pelaburan baru, mata wang kripto telah menimbulkan banyak pertanyaan daripada ramai pelabur. Pada tahun lalu, mata wang kripto seperti Bitcoin telah mengalami peningkatan populariti yang ketara. Ini adalah sesuatu yang memberangsangkan tetapi terdapat salah tanggapan mengenai Bitcoin yang menyukarkan pelabur baru untuk memahami kelas aset ini. Maklumat-maklumat yang tidak benar dapat mengakibatkan salah faham di kalangan rakyat.

Sebagai bursa aset digital terkemuka dengan lapan juta pelanggan di seluruh dunia, Luno komited untuk mendidik masyarakat tentang mata wang kripto agar mereka dilengkapi dengan pengetahuan yang menyeluruh untuk meneroka dunia mata wang kripto. Platform kami bukan hanya tempat untuk membeli dan menjual mata wang kripto dengan selamat, ia juga merupakan sumber yang baik untuk mempelajari mata wang kripto untuk sesiapa sahaja, dari pemula hingga pelabur berpengalaman. Matlamat kami adalah untuk mata wang kripto dapat diakses oleh semua lapisan masyarakat kerana kami percaya ia berpotensi untuk merevolusikan cara kita menggunakan wang.”

Mitos 1: Kini sudah terlambat untuk membeli Bitcoin

Mata wang kripto adalah sebuah teknologi yang memberi inspirasi kepada orang ramai untuk mengubah cara menggunakan wang. Bagi Bitcoin, teknologinya adalah terbuka, telus, dan berpotensi untuk memperbaiki sistem kewangan global. Nilai sebenar Bitcoin dapat dilihat dalam penggunaan global dari masa ke masa dan dalam kaedah pembayaran, simpanan nilai, atau sebagai sebuah aset lindung nilai terhadap inflasi. Tidak lupa juga bahawa Bitcoin merupakan satu teknologi yang masih muda dengan hanya telah wujud selama lebih daripada 12 tahun. Oleh itu, ia mempunyai potensi untuk masa depan.

Mitos 2: Kerana turun naik yang tinggi, anda tidak boleh memandang Bitcoin dengan serius

Harga Bitcoin didorong oleh permintaan terutamanya dalam jangka pendek. Permintaan ini didorong oleh orang yang memahami bagaimana bitcoin memberi manfaat kepada dunia dan percaya ia akan diterima pakai secara meluas pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, kepercayaan ini boleh berubah dalam jangka masa pendek kerana peristiwa tertentu yang mempunyai kesan sementara terhadap harga Bitcoin. Sebagai contoh, berita negatif mempunyai potensi untuk mengakibatkan harga Bitcoin turun. Sebaliknya, berita mengenai syarikat besar yang melabur dalam Bitcoin atau menggunakannya sebagai bentuk pembayaran dapat meningkatkan harga Bitcoin. Dalam jangka masa panjang, harga Bitcoin mengikut sejarah telah meningkat kerana kenaikan penggunaannya di kalangan pengguna dan kepercayaan berterusan oleh pengguna terhadap nilai-nilainya.

Mitos 3: Bitcoin tidak mempunyai nilai intrinsik

Wang sebagai satu konsep boleh dirumuskan kepada kepercayaan orang ramai terhadap nilainya. Tidak seperti mata wang fiat, di mana nilai dan status undang-undang ditegakkan oleh kerajaan sesebuah negara, nilai Bitcoin berasaskan kodnya, infrastrukturnya, penggunaannya, dan bekalannya yang terhad. Oleh kerana kesan ekonomi yang disebabkan oleh COVID-19, individu, institusi bahkan beberapa kerajaan memandang Bitcoin sebagai aset lindung nilai terhadap penurunan nilai mata wang fiat.

Bekalan tetap Bitcoin sebanyak 21 juta juga memberikannya kelebihan di mana harganya akan meningkat apabila permintaan naik dari semasa ke semasa setelah bekalannya menjadi terhad. Dalam masa satu tahun, kami telah melihat kenaikan harga dan capaian pasarannya telah melonjak melepasi USD1 trilion (RM4 trilion) pada Februari 2021. Dengan lebih daripada 100 juta dompet mata wang kripto dengan baki aktif di seluruh dunia, jelas bahawa ramai individu dan syarikat melihat Bitcoin sebagai inovasi yang boleh dipercayai.

Mitos 4: Bitcoin mempunyai kesan buruk terhadap alam sekitar

Bitcoin sebenarnya hanya menggunakan sebahagian kecil daripada tenaga yang digunakan oleh sektor kewangan semasa. Selain itu, 39% perlombongan Bitcoin pada masa ini dilakukan dengan sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan 76% pelombong Bitcoin menggunakan sumber tenaga boleh diperbaharui sebagai sebahagian daripada gabungan sumber tenaga mereka[1], jauh lebih banyak daripada industri-industri lain. Ini kerana sumber tenaga boleh diperbaharui adalah lebih murah daripada sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui. Pelombong Bitcoin akan pergi ke mana mereka boleh menggunakan sumber tenaga berpatutan. Oleh kerana pekerjaan mereka sangat mudah alih, mereka dapat berpindah ke kawasan-kawasan di mana sumber tenaga adalah murah dan bersih.

Bitcoin berpotensi untuk menggantikan dan menggabungkan sistem-sistem kewangan sedia ada dengan cara yang dapat membantu mengurangkan pelepasan karbon. Oleh kerana ia semakin menjimatkan tenaga dari semasa ke semasa, Bitcoin mempunyai peranan penting dalam masa depan penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui.

Mitos 5: Bitcoin hanya digunakan oleh penjenayah

Terdapat salah faham di kalangan masyarakat bahawa Bitcoin kebanyakannya digunakan oleh penjenayah. Ini kerana ramai orang menganggap Bitcoin bersifat “tidak dapat dikesan” (anonymous). Sebaliknya, semua transaksi Bitcoin adalah telus dan dapat dilihat oleh sesiapa sahaja. Tambahan lagi, semua urus niaga yang dicatatkan pada blok rantai (blockchain) tidak berubah dan sejarah transaksi setiap pengguna tersedia untuk dilihat dan dikesan oleh sesiapa sahaja.

Pada 2020, aktiviti haram mata wang kripto hanya mencatat 0.34%[2], lebih rendah daripada mata wang fiat. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) menganggarkan bahawa 2-5% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) global setiap tahun berkaitan dengan kegiatan pengubahan wang haram dan aktiviti haram[3]. Secara kesimpulan, jumlah urus niaga haram adalah 400 kali lebih tinggi dalam mata wang fiat berbanding dengan mata wang kripto.


[1] Cambridge Centre for Alternative Finance, 3rd Global Cryptoasset Benchmarking Study

[2] The Chainalysis 2021 Crypto Crime Report

[3] United Nations, Office of Drugs and Crime, Money Laundering

Boleh rujuk di sini bagaimana untuk Mulakan Pelaburan Aset Digital Yang Sah Dan Patuh Syariah Hari Ini Dengan Luno.

Bagi mereka yang telah siap akaun Luno dan belum claim bonus RM75 dalam bentuk Bitcoin secara percuma, masukkan kod F9S7R8. Klik di bahagian Rewards dan masukkan kod F9S7R8.

Bila kita deposit dan beli aset digital kita yang pertama bernilai RM250 (tak termasuk fees Luno), nanti dapat RM25 dalam bentuk Bitcoin secara percuma.

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.